Jenis-Jenis Pesanan Perdagangan: Pasaran, Limit, Stop, Trailing Stop, Stop-Limit

Apakah itu pesanan urusniaga

Pesanan urusniaga adalah arahan-arahan kepada broker untuk membeli atau menjual aset bagi pihak pedagang. Pesanan biasanya dilakukan melalui telefon atau melalui platform perdagangan. Selain itu, pedagang boleh membuat pesanan menggunakan sistem dan algoritma perdagangan automatik. Apabila pesanan dibuat, satu proses pelaksanaan pesanan akan diikuti.

Ada beberapa jenis pesanan yang membolehkan para pedagang meletakkan syarat yang menentukan harga dan masa pelaksanaan. Arahan-arahan bersyarat ini termasuk aras harga tertentu (limit) untuk pelaksanaan pesanan dan tempoh hayat sah bagi pesanan tersebut. Ia juga boleh menentukan sama ada pesanan harus dicetuskan atau dibatalkan berdasarkan pesanan lain.

Para pedagang menggunakan jenis-jenis pesanan yang berbeza berdasarkan gaya, pengalaman dan strategi perdagangan mereka. Penggunaan setiap jenis pesanan ini amat meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam pasaran kewangan. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan melihat setiap jenis pesanan perdagangan secara terperinci.

Pesanan pasaran (Market order)

Pesanan pasaran melibatkan pembelian atau penjualan aset dengan serta-merta pada harga terbaik yang ada. Ia memerlukan kecairan untuk dipenuhi, yang bermaksud ia dilaksanakan berdasarkan pesanan-pesanan limit yang sudah pun dimasukkan ke dalam buku pesanan (order book).

Menetapkan pesanan pasaran ialah pilihan yang terbaik anda jika anda ingin membeli atau menjual dengan serta-merta pada harga pasaran semasa. Sebagai contoh, harga XAUUSD mungkin naik dengan cepat, dan anda ingin membelinya secepat mungkin. Dalam kes ini, anda akan membuat pesanan pasaran dan membeli XAUUSD dalam masa satu milisaat.

Bagaimana pesanan pasaran berfungsi

Tidak seperti pesanan limit yang dimasukkan ke dalam buku pesanan, pesanan pasaran dilaksanakan serta-merta pada harga pasaran semasa. Perdagangan sentiasa melibatkan dua pihak: pembuat (maker) dan pengambil (taker).

Meletakkan suatu pesanan pasaran bermakna menerima harga yang ditetapkan oleh orang lain. Contohnya, broker memadankan pesanan pasaran beli kepada harga ask terendah dalam buku pesanan, dan sebaliknya ia memadankan pesanan pasaran jual dengan harga bid tertinggi dalam buku pesanan tersebut.

Seperti yang telah dinyatakan, pesanan pasaran mengkehendaki agar broker mempunyai kecairan dalam buku pesanan untuk memenuhi permintaan segera. Dengan meletakkan pesanan pasaran, pedagang membayar fi yang lebih tinggi sebagai pengambil pasaran kerana pesanan sedemikian menyebabkan broker hilang kecairan.

Contoh pesanan pasaran

Ia lebih mudah untuk memahami hubungan antara pembuat dan pengambil pasaran dengan menggunakan nombor, jadi mari kita lihat contoh.

Bayangkan yang anda ingin membeli satu lot EURUSD, dan harga pasaran semasa ialah sekitar $1.0643. Untuk membuat pesanan pasaran beli, anda masukkan "1" pada bahagian volum dan klik "Buy by Market."

New Market Order.png

Pesanan pasaran baharu

Selepas membuat pesanan anda, broker melihat buku pesanan yang mengandungi pesanan-pesanan limit dengan kuantiti dan harga tertentu untuk membeli atau menjual suatu aset. Dalam kes ini, pesanan pasaran anda untuk membeli satu lot EURUSD pada harga pasaran akan sepadan dengan pesanan limit jual (sell limit) yang terendah dalam buku pesanan.

Depth of Market.jpg

Kedalaman Pasaran (Depth of Market)

Seperti yang dapat anda lihat, pesanan limit jual yang paling rendah dalam buku tersebut ialah 10 lot EURUSD dengan harga 1.06446. Pesanan pasaran beli anda akan membeli satu lot EURUSD daripada sepuluh lot yang ditawarkan, memberikan anda harga entri 1.06446.

Tapi, katakan anda ingin membeli 100 lot EURUSD pada harga pasaran semasa. Pesanan limit jual sedia ada yang paling murah memerlukan lebih banyak volum untuk memenuhi keseluruhan pesanan beli pasaran anda. Baki volum pesanan pasaran anda akan dipadankan secara automatik dengan pesanan limit terbaik seterusnya sehingga ia dipenuhi. Hasilnya, anda akan membeli 100 lot dengan harga purata semua lot yang anda telah beli. Proses ini dipanggil slippage (gelinciran), dan itulah sebabnya anda membayar harga dan yuran yang lebih tinggi (atau menerima harga yang lebih rendah) sebagai pengambil pasaran.

Pesanan tertangguh (Pending order)

Pesanan tertangguh ialah arahan untuk membeli atau menjual suatu instrumen dengan prasyarat tertentu yang ditentukan oleh pedagang. Apabila membuat pesanan tertangguh, pedagang memaklumkan broker bahawa mereka tidak mahu memasuki pasaran dengan harga pasaran semasa tetapi ingin melaksanakan pesanan jika harga pasaran mencapai aras tertentu.

Pesanan tertangguh terbahagi kepada tiga kategori: pesanan limit, pesanan stop dan pesanan stop-limit.

Pesanan limit

Pesanan limit ialah pembelian atau penjualan suatu aset dengan had pada harga maksimum yang perlu dibayar atau harga minimum yang akan diterima ("harga limit").

Pesanan limit mungkin sesuai jika anda ingin membeli pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa atau menjual pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa ini. Jika pesanan tersebut dipenuhi, ia hanya pada had harga yang telah ditetapkan atau harga yang lebih baik. Walau bagaimanapun, pesanan tidak semestinya akan dilaksanakan kerana harga pasaran mungkin tidak mencapai pesanan limit pedagang.

Bagaimanakah pesanan limit berfungsi

Pesanan limit diletakkan dalam buku pesanan sebaik sahaja selepas ia dihantar. Walau bagaimanapun, ia akan dipenuhi hanya jika harga aset mencapai harga limit yang ditentukan atau yang lebih baik.

Sebagai contoh, anda ingin menjual saham Apple pada $100 sementara harga semasa berada pada $90. Anda boleh membuat pesanan limit jual bagi Apple sebanyak $100. Apabila harga mencapai harga sasaran tersebut atau lebih tinggi, pesanan anda akan dilaksanakan bergantung pada kecairan pasaran. Jika pesanan jual yang lain bagi Apple diletakkan lebih awal daripada pesanan anda, sistem akan melaksanakan pesanan tersebut terlebih dahulu. Pesanan limit anda akan dipenuhi selepas itu dengan baki kecairan yang ada.

Contoh pesanan limit

Limit Order Example.pngContoh pesanan limit

Carta di atas menunjukkan penggunaan pesanan pasaran berbanding pesanan limit. Dalam contoh ini, harga urusniaga yang terakhir ialah kira-kira $134.80.

Pedagang yang mahu membeli atau menjual aset secepat mungkin akan membuat pesanan pasaran, yang kebanyakannya dilaksanakan serta-merta pada atau hampir dengan harga semasa saham, iaitu pada $134.80 (garis biru).

Pedagang yang ingin membeli saham yang sedang jatuh ke $124.50 akan membuat pesanan limit beli dengan harga limit pada $124.50 (garisan hijau). Jika saham tersebut jatuh ke $124.50 atau lebih rendah, pesanan limit akan tercetus dan dilaksanakan pada $124.50 atau lebih rendah. Jika saham tersebut tidak jatuh ke $124.50 atau lebih rendah, tiada pelaksanaan yang akan berlaku.

Pedagang yang ingin menjual saham yang sedang naik menuju $138 akan membuat pesanan limit jual dengan harga limit pada aras $138 (garisan merah). Jika saham tersebut mencapai $138 atau lebih tinggi, pesanan limit akan tercetus dan dilaksanakan pada $138 atau lebih tinggi. Jika saham tidak naik ke $138 atau lebih tinggi, tiada pelaksanaan yang akan berlaku.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun saham tersebut mencapai had harga yang ditentukan, pesanan anda mungkin tidak dipenuhi kerana terdapat pesanan yang lebih awal daripada pesanan anda, yang menghapuskan ketersediaan saham pada had harga tersebut. Ambil perhatian juga bahawa dengan pesanan limit, harga pelaksanaan pesanan boleh menjadi lebih rendah daripada had harga semasa membeli atau lebih tinggi daripada had harga semasa menjual.

Penting untuk diingati bahawa jika pesanan limit untuk membeli pada $124.50 ditetapkan sebagai ""Good 'til Canceled (Baik sehingga Dibatalkan)" dan bukannya "Day Only (Hari Sahaja)", ia masih akan berkuatkuasa pada hari perdagangan berikutnya. Jika saham dibuka pada $120, pesanan limit beli akan tercetus, dan harga beli adalah dijangka pada sekitar $120, iaitu harga yang lebih menguntungkan pembeli. Sebaliknya, dengan pesanan limit jual pada $138: jika saham dibuka pada $145, pesanan limit itu akan tercetus dan dipenuhi pada harga hampir $145, yang, sekali lagi, lebih menguntungkan penjual.

Pesanan stop (Stop order)

Pesanan stop ialah pesanan untuk membeli atau menjual aset pada harga pasaran sebaik sahaja ia mencapai harga tertentu ("harga stop").

Bagaimanakah pesanan stop berfungsi

Jika aset mencapai harga stop, pesanan tersebut menjadi pesanan pasaran dan dipenuhi pada harga yang ada seterusnya mengikut kedalaman pasaran. Jika aset tersebut gagal mencapai harga stop, pesanan itu tidak akan dilaksanakan.

Pesanan stop mungkin sesuai dalam senario-senario berikut:

  • Harga tersebut menepati jangkaan selepas membuka posisi, dan pedagang ingin melindungi keuntungan sekiranya berlaku penyongsangan.
  • Seorang pedagang ingin memasuki posisi dengan pesanan pasaran sebaik sahaja harga tembus ke bawah/atas aras tertentu, dengan keyakinan bahawa ia akan terus turun/naik.
  • Harga tidak menurut jangkaan, dan pedagang ingin menghadkan potensi kerugian (menggunakan Renti Rugi, dsb.)

Seorang pedagang menetapkan pesanan stop jual di bawah harga pasaran semasa. Pesanan tercetus apabila harga pasaran turun pada atau di bawah harga stop. Sebaik sahaja ia berlaku, pesanan stop akan tercetus dan menjadi pesanan pasaran, yang akan menjual aset pada harga semasa pasaran.

Pesanan stop juga mungkin sesuai untuk beli. Seorang pedagang menetapkan pesanan stop beli di atas harga pasaran semasa. Pesanan tercetus apabila harga pasaran naik pada atau di atas harga stop. Sebaik sahaja ia berlaku, pesanan stop bertukar menjadi pesanan pasaran, membeli aset pada harga semasa pasaran.

Contoh pesanan stop

Pedagang biasanya menggunakan pesanan stop untuk menghadkan potensi kerugian dan mengurangkan dedahan terhadap risiko (Renti Rugi, dsb.) Dengan pesanan renti rugi, posisi perdagangan akan ditutup jika harga menuju ke arah yang bertentangan. Dengan menggunakan pesanan Renti Rugi, pedagang dapat menghadkan risiko, menetapkan jumlah had kerugian yang mampu ditanggung sekiranya pasaran bergerak tidak menurut jangkaan.

Sebagai contoh, seorang pedagang yang membeli saham Apple pada $134.50 sesaham mungkin menetapkan pesanan renti rugi untuk menjual saham pada $124.50 jika harga tidak menurut jangkaan. Ia menghadkan risiko pelaburan kepada kerugian maksimum pada $10 sesaham dengan berkesan. Jika harga saham jatuh ke $124.50 sesaham, pesanan akan dilaksanakan secara automatik, dan urusniaga tersebut ditutup. 

Pesanan Renti Rugi boleh memberi manfaat semasa peristiwa-peristiwa penting dan berlakunya pergerakan harga yang ketara terhadap posisi seseorang pedagang. 

Stop Order Example.png

Contoh pesanan stop

Adalah penting untuk menyedari bahawa pesanan stop berbeza dengan pesanan limit yang hanya akan dilaksanakan jika aset boleh dibeli (atau dijual) pada harga tertentu atau yang lebih baik.

Dalam pasaran yang berubah dengan pantas, pesanan stop mungkin tidak dipenuhi pada aras harga stop yang ditetapkan tetapi ia biasanya dipenuhi agak hampir dengannya. Tetapi pesanan renti rugi (stop loss) tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya dalam beberapa situasi yang melampau.

Sebagai contoh, seorang pedagang telah membeli saham pada $130 sesaham dan meletakkan pesanan stop jual pada $125 sesaham, dan kemudian pasaran saham ditutup. Kemudian, berita yang amat buruk tentang syarikat tersebut dikeluarkan selepas hari perdagangan ditutup.

Jika jurang harga saham lebih rendah pada pembukaan pasaran pada hari perdagangan berikutnya pada $120, maka pesanan stop jual pedagang pada $125 sesaham akan segera tercetus kerana harga telah jatuh di bawah harga pesanan. Tetapi ia tidak akan dipenuhi pada aras harga berhampiran $125 sesaham. Sebaliknya, ia akan dipenuhi di sekitar harga pasaran semasa pada $120 sesaham.

Dengan pesanan limit, pesanan anda dijamin akan dipenuhi pada harga pesanan yang ditetapkan atau yang lebih baik. Pesanan stop menjamin bahawa apabila tercetus, ia akan segera dilaksanakan dan dipenuhi pada harga pasaran semasa.

Pesanan stop-limit (Stop-limit order)

Pesanan stop-limit menggabungkan pencetus stop dan pesanan limit. Pesanan stop menambah satu harga pencetus untuk broker meletakkan pesanan limit anda. Anda boleh mempelajari bagaimana ia berfungsi di bawah.

Bagaimanakah pesanan stop-limit berfungsi

Cara terbaik untuk memahami pesanan stop-limit adalah dengan membahagikan ia kepada beberapa bahagian. Harga stop bertindak sebagai pencetus untuk meletakkan pesanan limit. Apabila pasaran mencapai harga stop, broker secara automatik mencipta pesanan limit dengan harga yang tertentu (harga limit).

Walaupun harga stop dan limit boleh sama, ini bukan satu keperluan. Adalah lebih selamat untuk menetapkan harga stop (harga pencetus) lebih tinggi sedikit daripada harga limit untuk pesanan jual. Anda boleh menetapkan harga stop untuk pesanan beli sedikit lebih rendah daripada harga limit. Ini akan meningkatkan peluang pesanan limit anda untuk dipenuhi selepas ia tercetus.

Contoh pesanan stop-limit beli dan jual

Stop-limit beli

Bayangkan yang XAUUSD kini berada pada $1,914, dan anda ingin membelinya apabila ia naik. Walau bagaimanapun, anda hanya mahu membayar sedikit untuk XAUUSD jika ia mula meningkat dengan cepat, jadi anda perlu menghadkan harga yang akan anda bayar.

Stop-Limit Example.png

Contoh pesanan stop-limit beli

Katakan analisis teknikal anda menunjukkan bahawa trend menaik mungkin akan bermula jika pasaran tembus melepasi $1,928. Walau bagaimanapun, anda lebih suka mengelak daripada berdagang dengan penembusan palsu (false breakout) dan menggunakan pesanan stop-limit beli untuk membuka posisi sekiranya penembusan berlaku. Anda menetapkan harga stop anda pada $1,928 dan harga limit anda pada $1,935. Sebaik sahaja XAUUSD mencapai $1,928, pesanan limit untuk membeli XAUUSD pada $1,935 akan diletakkan (dibuka). Pesanan anda mungkin dipenuhi pada harga $1,935 atau lebih rendah. Memandangkan harga limit anda ialah $1,935, pesanan anda mungkin hanya dipenuhi sebahagian sahaja jika pasaran naik terlalu cepat di atas harga tersebut.

Stop-limit jual

Bayangkan anda membeli XAUUSD pada $1,860, dan kini ia pada $1,913. Untuk mengelakkan kerugian, anda menggunakan pesanan stop-limit untuk menjual XAUUSD jika ia jatuh kembali pada harga entri anda.

Anda menetapkan pesanan stop-limit jual dengan harga stop pada $1,870 dan harga limit pada $1,860 (harga ketika anda beli XAUUSD). Jika harga mencapai $1,870, pesanan limit untuk menjual XAUUSD pada $1,860 akan diletakkan. Jika harga mencapai $1,860, pesanan anda mungkin dipenuhi dengan harga $1,860 atau lebih tinggi.

Sell Stop-Limit order example.png

Contoh pesanan stop-limit jual

Pesanan trailing stop (Trailing stop order)

Penganjakan kedudukan pesanan stop standard yang boleh ditetapkan agar ia berlaku sebanyak sekian peratusan atau sejumlah poin jauhnya dari harga pasaran semasa adalah dikenali sebagai trailing stop. Bagi posisi long, pelabur meletakkan trailing stop loss di bawah harga pasaran semasa. Bagi posisi short, pelabur meletakkan trailing stop tersebut di atas harga pasaran semasa.

Trailing stop direka untuk melindungi keuntungan dengan membiarkan posisi perdagangan terus aktif selagi harga bergerak memihak kepada pedagang. Pesanan tersebut menutup urusniaga berkenaan jika harga berubah arah sebanyak sekian peratus atau sebanyak sejumlah poin yang telah ditetapkan.

Trailing stop biasanya diletakkan pada masa yang sama semasa urusniaga awal diletakkan, walaupun ia juga boleh diletakkan selepas urusniaga tersebut dimulakan.

Bagaimanakah pesanan trailing stop berfungsi

Trailing stop hanya bergerak dalam satu arah kerana ia direka untuk mengunci keuntungan atau menghadkan kerugian. Jika trailing stop loss pada 10% ditambah pada posisi long, urusniaga jual akan dibuat apabila harga turun 10% daripada harga puncak selepas pembelian. Trailing stop hanya bergerak naik apabila puncak baharu telah ditetapkan. Sebaik sahaja trailing stop naik, ia tidak boleh turun.

Trailing stop lebih fleksibel daripada pesanan renti rugi tetap, kerana ia menjejaki arah harga saham secara automatik dan tidak perlu ditetapkan semula secara manual seperti renti rugi tetap.

Pelabur boleh menggunakan trailing stop dalam mana-mana kelas aset sekiranya broker tersebut menyediakan jenis pesanan berkenaan untuk pasaran yang didagangkan. Trailing stop boleh ditetapkan sebagai pesanan limit atau pesanan pasaran.

Kunci untuk menggunakan trailing stop dengan cekap ialah menetapkannya pada jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Meletakkan trailing stop loss yang terlalu dekat boleh menyebabkan perdagangan tidak mempunyai ruang untuk bergerak dalam arah yang menyebelahi pedagang kerana trailing stop tercetus akibat pergerakan pasaran harian biasa. Pergerakan pasaran biasa tidak akan mencetuskan trailing stop yang terlalu besar, tetapi ini bermakna pedagang mengambil risiko kerugian yang besar atau melepaskan lebih banyak keuntungan daripada yang perlu.

Walaupun trailing stop mengunci keuntungan dan menghadkan kerugian, adalah sukar untuk mewujudkan jarak trailing stop yang ideal. Tidak ada jarak yang sempurna kerana pergerakan pasaran dan aset kewangan sentiasa berubah. Walaupun begitu, trailing stop adalah satu alat yang berkesan.

Penting: Trailing stop loss yang ideal akan berubah dari semasa ke semasa. Semasa keadaan lebih meruap, trailing stop yang lebih luas adalah pilihan yang lebih baik. Trailing stop loss yang lebih dekat mungkin berkesan pada masa-masa yang lebih tenang atau pada saham yang sangat stabil.

Contoh pesanan trailing stop

Andaikan anda membeli XAUUSD pada $2,000. Dengan melihat pada kenaikan sebelumnya, anda boleh melihat bahawa harga sering mengalami pullback pada 2% hingga 4% sebelum bergerak semula lebih tinggi. Pergerakan yang terdahulu ini boleh membantu menetapkan aras peratusan untuk trailing stop.

Pemilihan trailing stop sebanyak 1% atau 3% mungkin terlalu dekat. Pullback yang kecil pun cenderung untuk bergerak lebih dari ini, jadi trailing stop berkemungkinan akan menghentikan urusniaga sebelum harga tersebut boleh meningkat.

Pemilihan trailing stop 10% adalah keterlaluan. Berdasarkan trend terkini, purata pullback adalah kira-kira 3%, dengan maksimumnya hampir 4%.

Trailing stop loss yang lebih baik ialah pada 5% hingga 6%. Ini memberikan ruang kepada harga tersebut untuk bergerak tetapi juga dapat mengeluarkan pedagang dengan cepat jika harga turun lebih dari 6%. Penurunan 5% hingga 6% adalah lebih besar daripada pullback biasa, dan ia bermakna ini mungkin satu penyongsangan trend dan bukannya pullback.

Dengan menggunakan trailing stop pada jarak 5%, broker anda akan melaksanakan pesanan jual jika harga turun 5% di bawah harga beli anda – $1,900. Jika harga tidak bergerak melebihi $2,000 selepas anda beli, renti rugi anda akan kekal pada $1,900. Jika harga mencecah $2,100, renti rugi anda akan meningkat kepada $1,995, iaitu 5% di bawah $2,100. Jika harga mula jatuh dari $2,100 dan tidak naik semula, pesanan trailing stop anda kekal pada $1,995, dan jika harga turun kepada itu, broker akan menjual aset tersebut.

Bagaimana cara memilih pesanan urusniaga yang betul

Pesanan pasaran adalah permulaan yang logik apabila anda mula berdagang dan melabur kerana ia mudah dan tersedia pada semua broker. Urusniaga anda pasti akan dilaksanakan. Namun, anda dengan cepat akan menyedari bahawa pesanan pasaran sahaja tidak mencukupi.

Kuncinya adalah untuk memadankan jenis-jenis pesanan dengan strategi perdagangan anda dan menggunakan jenis pesanan terbaik untuk situasi tersebut. Semua pedagang dan pelabur harus mengetahui pasaran, limit, stop, stop-limit, dan trailing stop. Ini akan membantu meningkatkan strategi perdagangan anda atau mencipta strategi baharu dan mengurangkan keperluan untuk mengawasi keadaan pasaran secara berterusan.

Biasanya, pedagang-pedagang profesional menggunakan jenis-jenis pesanan dengan cara yang berikut:

  • Pesanan limit – untuk membuka posisi sebelum penyongsangan harga atau ambilan untung
  • Pesanan stop – menghadkan kerugian dengan menetapkan pesanan renti rugi;
  • Stop-limit – untuk mengikuti trend selepas penembusan;
  • Trailing stop – untuk melindungi keuntungan.

Kesimpulan

Semak julat jenis pesanan yang disokong oleh setiap broker dan bayaran yang dikenakan untuk jenis pesanan yang kompleks, dan pemilihan broker. Inilah pembeza utama antara broker yang benar-benar mempengaruhi perdagangan anda dalam jangka masa yang panjang.

Dengan FBS, anda dialu-alukan untuk menggunakan apa-apa jenis pesanan tanpa sebarang bayaran tambahan. Jangan ragu-ragu untuk membuka akaun dan mencuba perkhidmatan dan syarat perdagangan kami yang berkualiti tinggi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

Data PMI AS Gagal Tumbangkan Nilai Emas, Apa Yang Akan Berlaku Di Penghujung Minggu Ini?

Emas mencacatkan kerugian sederhana pada malam tadi di saat pengumuman data ekonomi PMI AS yang menunjukkan pengukuhan pada angka pekerjaan…

Unjuran Ekonomi Dikemaskini ! Keadaan Ekonomi Jerman Mengkhuatirkan

Kerajaan Jerman mensasarkan ekonomi akan tumbuh sebanyak 0…

Emas Teruskan Rentak Pendakian, Pasaran Nantikan Data PMI Terbaru

Dagangan emas tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas Federal Reserve (Fed) menerbitkan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera