Trend

Salah satu andaian dalam analisis teknikal adalah bahawasanya harga bergerak dalam trend. Mari kita selami lebih mendalam tentang trend.Trend adalah arah am pergerakan harga suatu aset di pasaran. Jika anda lihat carta mana-mana instrumen kewangan, anda akan lihat harga tidak pernah bergerak dalam garisan lurus, tetapi ia terdiri daripada satu siri harga-harga tinggi dan rendah. Harga juga sering mempunyai kecenderungan naik ke atas atau turun ke bawah.

Jenis-jenis trend

Ada tiga jenis trend:

Uptrend (trend bullish) dibentuk oleh satu siri harga-harga tinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan harga-harga rendah yang lebih tinggi (higher lows) (harga-harga semakin menaik). Anda boleh katakan bahawa ada uptrend yang terbentuk bila ada garisan sokongan yang jelas, yang menyambungkan sekurang-kurangnya dua harga trendah dan ia menjadi kekangan bagi pergerakan harga ke bawah. Penembusan ke bawah garisan ini menandakan trend melemah atau berlakunya penyongsangan trend.

1.png

  • Downtrend (trend bearish) diklasifikasikan sebagai satu siri harga-harga rendah yang lebih rendah (lower lows) dan harga-harga tinggi yang lebih rendah (lower highs) (harga-harga bergerak semakin rendah). Downtrend boleh diisytihar telah berlaku jika ada garisan rintangan yang jelas, yang menghubungkan sekurang-kurangnya dua harga tinggi dan mengekang pergerakan harga ke atas. Penembusan ke atas dari garisan ini memberikan isyarat bahawa trend melemah atau berlakunya penyongsangan trend.

2.png

  • Trend mendatar (horizontal, rata) – tiada trend yang terbentuk jelas ke mana-mana arah.

3.png

Dari segi panjang tempoh, trend boleh dikelaskan seperti berikut:

  • Jangka panjang (6 bulan – 2.5 tahun) – trend besar yang boleh dikesan di carta-carta mingguan atau bulanan. Ia terbentuk dari beberapa trend jangka sederhana dan trend jangka pendek yang sering bergerak bertentangan dengan arah pergerakan trend besar.
  • Jangka Sederhana (1 minggu – beberapa bulan) lebih baik dilihat di carta-carta harian dan H4.
  • Jangka pendek (kurang dari seminggu) lebih baik dilihat di carta-carta jam dan minit. 

Setiap trend terdiri dari pergerakan-pergerakan dalam arah trend ini, yang diselang oleh gerakan-gerakan melawan trend (counter-trend moves) yang dipanggil "pengunduran" (retracements) atau "pembetulan" (corrections). Trend dijangka berterusan sehinggalah penyongsangan berlaku dan arah trend berubah.

Garisan trend

Satu kata-kata yang popular di kalangan para pedagang ialah "A trend is your friend". Idea di sebalik kata-kata ini adalah pedagang boleh mengaut keuntungan lumayan dengan mengikut trend, iaitu berdagang dalam sehaluan dengan arah trend (beli bila uptrend, jual bila downtrend).

Demi untuk menentukan trend yang manakah yang ada di pasaran, para pedagang melukiskan garisan trend dan menggunakan indikator teknikal.

Garisan trend adalah satu garisan yang dilukis melintasi aras pivot tinggi dan pivot rendah pada carta harga untuk menunjukkan arah harga seterusnya. Bila garisan itu menyambungkan puncak dan lembah harga yang sudah pun terbentuk, ia boleh diekstrapolasikan (diunjurkan, disambung, diteruskan) ke kanan carta harga semasa. Kita mengandaikan bahawa garisan ini akan menjadi halangan bagi harga di masa akan datang.

4.png

Di dalam gambar di atas, anda boleh lihat garisan trend dilukis melintasi harga rendah dan harga rendah yang lebih tinggi di suatu uptrend. Harga menghormati garisan trend untuk seketika, meneruskan pergerakan menaik. Kemudian ia bolos ke bawah garisan trend. Ini petanda bahawa uptrend telah tamat dan pasaran menyongsang ke bawah. Para pedagang yang telah membuka urusniaga beli sewaktu uptrend, kini menutup posisi mereka dan membuka urusniaga jual pula.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

Yen Beri Kejutan, USD Bergelora Nantikan NFP!

Tumpuan pasaran beralih sebentar kepada mata wang Yen Jepun yang ketara melonjak semalam mencatatkan kenaikan harian terbesar dalam tempoh satu tahun susulan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari oleh bank pusat…

Ini Perkembangan Semasa Pasaran Menjelang Data NFP!

Walaupun berterusan jatuh dari awal minggu, harga emas berjaya mengekalkan posisinya di paras sokongan atas $2,000 semasa sesi pembukaan Asia pagi tadi…

Selepas Pecah Rekod Harga, Emas Kini Stabil Semula Di Paras $2,030

Pagi ini, harga emas dibuka sedikit rendah pada paras $2,030 semasa pembukaan sesi dagangan Asia tadi…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera