
Tersenyum lebar emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146…
Pasaran memulakan dagangan pada awal minggu ini dengan menghadam laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan pada Jumaat lalu.
Dagangan sesi terakhir minggu lalu menyaksikan penyusutan ketara nilai USD disebabkan bacaan komponen laporan yang mengecewakan.
Pertambahan pekerjaan di AS pada Oktober mencatat 150,000 iaitu angka yang lebih rendah berbanding ramalan, sementara angka pada bulan sebelumnya juga dikemaskini lebih rendah kepada 297,000 daripada 336,000.
Kadar pengangguran membimbangkan apabila meningkat kepada 3.9% berbanding jangkaan untuk kekal di paras 3.8%, sementara purata pendapatan per jam menurun kepada 0.2% daripada 0.3%.
Jadi dapat disimpulkan dengan mudah di sini, keseluruhan komponen dalam laporan pekerjaan kali ini ternyata merosot.
Justeru, ini semakin menenggelamkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) bakal menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Disember nanti.
Majoriti di pasaran kini meletakkan jangkaan untuk kadar faedah terus dikekalkan setelah Pengerusi Fed Jerome Powell juga pada mesyuarat FOMC minggu lalu tidak memberi petunjuk tentang kenaikan kadar pada mesyuarat terakhir 2023.
Analisis Teknikal (XAUUSD)
Pasangan mata wang XAUUSD pada hari ini di lihat dalam perjalanan menuju Sokongan terdekat 1966.00-1961.10. Dan setelah itu ia dijangka akan membuat kenaikan untuk mencari Rintangan terdekat 1977.50. Jika harga berjaya menembusi Rintangan tersebut maka harga akan membuat kenaikan lagi untuk menguji Rintangan seterusnya berada di 1989.20.
Tersenyum lebar emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146…
Tumpuan pasaran beralih sebentar kepada mata wang Yen Jepun yang ketara melonjak semalam mencatatkan kenaikan harian terbesar dalam tempoh satu tahun susulan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari oleh bank pusat…
Walaupun berterusan jatuh dari awal minggu, harga emas berjaya mengekalkan posisinya di paras sokongan atas $2,000 semasa sesi pembukaan Asia pagi tadi…
Pagi ini, harga emas dibuka sedikit rendah pada paras $2,030 semasa pembukaan sesi dagangan Asia tadi…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!