Indikator Teknikal: Memperdagangkan Capahan (Divergence)

Capahan (Divergence) adalah salah satu konsep perdagangan paling efisien yang menawarkan signal dagangan yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Yang anehnya, ketepatan tersebut disumbang oleh osilator yang lamban aksinya.

Capahan adalah komponen utama strategi ramai pedagang. Ada yang menggunakannya untuk mengenal pasti titik masuk, yang lain pula untuk mencari masa yang sesuai untuk keluar posisi. Di dalam tutorial ini, kami akan memberitahu anda bagaimana untuk mengesan dan berdagang pola perdagangan pelbagai fungsi ini.

Capahan (Divergence): definisi

Mari mulakan dengan mengenal pasti apakah itu capahan. Asasnya, capahan bermaksud carta harga dan indikator teknikal (osilator) yang anda guna untuk penganalisaan pasaran bergerak dalam arah yang berbeza. Ia adalah signal pertama untuk anda fahami bahawa "sesuatu" sedang berlaku di carta anda.

Capahan boleh jadi bearish atau bullish. 

Capahan bearish

Capahan bearish terjadi apabila harga membentuk puncak yang lebih tinggi di carta, sementara indikator pula membentuk puncak yang lebih rendah. Selepas bearish divergence harga biasanya bergerak ke bawah: harga perlu mengejar indikator yang lebih rendah. 

Capahan bullish

Capahan bullish(juga disebut "penumpuan", "convergence") terjadi apabila harga membentuk lurah yang lebih rendah di carta, sementara indikator menunjukkan lurah yang lebih tinggi. Ia adalah petunjuk pertama bahawa harga akan meningkat tidak lama lagi: harga perlu mengejar dengan indikator yang lebih tinggi. 

Perhatikan bagaimana bila kita bercakap tentang capahan bearish kita melihat kepada titik-titik tinggi di carta. Bila kita bercakap tentang capahan bullish, kita bercakap tentang titik-titik rendah.

Sebagai tambahan kepada capahan klasik, wujud apa yang dipanggil capahan tersembunyi (hidden divergences).

Capahan bearish tersembunyi terbentuk apabila harga membentuk puncak yang lebih rendah di carta, manakala indikator membentuk puncak yang lebih tinggi. Ketiadaaan pjuncak baru di carta harga menunjukkan bulls sudah kepenatan. Walaupun ada puncak yang lebih tinggi pada osilator, pergerakan menaik kebarangkalian besarnya adalah pengunduran (retracement). Pergerakan ini membayangkan peluang untuk menjual di paras yang lebih tinggi.

Capahan bullish tersembunyi terbentuk apabila harga membentuk puncak yang lebih rendah pada carta, sementara indikator membentuk lurah yang lebih rendah. Ketiadaan lurah baru pada carta harga menunjukkan bears sudah kepenantan. Walaupun ada lurah yang lebih rendah pada osilator, pergerakan ke bawah kebarangkalian besarnya adalah pengunduran. Pergerakan ini membayangkan peluang untuk membeli di paras yang lebih rendah.

Pengalaman menunjukkan adalah lebih mudah untuk mengesan capahan klasik berbanding yang tersembunyi.

Jenis

Harga

Osilator

Keterangan dan Perdagangan

Klasik: Jangkakan Pengunduran

Bearish

Puncak Yang Lebih Tinggi

Lurah Yang Lebih Tinggi

Pengunduran Menurun Yang Mungkin

Bullish

Lurah Yang Lebih Rendah

Lurah Yang Lebih Tinggi

Pengunduran Menaik Yang Mungkin

Tersembunyi: Jangkakan Pembetulan Dan Penerusan

Bearish

Lurah Yang Lebih Tinggi

Puncak Yang Lebih Tinggi

Downtrend kebarangkalian besarnya akan bersambung

Bullish

Lurah Yang Lebih Tinggi

Lurah Yang Lebih Rendah

Uptrend kebarangkalian besarnya akan bersambung

Capahan biasanya digunakan untuk mengunjurkan pembetulan dan pengunduran harga. Ia cenderung untuk terbentuk sebelum aksi harga sebenar. Itulah yang membuatkannya sangat efektif dan membolehkan para pedagang untuk membuat dagangan di peringkat awal gerakan harga yang baru hendak terbentuk.

Cara-cara untuk berdagang capahan klasik

Untuk berdagang dengan capahan, anda perlu memasukkan salah satu osilator ke carta anda: Stokastik, Indeks Kekuatan Relatif (RSI), Purata Bergerak Capahan Tumpuan (MACD).

Walau apa pun indikator yang anda pilih, kami mencadangkan anda sentiasa memasang pesanan Renti Rugi (Sl, Stop Loss) pada dagangan. Begitulah juga bila anda berdagang dengan capahan. Anda boleh letakkan Renti Rugi di atas puncak tertinggi terakhir di carta yang mengesahkan berlakunya capahan bearish. Jika capahan yang sedang anda hadapi adalah bullish, anda harus pasang Renti Rugi (Stop Loss) di bawah jurang paling rendah di carta.

Untuk mencari titik bersesuaian untuk Ambilan Untung (TP, Take Profit) and mungkin perlukan indikator tambahan (terutamanya jika anda berdagang degnan RSI dan Stokastik). Anda boleh gunakan analisis swing atau aras sokongan/rintangan untuk menetapkan Ambilan Untung. Bagaimana pun, jika anda lebih gemar menggunakan MACD sewaktu berdagang capahan, anda mungkin boleh bergantung sepenuhnya dengan indikator ini sahaja tanpa sebarang perkakas dagangan lain. Apabila histogram MACD menyilang garisan signal dari atas ke bawah, ia adalah signal untuk menutup posisi bullish. Apabila histogram MACD menyilang garisan signal dari bawah ke atas, ia adalah signal untuk menutup posisi bearish.

Ini adalah satu contoh dagangan capahan dengan osilator MACD.

divergence.png 

Katakan anda telah menjumpai capahan bullish (penumpuan, convergence) di antara MACD dan carta harga. Sebagai tambahan, anda juga nampak ada penyilangan bullish di tetingkap MACD. Anda boleh gunakan capahan harga ini sebagai signal untuk membuka posisi long. Pesanan Renti Rugi harus dipasang di bawah lurah yang terakhir. Tutup posisi anda bila penyilangan bearish pada osilator MACD terbentuk. 

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Walaupun sesetengah trader berasa selesa berkerja dalam rangka masa yang lebih panjang yang membolehkan mereka memeriksa posisi mereka dengan kurang kerap dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan, sebilangan trader lain menikmati deruan adrenalin daripada perdagangan intrahari yang lebih agresif.

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera