Berdagang sempena berita Forex

Berita adalah sinonim dengan keuntungan besar bagi para pedagang Forex. Dengan berita, kami merujuk tentang pelbagai pengumuman data ekonomi. Setiap ekonomi utama menerbitkan statistik seperti KDNK, inflasi, kadar pengangguran dan lain-lain secara berkala. Jika anda sedang berdagang Forex sewaktu pengumuman ini, anda berpeluang membuat banyak wang.

Bagaimana pun, kami ingin mengingatkan anda bahawa potensi keuntungan besar sentiasa datang bersama dengan risiko yang juga besar. Kemeruwapan meningkat mendadak di waktu-waktu ini dan harga boleh bergerak secara bercelaru. Jika anda tidak mempunya rancangan perdagangan yang mantap untuk sesuatu acara khusus, adalah lebih baik untuk tidak berdagang langsung.

Di dalam tutorial ini, kita akan menyelami perdagangan berita dan pengumuman ekonomi sehingga ke dasar. Terdapat beberapa strategi yang anda boleh gunakan.

Cara membaca kalendar ekonomi

Pasaran cenderung untuk mengambil kira unjuran ekonomi untuk suatu tempoh di masa hadapan dalam penentuan harga. Sebagai panduan, pertumbuhan ekonomi bermakna kemakmuran di masa hadapan dan ini seterusnya bererti matawang negara tersebut akan mengukuh. Para pedagang mencari kenaikan-kenaikan pada pertumbuhan ekonomi (pengumuman ekonomi yang positif) kerana biasanya ia memberikan peluang untuk menyertai uptrend. Sebaliknya, laporan ekonomi yang menunjukkan pengenduran pertumbuhan ekonomi mengakibatkan pelemahan matawang negara tersebut. Jadi, nilai suatu matawang di masa hadapan ditentukan berdasarkan sama ada data sebenar mengena, tersasar, atau lebih baik dari unjuran.

Kalendar ekonomi adalah perkakas penting yang membantu pedagang tidak terlepas acara-acara penting. Strukturnya ringkas. Petunjuk ekonomi disenaraikan di satu jadual untuk suatu jangka masa. Di sebelah satu-satu petunjuk itu, anda boleh lihat tiga lajur data: bacaan sebelum, ramalan, dan bacaan sebenar. Sebelum pengumuman, kalendar tersebut mengandungi hanya bacaan sebelum dan ramalan. Bacaan sebenar muncul sejurus selepas pengumuman.

Ramalan ini adalah apa yang dipanggil unjuran konsensus, atau dalam lain perkataan, median anggaran beberapa pakar, penganalisa pasaran yang telah ditinjau sebelum penyiaran sesuatu pengumuman. Jika angka sebenar lebih baik dari ramalan, matawang akan menguat. Jika angka sebenar lebih buruk dari jangkaan, matawang itu biasanya akan melemah. Dalam kebanyakan kes, "lebih baik" bermaksud lebih tinggi dari ramalan, dan "lebih buruk" bererti lebih rendah dari ramalan. Bagaimana pun, terdapat beberapa pengecualian, contohnya seperti kadar pengangguran dan tuntutan pengangguran: lebih rendah angka petunjuk ini, ianya lebih baik untuk matawang yang berkenaan. Kita juga harus turut maklum bahawa bacaan yang cukup hampir dengan angka ramalan biasanya hampir tidak memberikan kesan. Lebih besar penyimpangan antara angka sebenar dan ramalan, lebih kuat impak ke atas pasaran.

Bacaan sebelum tidak sepenting angka ramalan. Namun, adakalanya bacaan terdahulu mendapat semakan semula. Semakan ini cenderung berlaku serentak dengan pengumuman bacaan sebenar. Jika angka semakan adalah signifikan, ia akan menyumbang kepada kesan yang diberikan berita ke atas pasaran.

Tips penting

  1. Fokus kepada berita yang paling penting di mana ia mampu memberi kesan paling kuat ke atas pasaran.
  2. Tuggu sehingga pengumuman yang dipilih disiarkan, dan kemudian terus berdagang mengikut perancangan.
  3. Ingatlah bahawa reaksi pasaran kepada pengumuman berita biasanya berlangsungan dari 30 minit sehingga 2 jam.
  4. Jika penaakulan fundamental dan analisis teknikal anda gagal, dan reaksi pasaran kepada berita tidak menepati jangkaan anda, jangan bertindak menyongsang pasaran. Ikut trend pasaran (mungkin anda tercicir beberapa maklumat penting dalam analisis anda, atau tersalah tafsir kesan suatu pengumuman bila ia disiarkan).
  5. Jangan terburu-baru membuat dagangan. Tunggu sehingga signal yang cukup kuat dan pengesahannya.

Sekarang mari kita kaji tiga strategi yang boleh digunakan untuk perdagangan berita.

Strategi Lastik (Slingshot Strategy)

Jika anda berdagang di pasaran yang tinggi kemeruwapannya, stop anda boleh dipicu (triggered) sebelum harga mula membentuk trend. Ini sangat merbahaya untuk taruhan anda.

Sebelum membuka posisi, kenal pasti sokongan dan rintangan. Ini adalah “cut points” anda: anda boleh tutup posisi di aras ini jika harga menongkah anda. Pencipta strategi ini menasihatkan agar jarak renti rugi (stop loss distance) ditentukan sebelum laporan berita disiar. Demi untuk mengurangkan risiko sewaktu tempoh kemeruwapan tinggi akibat dari pengumuman berita anda boleh lakukan perkara berikut: sebaik sahaja anda perasan bahawa harga di carta H1 10 pips di bawah garis sokongan utama, letakkan pesanan BUY STOP 10 pip di atas aras tersebut. Dengan cara ini, anda akan mendapat manfaat dari penyongsangan pasaran selepas swing permulaan.

Begitu juga untuk posisi short: bila anda nampak harga di carta H1 adalah 10 pips di atas garis rintangan utama, pasang pasang pesanan SELL STOP 10 pip di bawah aras tersebut.

Strategi lastik cuba untuk mengecilkan skala posisi yang sedang untung bila harga bergerak sejajar kemahuan pedagang. Jika harga menyebelahi anda, tetapi anda tidak pasti berapa lama pergerakan ini akan berterusan, anda boleh mengecilkan posisi anda beransur-ansur (partial close). Jika harga terus bergerak dengan arah yang sama, anda boleh mengulangi prosedur yang sama pada aras-aras seterusnya.  

1_1-900.jpg 

Berdagang atas dasar jangkaan: beli khabar angin, jual fakta

Idiea ini sangat ringkas: anda harus memahami sentimen pasaran berhubung sesuatu matawang dan membuka posisi berdasarkan arah sentimen ini. Ada sentimen pasaran jangka pendek, dan ada juga yang jangka panjang. Ramai pedagang lebih gemar berdagang dalam tempoh yang pendek, kerana mereka tidak cukup modal untuk mengekalkan posisi aktif di dalam tempoh kemeruwapan tinggi.

Sentimen jangka pendek dibentuk oleh berita ekonomi. Jika peserta pasaran menjangkakan data akan lebih baik dari ramalan konsensus, mereka akan ambil kira ini dalam pertimbangan. Sebagai contoh, jika para peserta pasaran menantikan Bank Rizab Australia menaikkan kadar faedahnya, kadar tukaran AUD akan meningkat sebelum mesyuarat bank pusat tersebut lagi (kenaikan kadar yang mungkin berlaku sudah pun terkamir ke dalam harga pasaran walaupun mesyuarat RBA baru bermula). Bila RBA mengumumkan kadar faedahnya, peserta pasaran yang sudah pun bersiap untuk kesudahan mensyuarat yang begitu akan mula menjual AUD/USD dalam pegangan dan akibatnya pasangan itu akan menurun dan tidak menaik selepas kenaikan kadar.

Untuk meningkatkan peluang di situasi sebegitu, anda perlulah:

  1. Sentiasa peka dengan acara-acara dan pengumuman ekonomi yang bakal mendatang.
  2. Awasi pengumuman ekonomi terkini dan cerap tindak balas pasaran.
  3. Ketahui korelasi antara pelbagai pengumuman berita (contohnya, bagaimana jualan runcit boleh mempengaruhi GDP, PPI, CPI, dsb.; jika jualan runcit melebihi jangkaan pasaran, kita boleh menantikan GDP yang kuat bakal diumumkan).

Berdagang sewaktu pusuan (trading spikes)

Strategi ini boleh diaplikasikan bila anda berdagang sempena berita yang sangat penting atau pengumuman ekonomi seperti Perubahan Penggajian Bukan Perladagan (Daftar Gaji Bukan Perladangan – Non-Farm Payrolls, NFP). Ia salah satu dari indikator statistik paling berpengaruh yang diterbitkan oleh Biro Perangkaan Buruh. Ia mengira bilangan pekerjaan baru yang telah tercipta di dalam sektor selain perladangan di AS dalam tempoh sebulan. NFP biasanya diterbitkan pada Jumaat pertama setiap bulan.

Daftar Gaji Bukan Perladangan mampu menggegarkan carta teknikal. Inilah sebabnya kenapa ramai pedagang lebih gemar untuk menantikan sehingga keadaan reda (mereka tidak terburu-buru memasuki pasaran sebaik selepas pengumuman) dan berdagang bila mereka sudah dapat menghadam kesan yang dihasilkan oleh pengumuman itu.

Tindakan anda sebelum pengumuman: lihat pada julat harga pasangan matawang untuk tempoh kebelakangan ini, kemudian 5 minit sebelum pengumuman pasang dua pesanan tertangguh (BUY STOP - 20 pip di atas harga semasa dan SELL STOP - 20 pip di bawah harga semasa).

Pasang pesanan Ambilan Untung (Take Profit, Tp) 40 pip di atas dan bawah harga semasa. Anda boleh memasang Renti Rugi (Stop Loss, TP) pada harga pasaran 5 minit sebelum pengumuman, atau pilih untuk tidak memasangnya langsung. Sekiranya hasilnya menyebelahi anda, anda boleh tutup urusniaga dengan keuntungan (jangan lupa tutup pesanan tertunda satu lagi). Jika anda bertuah, anda boleh buat wang dari kedua-dua pesanan (jika harga berubah arah dan naik/turun sebelum jatuh/melonjak).

Jika hasilnya negatif, harga akan bergerak di salah satu arah, kemudian laksana pesanan pertama, tetapi gagal mencapai titik ambilan untung. Kemudan, harga akan bergerak ke arah bertentangan, buka satu lagi pesanan, tetapi ia juga tidak akan mencapai aras ambilan untung. Jika anda mempunyai renti rugi, kerugian anda akan terbatas. Jika anda tidak memasang sebarang renti rugi ketika membuka pesanan, anda boleh mengimbangi kerugian dengan membuka pesanan baru, walaupun dalam senario ini risikonya juga akan bertambah.

2_2-900.jpg

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu kalendar ekonomi?

    Kalendar ekonomi, juga dikenali sebagai kalendar ekonomi Forex atau Kalendar FX, adalah perkakas yang membolehkan para pedagang membuat analisis asas mengenai pasaran kewangan berdasarkan berita ekonomi. Anda boleh melihat senarai peristiwa-peristiwa makroekonomi yang mampu menggerakkan pasaran dan membuat keputusan perdagangan Forex berdasarkan data.

  • Apakah data yang terkandung di dalam kalendar ekonomi?

    Kalendar ekonomi mengandungi maklumat mengenai acara-acara ekonomi yang utama, serta berita-berita politik dan kesannya terhadap pasaran Forex. Semua acara atau peristiwa kewangan ini digunakan sebagai indikator ekonomi.

    Kalendar peristiwa ekonomi juga menunjukkan waktu dan tarikh bila data indikator diterbitkan, matawang yang dijangka terkesan, dan tahap impak setiap indikator. Sebilangan besar indikator mempunyai nilai angka, yang dinyatakan dalam bentuk peratusan atau nilai matawang. Ia mencerminkan impak suatu indikator, sama ada positif atau negatif.

    Kalendar ekonomi forex kami mempunyai tiga lajur untuk menunjukkan nilai indikator ekonomi: Sebelum, Unjuran, dan Sebenar:

    • Sebelum menunjukkan nilai indikator pada tempoh sebelum ini (biasanya, satu bulan atau satu tahun);
    • Unjuran menunjukkan anggaran nilai indikator berdasarkan tinjauan ke atas 20-240 ahli ekonomi;
    • Sebenar adalah nilai yang diterbitkan oleh sumber rasmi seperti agensi statistik kebangsaan atau pusat analisis.

    Kami juga menyediakan maklumat tambahan mengenai indikator dan graf yang menunjukkan perubahan nilai mengikut bulan atau tahun – klik indikator yang anda minati untuk ketahui lebih lanjut.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Mengapa FBS broker yang terbaik untuk perdagangan dalam talian?

    FBS sebuah broker yang sah dan dikawal selia oleh Financial Services Commission (Belize), dengan lesen 000102/460, menjadikannya andal dan layak dipercayai. Kami menawarkan pelanggan kami beberapa terma perdagangan yang terbaik di pasaran, dengan alat-alat perdagangan seperti 550+ instrumen Forex, CFD Saham, derivatif Logam, Indeks dan Tenaga, komoditi Kripto, serta Program IB FBS di mana Rakaniaga boleh meraih sehingga 43% daripada spread urusniaga perdagangan pelanggan mereka. Pasukan khidmat pelanggan kami sentiasa tersedia 24/7 untuk membantu dan melayani sebarang pertanyaan.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera