Dasar Pelonggaran Kuantitatif (QE)

Apakah itu pelonggaran kuantitatif (QE)?

Peranan utama dalam mengekalkan kestabilan harga dimainkan oleh bank pusat. Bank-bank pusat beroperasi secara bebas daripada kerajaan. Untuk menyokong kestabilan harga, bank mesti mengawal inflasi dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang stabil. Ia boleh menerapkan langkah-langkah tersebut melalui dasar monetari.

Penjelasan mudah tentang pelonggaran kuantitatif

Pelonggaran kuantitatif adalah alat yang digunakan oleh bank-bank pusat untuk membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan jumlah wang dalam edaran. Ia dilakukan dengan membeli aset-aset kewangan seperti bon-bon kerajaan daripada bank, yang seterusnya boleh meminjamkan lebih banyak wang kepada individu dan perniagaan.

Terdapat dua jenis dasar monetari: restriktif (ketat, mengecut) dan akomodatif (longgar, mengembang). Jenis yang pertama digunakan apabila jumlah wang dalam ekonomi terlalu banyak sehingga bank meningkatkan kadar faedah untuk mengurangkan bekalan wang dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya, dasar akomodatif digunakan apabila pertumbuhan KDNK adalah perlahan. Dalam kes ini, bank pusat meningkatkan bekalan wang dan menurunkan kadar faedah. Kadar faedah yang rendah menarik minat para pelabur dan bertujuan untuk menjana lebih banyak aliran masuk tunai ke dalam ekonomi. Apabila kadar tersebut jatuh kepada hampir 0%, dan bank pusat masih memerlukan langkah-langkah sokongan, pelonggaran kuantitatif akan digunakan.

Bagaimanakah Pelonggaran Kuantitatif Berfungsi?

1. Bank pusat mewujudkan wang yang baharu secara elektronik.

Apabila bank pusat, seperti Rizab Persekutuan AS atau Bank Pusat Eropah, mengambil keputusan untuk menggunakan pelonggaran kuantitatif, mereka mewujudkan wang yang baharu secara elektronik. Mereka tidak mencetak wang fizikal, tetapi sebaliknya, mereka memasukkan digit-digit baharu ke dalam sistem komputer yang meningkatkan bekalan wang.

2. Dengan wang baharu ini, bank pusat membeli bon-bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan.

Setelah mewujudkan wang baharu ini, bank pusat membeli bon-bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan. Bon-bon kerajaan berjanji akan membayar balik wang itu dengan faedah. Bank-bank perdagangan membeli bon-bon ini kerana ia dianggap sebagai pelaburan yang selamat.

Ingat, bank-bank pusat tidak membeli bon-bon secara terus daripada kerajaan. Kes ini dikenali sebagai pengewangan hutang (pembiayaan kewangan), dan ia adalah satu kesalahan dalam dasar monetari bagi ekonomi yang besar.

3. Bank-bank menerima wang baharu yang meningkatkan rizab mereka.

Apabila bank pusat membeli bon-bon kerajaan ini daripada bank-bank perdagangan, mereka membuat pembayaran dengan wang elektronik baharu yang mereka wujudkan. Ini meningkatkan rizab bank-bank perdagangan yang bermaksud mereka kini mempunyai lebih banyak wang untuk dipinjamkan kepada perniagaan dan individu. Peningkatan pinjaman ini membantu merangsang aktiviti ekonomi yang boleh membawa kepada lebih banyak pelaburan, pengambilan pekerja dan perbelanjaan pengguna. Ini, seterusnya, boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

4. Peningkatan bekalan wang merangsang aktiviti ekonomi dan boleh membantu menurunkan kadar faedah.

Dengan menyuntik lebih banyak wang ke dalam ekonomi melalui pelonggaran kuantitatif, bank pusat boleh membantu menurunkan kadar faedah. Apabila kadar faedah lebih rendah, perniagaan dan individu dapat meminjam wang dengan lebih murah, yang mampu meningkatkan pelaburan dan perbelanjaan.

5. Matlamatnya adalah untuk merangsang ekonomi.

Matlamat utama pelonggaran kuantitatif adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mencegah deflasi ketika ekonomi sedang gawat. Dengan menyuntik lebih banyak wang ke dalam ekonomi, bank pusat berharap agar dapat merangsang aktiviti ekonomi, meningkatkan pinjaman dan pelaburan, serta mengelakkan harga-harga daripada jatuh terlalu rendah.

Apabila bank pusat berhenti membeli bon-bon baharu, ia memegang bon-bon yang ada dalam kunci kira-kira. Jika bon-bon ini matang (yang kebanyakannya mempunyai tarikh matang apabila pelaburan permulaan dibayar balik kepada pemilik bon), ia digantikan dengan yang baharu. Selain itu, bank boleh membiarkan bon-bon tersebut matang tanpa mengantikan atau menjualnya kepada pasaran.

1080_1080px_Central bank creates money_10-03-2023_EN.png

Pelonggaran Kuantitatif vs. Pencetakan Wang

Tujuan dan skop

Pelonggaran kuantitatif melibatkan pewujudan wang baharu secara elektronik dan wang ini digunakan untuk membeli bon-bon kerajaan daripada bank-bank perdagangan. Sebaliknya, pencetakan wang merujuk kepada pencetakan fizikal wang kertas dan syiling baharu dan ia sering digunakan sebagai langkah terakhir untuk menyelesaikan hutang kerajaan atau hiperinflasi.

Kawalan terhadap bekalan wang

Dengan pelonggaran kuantitatif, bank-bank pusat mempunyai sedikit kawalan terhadap jumlah wang baharu yang mereka wujudkan dan suntikkan ke dalam ekonomi. Sebagai contoh, mereka boleh melaraskan jumlah bon-bon kerajaan yang mereka beli untuk memperhalusi jumlah wang baharu dalam edaran.

Tetapi, untuk mencetak wang, perlu ada lebih banyak kawalan terhadap jumlah yang perlu dicetak dan bagaimana ia diedarkan. Pencetakan wang boleh menyebabkan penurunan nilai matawang dan inflasi yang pesat jika tidak dikendalikan dengan betul.

Bagaimanakah QE mempengaruhi matawang?

Apabila bank pusat meningkatkan bekalan wang, harga dan kuasa membeli matawang tersebut akan jatuh kecuali jika dasar pelonggaran kuantitatif turut dilaksanakan oleh negara-negara lain.

Secara mudahnya, matawang suatu negara cenderung untuk jatuh ketika proses QE. Sebagai contoh, USD susut 14% berbanding matawang lain apabila berlakunya pandemik Covid-19. Ia berlaku kerana Fed AS mencetak bertrilion dolar dan mengekalkan kadar faedah pada 0%.

2 (1).png

Kesan-kesan Pelonggaran Kuantitatif Terhadap Ekonomi

Pelonggaran kuantitatif boleh meningkatkan jumlah wang dalam edaran, yang meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan. Oleh itu, lebih mudah bagi para individu dan perniagaan untuk mengakses kredit. Pelaburan juga semakin mudah untuk diakses.

Salah satu keburukan berpotensi pelonggaran kuantitatif ialah ia boleh menyebabkan inflasi harga-harga aset seperti saham dan hartanah. Ia boleh mencipta suatu "kesan kekayaan" di mana individu dan perniagaan merasa lebih kaya dan lebih yakin, yang membawa kepada peningkatan perbelanjaan dan pelaburan. Walau bagaimanapun, jika harga-harga aset melambung terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan gelembung (bubble) dan, akhirnya, krisis kewangan.

Sebagai contoh, program QE yang dilaksanakan oleh Fed AS berikutan pandemik telah membawa kepada lonjakan harga-harga saham, dengan indeks S&P 500 (US500) mencapai rekod tertinggi pada tahun 2021. Kini, pasaran saham global mengalami kesan buruk daripada keputusan ini.

Mengapakah QE sangat berisiko?

Terdapat beberapa sebab mengapa dasar ini dianggap berisiko oleh para penganalisis:

  • Ia boleh menjana inflasi yang tinggi dan gelembung. Ramai pakar merasa yakin bahawa QE boleh meningkatkan inflasi sehingga terlalu tinggi.
  • Sesetengah penganalisis mengkritiknya kerana ketidakberkesanannya. Mereka mencadangkan dasar fiskal (perbelanjaan kerajaan dan potongan cukai) sebagai penyelesaian terbaik untuk memulihkan ekonomi.
  • Akhirnya, ramai pakar mencadangkan bahawa QE hanyalah salah satu kaedah bagi kerajaan dan bank-bank perdagangan untuk menyembunyikan masalah-masalah mereka dan bergantung kepada bank pusat untuk menyelesaikannya.

Sejarah menunjukkan bahawa risiko-risiko pelonggaran kuantitatif bukanlah teori semata-mata tetapi berlaku sekali-sekala. Anda boleh melihat pelbagai contoh di bawah. Dan sekarang, mari kita lihat kebaikan-kebaikan pelonggaran kuantitatif.

Kebaikan-kebaikan Pelonggaran Kuantitatif

  • Ia membantu merangsang aktiviti ekonomi ketika kegawatan ekonomi.
  • Ia membolehkan bank pusat menyuntik wang baharu ke dalam ekonomi dengan cara yang terkawal.
  • Ia membantu menurunkan kadar faedah dan meningkatkan pinjaman.
  • Ia membantu orang ramai untuk bertahan pada masa-masa yang sukar.

Akan tetapi, adalah penting untuk diingat bahawa QE boleh membawa kepada peningkatan hutang kerajaan. Pada akhirnya, krisis 2020, yang kita hadapi sekarang, adalah disebabkan oleh QE yang tidak terkawal.

Contoh Pelonggaran Kuantitatif

Bank Jepun (BOJ) mula melaksanakan QE pada tahun 2001. Pada masa itu, ekonomi Jepun menghadapi kelembapan dan inflasi meningkat. Memandangkan ekonomi Jepun dalam keadaan yang baik, pada masa itu, BOJ memberikan beberapa petunjuk bahawa ia mahu mengakhiri program ini.

Bank England dan Rizab Persekutuan AS menggunakan pelonggaran kuantitatif ketika krisis 2008. QE di Amerika Syarikat menurunkan kadar gadai janji, menstabilkan inflasi dan memperkukuhkan penggajian pekerja. Tetapi, ia menurunkan nilai dolar AS.

Bank Pusat Eropah memulakan program pelonggaran kuantitatif pada Januari 2015. Bank tersebut mengambil keputusan untuk menghentikan dasar itu pada akhir 2018, walaupun pertumbuhan ekonomi lebih perlahan.

Kesimpulan

Terdapat banyak kebaikan dan keburukan program pelonggaran kuantitatif. Di satu sisi, ia menyokong ekonomi yang lembab. Di sisi yang lain, terdapat risiko penurunan nilai matawang dan gelembung. Namun begitu, kesan dasar ini boleh merangsang kerancakan ekonomi pada masa-masa yang tidak menentu.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera