7 Petua Untuk Tidak Rugi Lagi Ketika Berdagang

7 Petua Untuk Tidak Rugi Lagi Ketika Berdagang

2022-11-23 • Dikemaskini

Semua orang yang memutuskan untuk mencuba perdagangan Forex dan saham bertujuan untuk membuat keuntungan. Apabila seseorang itu membuka akaun perdagangan dan membuat deposit, gambarannya sentiasa cerah: akaun itu menunjukkan keuntungan yang mengagumkan dalam masa yang singkat, jadi anda boleh membeli komputer baharu, kereta, atau rumah. Hanya dengan memikirkan tentang manfaat ini sahaja pun kita sudah berasa gembira dan berharap. Kita memasang cita-cita yang tinggi untuk masa akan datang. Alangkah indahnya jika berdagang bermaksud keuntungan dan tiada makna yang lain? Semestinya, hidup akan jadi lebih mudah sekiranya pedagang sentiasa membuat keuntungan. Namun, anda semestinya pernah mendengar bahawa kita boleh mengalami kerugian semasa berdagang. Anda juga mungkin pernah mengalaminya sendiri. 

Adakah terdapat jalan keluar daripada kerugian ketika berdagang? Artikel ini akan menyelami masalah ini dan mengenalpasti mengapakah pedagang mengalami kerugian. Luangkan masa anda sebentar dan pelajari bagaimana untuk tidak gagal dalam pasaran kewangan. 

Perdagangan boleh menjadi rumit 

Kebiasaanya kita hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk mengklik "Beli" atau "Jual" dan membuka posisi dagangan. Namun, walaupun perdagangan nampak mudah, sebenarnya tidak. Anda akan mampunyai urusniaga yang rugi sekiranya pasaran tidak menyebelahi anda. Untuk membuat keuntungan, anda mempertaruhkan wang anda. 

Anda perlu memahami bahawa kerugian dalam urusniaga bukanlah masalah terbesar. Sekiranya anda berhati-hati berkenaan volum perdagangan anda dan anda tidak menghabiskan keseluruhan deposit anda untuk satu transaksi, anda akan mempunyai baki wang yang masih banyak lagi di dalam akaun anda walaupun selepas urusniaga yang gagal. Hasilnya, anda akan mempunyai peluang lagi untuk melakukan urusniaga yang lebih baik. Namun, sekiranya anda tidak bersabar dan terlalu gelojoh untuk menggandakan dana anda dengan pantas, satu urusniaga sahaja boleh melenyapkan deposit anda. Anda berkemungkinan akan berasa sangat kecewa dan berhenti.     

Apakah kesimpulan yang kita boleh kita buat? Ada dua. Pertama, perdagangan adalah berisiko dan ia boleh mengakibatkan kerugian. Kedua, terdapat kaedah untuk meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan yang bakal diperolehi. 

Berapakah peratus pedagang yang mengalami kerugian?

Sukar untuk kita membuat anggaran berkenaan jumlah pedagang yang mengalami kerugian. Data adalah berbeza-beza daripada pelbagai institusi. Sebagai contoh, menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS, secara purata sebanyak 70% daripada pedagang Forex mengalami kerugian pada setiap suku. Etoro pula mengatakan 80% daripada pedagang harian (day trader) mengalami kerugian bagi tempoh setahun.

Siapakah yang paling terkesan? Di satu pihak, pemula yang tidak memberi perhatian untuk belajar dan ingin membuka urusniaga pertama mereka secepat mungkin adalah golongan yang berisiko. Sebaliknya, orang yang mula berdagang dan membuat sedikit kemajuan mungkin berasa terlalu yakin dan mengabaikan pengurusan risiko. Mereka mungkin pada satu ketika membuat keputusan untuk mengambil risiko yang terlalu banyak semasa urusniaga. Hasilnya, kemajuan mereka sebelum ini akan hancur.

Mengapakah kebanyakan pedagang gagal?

Mari kita lihat sebab-sebab utama mengapakah pedagang mengalami kerugian. 

  • Berdagang merupakan satu proses yang rumit. Untuk berdagang dengan baik, seserang perlu melabur kepada usaha dan masa. Tidak semua orang bersedia untuk memberikan perhatian dan berusaha demi mencapai hasilnya.  
  • Strategi perdagangan memerlukan disiplin dan ketepatan. Ramai orang yang tidak mempunyai kualiti tersebut. Walaupun mereka mempunyai niat yang baik, mereka mungkin lupa untuk bertindak secara sistematik atau terlalu malas untuk melakukannya.
  • Tiada jaminan. Kadangkala sukar untuk menerima ketidaktentuan yang berlaku dalam pasaran. 
  • Para pedagang boleh bertindak melulu. Mereka mungkin tidak mengendahkan analisis pasaran, tidak menetapkan pesanan Renti Rugi, dan syarat pengurusan risiko. Semua ini akan mengakibatkan kesilapan dan urusniaga yang rugi.

Bagaimanakah untuk mengelakkan diri daripada mengalami kerugian ketika berdagang?

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pedagang yang berjaya, anda perlu menerima hakikat bahawa sesetengah kerugian itu tidak boleh dielakkan daripada berlaku. Menerima hakikat dan berlapang dada adalah langkah pertama dan yang paling penting. Anda hanya boleh melawan musuh dan menang sekiranya anda kenal musuh tersebut. Jika anda sedar tentang risiko, anda akan lebih berhemat dan membuat keputusan yang lebih baik. 

Anda boleh mengikuti saranan-saranan seperti di bawah ini. Petua-petua ini merupakan amalan terbaik perdagangan.  

Mulakan dengan latihan 

Untuk berjaya, anda perlu belajar bagaimana untuk memilih paras untuk membuka urusniaga, bagaimana untuk menganggarkan pergerakan harga akan datang, di mana untuk meletakkan sasaran pesanan Ambilan Untung, dan Renti Rugi. 

Selepas anda membaca berkaitan perkara ini, tonton video atau hadiri wabinar, dan anda perlu berlatih berdagang pada akaun demo. Semestinya, perdagangan demo tidak akan memberikan anda keuntungan sebenar, tetapi ia boleh memberikan anda bagaimana rasanya berdagang.   

Ikuti berita ketika berdagang

Berita akan mendorong pergerakan pasaran kewangan. Saham akan menerima impak berita syarikat seperti pengeluaran produk terbaru dan penggabungan dan juga terbitan laporan pendapatan. Kenaikan dan penurunan pasangan matawang forex adalah disebabkan jangkaan terhadap terbitan ekonomi pada kuasa ekonomi utama. Anda boleh melihat jadual terbitan ini dan unjuran bagi pelbagai indikator di dalam kalendar ekonomi

Sekiranya anda tidak tahu apa yang berlaku kepada instrumen yang anda dagangkan, anda mungkin tidak sedar apabila harga membuat pergerakan mendadak secara tiba-tiba. Ikuti berita, bersedia dan anda akan dapat mengelakkan kerugian dan mempunyai peluang perdagangan baru. Malah sesetengah pedagang lebih gemar berdagang sempena berita berbanding hanya strategi teknikal. 

Bermula dengan modal yang kecil

Pengalaman perdagangan anda sendiri merupakan kelebihan signifikan anda dalam berdagang. Adalah lebih baik untuk memperoleh pengalaman ini semasa akaun anda masih kecil. Ia akan membuatkan anda berasa lebih selesa secara psikologi kerana anda tidak akan terlalu gementar untuk setiap urusniaga. Pendekatan sedemikian akan membolehkan anda menumpukan perhatian pada membuat analisis pasaran yang betul dan membangunkan strategi dagangan dengan nisbah kemenangan yang tinggi. 

Kemudian, apabila anda memperoleh lebih banyak pengalaman dan deposit anda mula berkembang, anda akan dapat meningkatkan volum dagangan anda. Perkara yang paling penting adalah anda melakukannya secara berperingkat. Pedagang profesional yang sudah lama berada dalam pasaran mengesyorkan untuk tidak mengambil risiko lebih daripada 5% daripada nilai akaun bagi satu urusniaga. Walaupuan akaun anda berkembang, anda akan terlindung daripada kerugian yang besar sekiranya anda mengikuti prinsip ini. 

Hormati trend

Dagangan trend adalah lebih digemari berbanding dagangan melawan trend. Trend bertindak sebagai penyaring yang akan membantu menyingkirkan idea perdagangan yang tidak bagus. Sekiranya anda mengikut arah pasaran, anda akan meningkatkan kebarangkalian kejayaan urusniaga anda. Membeli sewaktu satu trend menaik dan menjual ketika satu trend menurun dipanggil perdagangan trend. Anda perlu lihat begini: anda meningkatkan peluang anda untuk membuat keuntungan, dan menggunakan setiap peluang yang ditawarkan adalah satu tindakan yang bijak. 

Jangan berdagang tanpa Renti Rugi

"Renti Rugi" sendiri memberi maksud yang positif. Apa yang lebih baik daripada memberhentikan kerugian? Sekiranya anda menetapkan Renti Rugi, sebagai contoh, pada 20 poin, anda akan mengehadkan jumlah kerugian anda dalam satu urusniaga. Sekiranya volum dagangan anda ialah 0.1 lot, 20 poin bermaksud $2. Dalam kata lain, anda tidak akan rugi lebih daripada $2 untuk urusniaga ini. Pada masa yang sama, harga mungkin menyentuh Renti Rugi dan berpatah balik ke arah yang betul. Tiada jaminan bahawa senario sedemikian bolej berlaku, jadi anda mesti mempertimbangkan risiko serta ganjarannya. Ya, kadang kala pesanan Renti Rugi anda akan diaktifkan secara pra matang. Namun, sekiranya anda mempunyai strategi perdagangan yang baik dan urusniaga yang menguntungkan melebihi yang mengalami kerugian, dagangan anda akan menghasilkan keuntungan. Sekali-sekala, Renti Rugi akan menjadi bayaran untuk dagangan kerana ia akan membebaskan fikiran anda daripada kebimbangan terhadap keselamatan deposit anda dan anda akan berpeluang untuk merancang dagangan yang lain.    

Kira risiko anda 

Risiko anda perlulah dikawal sepenuhnya oleh anda. Itulah sebabnya anda perlu memberikan perhatian terhadap kelebihan ini. Pada setiap urusniaga, anda bebas memilih nisbah risiko/ganjaran, iaitu, nisbah di antara Renti Rugi dan Ambilan Untung. Cara terbaik adalah memastikan Ambilan Untung anda sentiasa lebih besar dari Renti Rugi anda. Sekiranya Renti Rugi anda ialah 20 poin, seperti contoh sebelum ini, dengan nisbah risiko/ganjaran 1:3, Ambilan Untung anda adalah bersamaan 60 poin. Sekiranya anda melakukan urusniaga sebanyak 0.1 lot, 60 poin adalah bersamaan dengan $6. Sekali lagi, anda merisikokan kehilangan $2 untuk mendapat ganjaran sebanyak $6. Sekiranya anda kekal dengan nisbah ini, satu urusniaga yang baik akan memberikan anda tiga kali ganda wang berbanding yang anda akan rugi pada transaksi yang tidak bagus. Dengan sistem perdagangan yang memberikan anda 50% idea perdagangan yang baik, anda akan kekal mendapat keuntungan.      

Periksa pelbagai indikator

Bagaimana untuk mencari strategi perdagangan yang baik? Resipi strategi yang menguntungkan adalah ia perlu mempunyai beberapa komponen. Dalam kata lain, anda tidak sepatutnya membuat keputusan untuk membeli/menjual hanya berdasarkan satu indikator teknikal sahaja. Indikator serta instrumen analisis teknikal yang lain perlulah memberikan petunjuk yang sama. Gabungkan dua atau tiga indikator yang berlainan jenis, sebagai contoh, Purata Bergerak dan Stokastik. Strategi perdagangan anda juga boleh berdasarkan candlestick dan pola carta serta penggunaan instrumen Fibonacci. Dalam kes ini, sistem tersebut akan memberikan anda petunjuk yang mempunyai kebarangkalian kejayaan yang tinggi. Sekiranya anda menggunakan strategi tersebut dan digabungkan bersama Renti Rugi dan nisbah risiko/ganjaran yang betul, anda boleh mengelakkan diri dari mengalami kerugian ketika berdagang.  

Kesimpulan 

Seperti yang kita ketahui, ramai pedagang yang gagal dan mengalami kerugian. Sekiranya anda tidak mahu menjadi seperti mereka, dan sekiranya anda ingin berjaya, anda perlu belajar daripada kesilapan orang lain dan mulakan dengan langkah yang betul.

Serupa

Pola Cup and Handle
Pola Cup and Handle

Pola harga Cup and Handle adalah setup carta teknikal yang menyerupai bentuk cawan yang bertangkai.

Matawang Kripto Paling Stabil Yang Terbaik
Matawang Kripto Paling Stabil Yang Terbaik

Menurut coinmarketcap.com, terdapat lebih daripada 9250 matawang kripto yang berbeza. Dan itu hanya yang berdaftar. Koin-koin yang tersembunyi dari pandangan dianggarkan dua kali ganda lebih banyak bilangannya.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera