Kelebihan-kelebihan pasaran saham

Kelebihan-kelebihan pasaran saham

2023-05-03 • Dikemaskini

Bila orang dengar tentang saham, mereka membayangkan Wall Street, bursa saham yang riuh rendah, ribuan manusia yang bertempik untuk mendapatkan bahagian mereka. Anda pasti terbayang perkara yang sama, bukan? Tapi benarkah ia seperti itu? Apakah ada cara lain untuk berurusan berkaitan saham? Ya, ada. Dan di dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda cara-cara berdagang saham tanpa perlu bersusah payah dan bebas tekanan.

Saham sebenar.

Ada dua opsyen: sama ada anda beli saham sebenar, atau anda berdagang dengan perbezaan harga.

Membeli saham sebenar adalah proses yang rumit. Pertama sekali, anda perlu ada banyak wang. Kedua, anda perlu mempunyai wakil yang akan membantu anda dengan semua prosedur dan akan bertindak bagi pihak anda. Atau apa yang yang stres lagi, anda perlu mengambil bahagian di dalam urusniaga sebenar dan menghadapi stress cuba untuk berebut saham pada harga yang sempurna.

Kini anda mungkin tertanya-tanya: bagaimana jika saya mahu berurusniaga tanpa susah-payah begini dan saya tidak mempunyai banyak wang untuk membeli saham? Di dalam kes ini, anda sedang dihadapkan dengan satu peluang yang amat baik.

Anda tidak perlu mendapatkan saham sebenar, tapi anda boleh berspekulasi di atas pergerakan harga di pasaran saham. Bila berdagang dengan cara ini, anda sebenarnya tidak membeli saham, tetapi anda perlu meramalkan harga dan berdagang di atas ramalan anda. Anda akan membuat pesanan untuk membeli atau menjual dan broker akan melakukan urusniaga ini untuk pihak anda.

Mungkin anda mahu memiliki saham dan anda ini kecewa, tapi mengapa harus begitu? Kelebihan pertama adalah anda tidak perlukan bajet yang besar untuk bermula. Selain itu, broker akan sentiasa membantu anda dengan menawarkan leveraj yang bagus. Kedua, anda bebas dari stres. Anda mempunyai masa untuk menganalisa, membuat keputusan, dan kemudian membuka posisi. Apa yang lebih menarik, anda boleh membuat wang sama ada ketika harga saham menaik atau menurun.

Apakah yang memberi kesan kepada harga-harga saham.

Setiap pasaran mempunyai kriteria sendiri yang menentukan arahnya. Ada empat faktor utama yang anda perlu ketahui untuk ramalkan pergerakan saham dengan berjaya.

1. Pendapatan syarikat

Tidaklah mengejutkan jumlah pendapatan yang diperolehi suatu syarikat memberi kesan kepada sahamnya. Pendapatan menentukan keuntungan syarikat. Keuntungan ini menentukan kemantapan kewangan syarikat tersebut.

Cara untuk memantau. Di Amerika Syarikat, syarikat yang tersenarai di papan awam dikehendaki oleh undang-undang unutk melaporkan hasil kewangan suku tahunan mereka.

Cara-cara berdagang. Sebelum sebuah syarikat membuat pengumuman, penganalisa meramalkan hasil syarikat. Semua ramalan dikompilasikan oleh syarikat-syarikat penyelidikan menjadi anggaran pendapatan konsensus. Semak anggaran ini dan ikuti angka sebenar. Jika data sebenar mengatasi unjuran, harga akan menaik. Jika pendapatan yang lemah diumumkan, ia akan jatuh.

2. Isu-isu dalaman.

Salah satu faktor paling penting adalah isu dalaman. Masalah-masalah dan ketidaktentuan dalam suatu syarikat akan memberi kesan kepada nilai saham mereka juga. Perubahan pada CEO, ucapan dan komen ahli-ahli pengarah syarikat, kemungkinan penggabungan dan pengambilalihan akan mencetus kemeruwapan tinggi pada saham.

Pertimbangkan satu contoh. Anda masih ingat Elon Musk pernah tweet bahawa beliau mahu mengeluarkan Tesla dari bursa pada harga $420? Selepas tweet itu, saham Tesla meningkat dengan signifikan dan NASDAQ telah menggantung saham Tesla. Yang kelakarnya, ia hanya satu mesej di Twitter, tetapi ia menggegarkan pasaran dengan dramatik.

Penawaran dan permintaan (S/D) juga boleh dikira sebagai sebahagian dari isu dalaman.

Faktor S/D dianggap penting oleh para pedagang dan penganalisa tidak kira pasaran apa pun yang mereka analisa. Jika sebuah syarikat mengumumkan ia membeli semula sahamnya, ia akan menyebabkan kenaikan harga saham. Jika syarikat menawarkan lebih banyak saham, harganya akan jatuh.

Cara memantau. Ikuti berita yang berkaitan dnegna syarikat yang sahamnya anda mahu dagangkan.

Cara berdagang. Anggarkan kesan dari berita, tunggu untuk reaksi pasaran dan ikuti sentimen pasaran.

3. Berita industri.

Bukan hanya suasana dalaman syarikat yang memberi kesan kepada nilai sahamnya, tetapi yang luaran juga. Berita-berita berkaitan sektor tertentu mungkin memberi kesan besar kepada saham syarikat. Kerana itulah makanya pedagang perlu memeriksa berita industri. Sebagai contoh, jika anda mahu berdagang saham Facebook, anda harus semak berita sektor teknologi.

Cara untuk memantau: Semak berita berkaitan sektor yang anda pilih.

Cara berdagang. Tentukan sama ada suatu berita penting atau tidak dan apakah impak yang mungkin ada ke atas syarikat tersebut. Buka posisi berdasarkan sentimen pasaran.

4. Rating dari penganalisis

Para penganalisis mempertimbangkan banyak faktor yang mempengaruhi harga saham. Mereka kemudian memberikan syor sama ada harus membeli, menjual atau mengekalkan saham. Walaupun anda tidak membeli saham sebenar, syor-syor mereka akan membantu anda berdagang pada perbezaan harga kerana anda boleh membaca sentimen pasaran.

Cara memantau. Apa yang anda perlu lakukan adalah meninjau syor-syor di sumber-sumber yang dipercayai.

Cara menggunakan. Rating dari penganalisis adalah bahan yang sangat berguna. Jika penganalisis memberikan penjelasan mendalam tentang unjuran mereka yang memetik faktor-faktor penting yang mempengaruhi harga, ia rezeki yang besar. Pertama, anda tidak perlu melakukan penyelidikan anda sendiri. Kedua, anda boleh gunakan maklumat tersebut untuk membuat unjuran anda sendiri. Tambahan pula, seperti yang kami sebut di atas, menggunakan syor mereka anda boleh meramal sentimen pasaran dan menggunakannya untuk kelebihan anda.

Satu tip kecil: sentiasa ingat tentang faktor manusia. Jangan ikut ramalan secara membabi buta. Kita semua membuat kesilapan dan ramalan berkemungkinan tersasar. Adalah lebih baik untuk menggabungkan ramalan penganalisis dengan ramalan anda sendiri.

Bagaimana cara meramalkan harga?

Pasaran saham berbeza dari segi faktor yang mempengaruhinya, tetapi cara menganalisa dan meramalkan pergerakan harga tidak berbeza. Pernahkah anda cuba berdagang dengan pasangan matawang atau komoditi? Pernahkah anda menggunakan analisis fundamental atau indikator teknikal? Jika ada, anda tidak akan menghadapi kesukaran berdagang saham. Pasang indikator teknikal kegemaran anda dan pantau faktor-faktor fundamental.

Mengapa anda harus melabur di pasaran saham.

Saham sering mengalami kemeruwapan tinggi dan anda boleh gunakannya sebagai satu kelebihan. Kemeruwapan tinggi membuka peluang untuk membuat banyak wang. Namun, jangan lupa tentang kerugian besar yang mampu dibawa oleh kemeruwapan yang besar. Untuk berjaya di pasaran saham, anda hanya perlu mengikuti sentimen pasaran, sentiasa maklum dengan maklumat terkini supaya tidak terlepas sebarang perkembangan yang boleh mempengaruhi harga, bertindak balas pantas terhadap berita-berita kritikal dan pastinya menggunakan renti rugi.

Pasaran saham sangat sinonim dengan nama-nama besar seperti Apple, Amazon, Facebook, Google, dsb. Anda tidak rasa bangga dapat berada lebih dekat dengan gergasi-gergasi ini? Dan pastinya, prospek untuk menjadi otai perdagangan saham sangat menarik, benar?

Sebagai kesimpulan, kita boleh katakan bahawa berdagang perbezaan harga di pasaran saham adalah opsyen yang mengujakan. Pertama, anda boleh buat duit setiap masa tidak kira jika harga naik atau turun. Kedua, pasaran sangat meruwap, ia memberikan peluang untuk meningkatkan pendapatan anda dengan signifikan. Ketiga, ia pasaran yang sangat menarik dan penuh dengan gergasi-gergasi dunia yang membawa anda lebih hampir kepada Wall Street!

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera