8 Fakta Berkenaan Purata Bergerak

8 Fakta Berkenaan Purata Bergerak

2022-11-22 • Dikemaskini

Purata bergerak (MA) merupakan instrumen penting sehinggakan para pedagang amatur menggunakannya dengan meluas apabila mereka inginkan bantuan untuk menganalisis carta harga. Dalam artikel ini, kita akan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan asas purata bergerak dan mempelajari sedikit petua yang akan membantu anda untuk menggunakan perkakas ini untuk meningkatkan hasil perdagangan anda. 

Apakah itu purata bergerak?

Purata bergerak adalah satu indikator trend. Ia menggunakan purata harga dan, hasilnya, melancarkan aksi harga daripada turun naik. Sebagai contoh, purata bergerak tempoh 20 menunjukkan purata harga untuk 20 tempoh terakhir. Lihat pada garisan tersebut yang telah ditambahkan di carta di dalam App FSB Trader.

1.jpg

Dengan bantuan purata bergerak, anda boleh membuat keputusan perdagangan yang bijak. Sebagai contoh, apabila trend harga itu tidak jelas, MA akan menunjukkannya kepada anda. Sekiranya MA naik, ia adalah uptrend (aliran menaik). Sekiranya indikator turun, ini adalah downtrend (aliran menurun). Selain dari itu, anda boleh mengunakan MA sebagai garisan sokongan dan rintangan. Sekiranya harga mencecah purata bergerak dari bahagian atas, berkemungkinan garisan tersebut akan memberhentikannya dalam perjalanan turun atau mungkin berpatah balik ke atas. Sekiranya harga mencecah purata bergerak dari bahagian bawah, berkemungkinan garisan tersebut akan memberhentikannya dalam perjalanan naik atau mungkin berpatah balik ke bawah. Hanya tambahkan MA kepada carta di MetaTrader 4 atau 5 atau di FBS Trader dan anda akan memperolehi paras sokongan dan rintangan secara automatik.

Jenis-jenis MA utama adalah:

  • Simple MA menunjukkan nilai purata harga tutup untuk tempoh yang diperlukan. Hasilnya, semua harga adalah sama nilai. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai purata bergerak 20 hari, kita akan menambahkan semua 20 harga tutup dan dibahagikan dengan 20. Setiap kali terbentuknya harga tutup yang baru, harga yang paling lama akan dihapuskan daripada pengiraan.
  • Exponential MA dan linear weighted MA adalah hampir sama. Ia mengira harga terkini dengan pekali yang lebih tinggi. Hasilnya, MA ini bertindak balas terhadap perubahan harga dan memberikan isyarat lebih cepat. Hati-hati! Walaupun purata bergerak ini memberikan isyarat pantas, sesetengah daripadanya mungkin palsu.
  • Smoothed MA adalah berdasarkan purata bergerak mudah, tetapi ia memadamkan pergerakan harga daripada turun naik supaya lebih mudah untuk menentukan trend.

Fakta-fakta berkenaan purata bergerak

Sekarang kita sudah biasa dengan indikator tersebut, mari kita lihat 8 fakta tentang purata bergerak yang akan menjadikan perdagangan anda lebih produktif dan analisis yang lebih mahir.

1. Gunakan purata bergerak bagi tempoh yang berbeza

Purata bergerak 21 hari biasanya menandakan trend jangka pendek, purata bergerak 50 hari menandakan trend pertengahan, dan purata bergerak 200 hari menandakan trend pasaran jangka panjang.

2.png

2. Purata bergerak hanyalah satu indikator teknikal

Purata bergerak hanya melukis trend berdasarkan maklumat harga yang lepas. Seperti perkakas analisis teknikal yang lain, indikator carta tidak mengambil kira perubahan pada faktor fundamental yang boleh memberi kesan prestasi aset kewangan pada masa akan datang. Untuk matawang, faktor-faktor seperti pertumbuhan ekonomi, inflasi, angka pasaran buruh, dan dasar bank pusat. Untuk saham pula, faktor fundamental adalah permintaan yang tinggi atau rendah bagi produk-produk industri, pesaing baru di pasaran, atau perubahan pada struktur pengurusan syarikat.

3. EMA atau SMA?

Terdapat perdebatan yang berterusan tentang sama ada pedagang perlu memberi lebih perhatian kepada hari-hari terakhir sesuatu tempoh (contohnya, menggunakan EMA). Ramai orang merasakan bahawa data terkini adalah petunjuk arah harga yang lebih baik, manakala yang lain merasakan bahawa memberi lebih beban kepada beberapa hari yang lain akan memberikan gambaran trend yang salah.

Purata bergerak eksponen memberi lebih berat kepada perubahan harga baru-baru ini, manakala purata bergerak mudah mengira setiap titik data secara sama rata dalam satu rangka masa. SMA adalah garisan sokongan dan rintangan yang dinamik, tetapi kebanyakan strategi perdagangan menggunakan EMA. Namun, secara amnya, sekiranya kita membandingkan SMA dan EMA dalam tempoh yang sama pada carta, perbezaanya tidak begitu ketara.

3.png

4. Purata bergerak dan momentum

Apabila harga mempunyai momentum (kelajuan), ia boleh bergerak dalam jarak yang besar daripada MA sebelum purata bergerak ini menariknya semula. Graviti purata bergerak membawa harga kembali kepada min. Sudut kedua-dua purata bergerak lebih pantas dan perbezaan di antara mereka akan menunjukkan jika harga tersebut mempunyai kelajuan yang mencukupi untuk berpisah daripada puratanya. Purata bergerak terbaik untuk menentukan momentum adalah dari 5 hingga 40 EMA. Sebagai contoh, seorang pedagang boleh memilih EMA 5 dan 10, atau EMA 10 dan 20, atau EMA 20 dan 40 pada penutup.

Jurang antara dua EMA akan menunjukkan momentum dan,semestinya, kelajuan harga. Apabila jurang ini melebar dengan signifikan, ini bermakna harga mungkin kehilangan momentum, berpatah balik dan kembali kepada purata. 

4.png

5. Purata bergerak untuk menganggarkan trend jangka panjang

Kedudukan harga pada carta berbanding dengan purata pergerakan tempoh 200 menunjukkan sama ada pasaran berada pada bull atau bear . Garisan ini menghasilkan salah satu petunjuk penting pasaran. Secara amnya, bull akan menguasai pasaran apabila harga kekal berada di atas purata bergerak tempoh 200. Ini bermakna apabila keadaan sedemikian berlaku, pembelian pada pullback pada bahagian bawah adalah lebih baik. Bear, sebaliknya, disarankan untuk melakukan urusniaga jual pada penurunan berterusan apabila harga berada di bawah MA tempoh 200. Kebanyakan sistem perdagangan mengikut trend yang penting adalah dibina menggunakan indikator ini.

5.png

6. MA sebagai isyarat

Sesetengah pedagang mencari situasi apabila purata bergerak mula condong ke atas atau ke bawah dan melihat ini sebagai isyarat permulaan/perubahan trend. Selain itu, mungkin lebih mudah untuk melihat perubahan trend dan mendapatkan isyarat dengan mempunyai dua purata bergerak dengan tempoh berbeza pada satu carta. Mari beri perhatin kepada MA tempoh 50 dan 100. Isyarat bullish berlaku apabila MA tempoh 50 (garisan dengan tempoh yang lebih kecil) meningkat di atas garisan tempoh 100. Isyarat ini dipanggil “golden cross”. Sebaliknya, pedagang melihat isyarat menurun apabila MA tempoh 50 berada di bawah garisan tempoh 100. Ini merupakan “dead cross”.

Perhatikan bahawa isyarat bersilang adalah lebih dipercayai jika MA bergerak berasingan selepas persilangan dan harga mempunyai momentum.

6.png

7. Isu-isu capahan (divergence)

Purata bergerak adalah sasaran ideal apabila berlakunya capahan. Secara purata, apabila perbezaan antara carta harga dan beberapa osilator berlaku, pedagang boleh menjangkakan harga akan kembali sekurang-kurangnya ke pertengahan antara EMA 100 dan 150. Terdapat kemungkinan harga tidak kembali semula ke kawasan jalur purata bergerak. Namun, sekiranya harga mencecah atau menuju ke MA tersebut, pedagang boleh mempertimbangkan bahawa dagangan pada capahan sudah tamat.

7.png

8. Mendatar atau bersudut?

Sekiranya purata bergerak adalah mendatar, ia mempunyai tarikan graviti yang sangat kuat. Harga tersebut akan mempunyai banyak masalah untuk bergerak jauh daripada puratanya. Sebaliknya, sekiranya purata bergerak tersebut adalah bersudut, ia mempunyai tarikan graviti yang sangat sedikit. Harga akan mempunyai masa untuk beralih daripada purata dengan lebih cepat.

Sekali lagi, perlu diingat bahawa purata bergerak boleh menjadi paras sokongan dan rintangan yang dinamik. Apabila harga kembali kepadanya, ia boleh menggunakan paras ini sebagai kawasan kasar untuk meneruskan trend (melantun naik daripada sokongan dalam trend menaik dan berpatah balik daripada rintangan dalam trend menurun).

8.png

Ingat tip-tip ini, anda boleh menjadikan pengalaman perdagangan anda lebih berjaya. Sila beri perhatian kepada setiap perincian dan jangan lupa: latihan menghasilkan kesempurnaan. Jadi, gunakan purata bergerak pada perdagangan harian anda dan analisis teknikal anda akan menghasilkan kejayaan!

Serupa

Pola Cup and Handle
Pola Cup and Handle

Pola harga Cup and Handle adalah setup carta teknikal yang menyerupai bentuk cawan yang bertangkai.

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera