Cara Untuk Berdagang Pola Morning Star dan Evening Star

Baca artikel ini di laman web FBS

Di antara pelbagai indikator yang digunakan oleh pedagang dan pelabur untuk meramalkan pergerakan harga dalam pasaran kewangan ialah carta candlestick. Alat analisis teknikal yang popular ini memberikan gambaran visual pergerakan aset dalam satu tempoh tertentu.

Artikel ini akan memberi tumpuan kepada dua pola candlestick songsang yang paling andal digunakan oleh pedagang: Morning Star dan Evening Star.

Apakah itu pola Morning Star?

Morning Star muncul pada penghujung downtrend, mengisyaratkan penyongsangan bullish akan berlaku. Ia terdiri daripada tiga candlestick: yang pertama ialah candlestick merah panjang, diikuti dengan candlestick pendek berwarna merah atau hijau, kemudian diikuti pula dengan candlestick hijau yang panjang. Secara idealnya, candlestick kedua harus berada di bawah sedikit daripada candlestick yang pertama (dibuka lebih rendah daripada harga penutupan hari sebelumnya); dan candlestick yang ketiga berada sedikit tinggi di atas candlestick yang kedua (dibuka lebih tinggi daripada harga penutupan hari sebelumnya).

Morning Star_14-03-2023.png

Kemunculan Morning Star membuatkan bear hilang momentum dan bull pula mula mengawal pasaran. Peralihan dalam sentimen ini menunjukkan bahawa harga aset mungkin akan meningkat, jadi pedagang mungkin ingin mempertimbangkan untuk membuka posisi dagangan long.

Walau bagaimanapun, pedagang tidak seharusnya bergantung kepada pola Morning Star semata-mata sebagai indikator semasa membuat keputusan perdagangan. Faktor penting lain yang perlu dipertimbangkan ialah analisis fundamental aset, keadaan pasaran dan strategi pengurusan risiko.

Apakah itu pola Evening Star?

Pola Evening Star adalah berlawanan dengan pola Morning Star. Berlawanan dengan pola bullish Morning Star, Evening Star ialah pola yang menandakan penyongsangan bearish dalam pasaran bullish. Ia terdiri daripada tiga candlestick: yang pertama ialah candlestick hijau panjang, diikuti dengan candlestick pendek berwarna merah atau hijau, kemudian diikuti pula dengan candlestick merah yang panjang. Idealnya, candlestick kedua harus berada lebih tinggi sedikit daripada candlestick yang pertama (dibuka lebih tinggi daripada penutupan hari sebelumnya); dan candlestick yang ketiga harus berada sedikit rendah daripada candlestick yang kedua (dibuka lebih rendah daripada penutupan hari sebelumnya).

Evening Star_14-03-2023 (1).png

Pola Evening Star membantu pedagang dan pelabur untuk mengenal pasti peluang untuk mereka menjual aset sebelum harganya jatuh. Walau bagaimanapun, seperti Morning Star, adalah penting memahami bahawa tiada satu pun indikator teknikal atau pola yang antigagal. Pelbagai gabungan alat dan teknik analisis harus sentiasa digunakan untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.

Bagaimana cara berdagang dengan pola Morning Star?

Apabila menggunakan pola Morning Star sebagai alat dalam perdagangan, pedagang harus mencari kriteria berikut:

  • Candlestick pertama mestilah candlestick merah panjang yang menunjukkan trend bearish.
  • Candlestick kedua mestilah pendek dan senggang ke bawah (gap down) daripada candlestick pertama.
  • Candle ketiga haruslah panjang dan berwarna hijau serta membentuk senggang ke atas (gap up) daripada candle kedua.
  • Pola itu harus digandingkan dengan indikator teknikal lain dan analisis fundamental yang menyokong penyongsangan bullish.

Jika seorang pedagang sedang mempertimbangkan untuk membuka posisi beli, mereka harus meletakkan pesanan renti rugi mereka di bawah paras rendah candlestick kedua. Sasaran keuntungan boleh ditetapkan berdasarkan pergerakan harga aset dan strategi pengurusan risiko pedagang.

Bagaimana cara berdagang dengan pola Evening Star?

Apabila menggunakan pola Evening Star sebagai alat dalam perdagangan, pedagang harus mencari kriteria berikut:

  • Candlestick pertama mestilah candlestick hijau panjang yang menunjukkan trend bullish.
  • Candlestick kedua mestilah pendek dan membentu senggang ke atas (gap up) daripada candlestick pertama.
  • Candle ketiga haruslah panjang dan berwarna merah serta membentuk senggang ke bawah (gap down) daripada candle kedua.
  • Pola itu harus digandingkan dengan indikator teknikal lain dan analisis fundamental yang menyokong penyongsangan bearish.

Jika seorang pedagang sedang mempertimbangkan untuk membuka posisi jual, mereka harus meletakkan pesanan renti rugi mereka di atas paras maksimum candlestick kedua. Sasaran keuntungan boleh ditetapkan berdasarkan pergerakan harga aset dan strategi pengurusan risiko pedagang.

Had Penggunaan Pola Morning dan Evening Star

Pola Morning Star dan Evening Star ialah indikator penyongsangan trend yang amat berguna, tetapi ia bukanlah indikator yang antigagal. Apabila menggunakan alat analisis ini dalam perdagangan, pedagang harus sedar tentang keterbatasannya yang berikut:

  • Pola ini mungkin tidak berkesan dalam semua keadaan pasaran. Dalam pasaran yang sangat meruap, sebagai contoh, pola Morning dan Evening Star mungkin kurang andal (less reliable).
  • Kadangkala, pola Morning atau Evening Star boleh memberikan signal yang tidak betul. Jika pedagang menggunakan pola ini sahaja semasa membuat keputusan perdagangan, mereka boleh mengalami kerugian yang besar jika pasaran tidak menyongsang seperti yang dijangkakan.

Di samping sentiasa menggabungkan pola Morning dan Evening Star dengan alat analisis lain, pedagang juga perlu menggunakan strategi pengurusan risiko yang betul. Sentiasa rancang tentang cara untuk menguruskan perdagangan, termasuk pesanan renti rugi dan sasaran ambilan untung.

Ringkasan

Pola perdagangan Morning Star dan Evening Star ialah indikator yang berguna untuk mengesan potensi berlakunya penyongsangan trend dalam pasaran kewangan. Pedagang biasanya menggunakan pola ini untuk mengenal pasti peluang beli atau jual yang berpotensi. Bagaimanapun, alatan ini tidak sepatutnya digunakan secara tunggal. Dalam membuat keputusan perdagangan, pedagang juga harus mempertimbangkan indikator teknikal lain, analisis fundamental dan strategi pengurusan risiko.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.