Candlestick Jepun: Bimbingan Lengkap untuk Newbie

Baca artikel ini di laman web FBS

Pernahkah anda terfikir berapa banyakkah perkakas baik yang telah dicipta oleh orang Jepun? Kod QR, navigasi kenderaan, mi segera, dan sushi merupakan sebahagian barangan dari Jepun yang tidak pernah terbayang oleh kita dan juga kita tak dapat hidup tanpanya. Namun, jika anda bertanya kepada rakan pedagang anda berkenaan ciptaan terkenal dari Jepun, mereka akan terus menjawab tanpa perlu berfikir panjang. Dan jawapan mereka adalah "Candlestick Jepun". Apakah perkara yang sangat istimewa pada unsur perdagangan ini yang membuatkan ramai orang percaya dengan kuasa signalnya? Bagaimana anda boleh mengaplikasikannya pada rutin perdagangan anda?

Candlestick Jepun dan Carta-carta Candlestick

Candlestick Jepun menghasilkan struktur carta candlestick. Pada carta ini, setiap candlestick menunjukkan dinamik harga bagi suatu tempoh masa tertentu.

Sebagai contoh, pada rangka masa mingguan, setiap candlestick menunjukkan dinamika pasaran dari hari Isnin hingga Jumaat. Namun, jika anda menukar kepada rangka masa harian, setiap candlestick akan menunjukkan anda perubahan harga dari 00:00 hingga 23:59.

Sebuah candlestick terdiri daripada tiga bahagian utama.

  • Badan sebenar – bahagian tebal pada candlestick. Ini merupakan julat di antara harga pembukaan dan penutup.
  • Bayang atas (sumbu, ekor) – garisan menegak di bahagian atas badan sebenar. Ia menunjukkan harga tertinggi pada sesi tersebut.
  • Bayang bawah (sumbu, eskor) – garisan menegak di bahagian bawah badan sebenar. Ia menunjukkan harga terendah pada sesi tersebut.

Jika harga menaik pada tempoh tersebut, candle tersebut kebiasaanya berwarna putih atau hijau. Dalam kes ini, harga pembukaan berada di bahagian bawah badan, dan harga penutup pula berada di atas. Candlestick ini dipanggil bullish.

Jika harga menurun pada tempoh tersebut, candle tersebut kebiasaanya berwarna hitam atau merah. Dalam kes ini, harga pembukaan berada di bahagian atas badan, dan harga penutup berada di bawah. Jenis candlestick ini dipanggil bearish.

0.png

Sebuah candlestick adalah sangat membantu untuk memahami dinamika harga. Namun, ia berfungsi dengan lebih baik apabila digunakan bersama dengan carta candlestick. Apakah keistimewaan carta jenis ini, dan apakah perbezaannya dengan jenis-jenis carta yang lain? Jom kita tinjau.

Carta candlestick vs Carta Bar

Carta candlestick hampir serupa dengan carta bar. Kedua-duanya menunjukkan prestasi harga pada satu tempoh tertentu. Sama seperti candlestick pada rangka masa mingguan, carta bar menunjukkan bagaimana harga bergerak sepanjang minggu, dari hari Isnin hingga Jumaat.

2.png

Perbezaan utama di antara carta bar dan rakan Jepunnya adalah terletak pada butirannya. Badan sebenar candlestick memberi lebih banyak maklumat berbanding bar. Pola yang terhasil pada carta adalah lebih mudah difahami secara visual berbanding garisan yang anda lihat pada carta bar.

Dengan menggunakan carta candlestick, anda dapat membaca pola candlestick yang mana memerlukan analisis pada badan dan bayang candlestick. Candlestick yang panjang memberi petunjuk sesi yang aktif dan candlestick yang pendek menunjukkan pasaran yang stabil, anda dapat memerhatikan reaksi yang pantas pada perubahan carta tersebut.

Ini adalah enam jenis candlestick yang utama. Setiap katergori mempunyai namanya sendiri. Ia adalah:

  • shaven head dan shaven bottom;
  • spinning tops;
  • marubozu;
  • candlestick dengan bayang yang pendek;
  • candlestick dengan bayang atas dan bawah yang panjang;
  • doji.

Jika sebuah candlestick tidak mempunyai bayang di sebelah atas, para pedagang memanggilnya candlestick "shaven head". Kebiasaanya ia menunjukkan tekanan bearish sedang berlaku pada pasaran.

Sebaliknya, candlestick tanpa bayang bawah dikenali sebagai "shaven bottom".  Candlestick jenis ini menunjukkan bahawa para pembeli sedang menguasai pasaran.

3.png

Apabila candlestick mempunyai tubuh yang kecil dan bayang-bayang atas dan bawah yang panjang, ia dipanggil "spinning top" (gasing). Spinning top menandakan ketidakpastian di pasaran: kedua-dua bulls dan bears aktif, tetapi tiada pihak yang berjaya menguasai pasaran.

Selepas kenaikan yang berpanjangan atau candlestick bullish yang panjang, spinning top menunjukkan pelemahan di kalangan para pembeli dan mungkin akan berlaku perubahan atau gangguan pada trend. Selepas kemerosotan lama berlarutan atau candlestick bearish yang panjang, spinning top menunjukkan pelemahan di kalangan para penjual dan mungkin akan berlaku perubahan atau gangguan pada trend.

4.png

Dan kini anda bayangkan sebuah candlestick yang mempunyai badan yang tebal dan tidak mempunyai bayang si atas atau bawah. Candlestick ini mempunyai nama yang sangat Jepun – Marubozu.

Bullish Marubozu terjadi apabila harga pembukaan yang sama dengan harga minimum, dan harga penutup sama dengan harga maksimum. Ia menunjukkan bahawa para pembeli sedang mengawal aksi harga pada tempoh tersebut.

Bearish Marubozu terjadi apabila harga pembukaan sama dengan harga maksimum dan harga penutup sama dengan harga minimum. Ia menunjukkan bahawa aksi harga yang dikawal oleh para penjual. 

5.png

Salah satu jenis candlestick yang terkenal ialah candlestick dengan bayang yang pendek. Candlestick dengan bayang pendek menandakan bahawa kebanyakan aksi dagangan berlaku terbatas, tidak jauh dari harga pembukaan dan penutup.

6.png

Candlestick dengan bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang pendek menunjukkan bahawa pembeli mendominasi sesi, tetapi pada penghujung tempoh tersebut penjual berjaya menarik harga turun dari kawasan tinggi. Sebaliknya, candlestick dengan bayang bawah yang panjang menunjukkan bahawa penjual mendominasi sesi tersebut, tetapi harga berjaya ditutup dengan lebih tinggi.

7.png

Cadlestick dengan badan yang amat kecil (harga pembukaan dan penutup yang hampir sama) dipanggil "doji". Jika candlestick ini terjadi, kedua-dua bull atau bear sedang mendominasi pasaran. Pasaran tidak menentu. Candlestick doji adalah sukar. Ia sendiri tidak memberikan kita maklumat yang banyak. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi penunjuk penyongsangan arah yang ketara sekiranya syarat tertentu dalam pasaran dilaksanakan.

 8.png

Secara umumnya, candlestick doji menjadi candlestick penyongsangan arah apabila syarat-syarat berikut dipenuhi.

  1. Doji terbentuk selepas satu jujukan candlestick bullish dengan badan yang panjang-panjang (ketika uptrend) atau selepas satu jujukan candlestick bearish dengan badan yang panjang-panjang (ketika downtrend). Biasanya, ia mengisyaratkan pelemahan trend. 
  2. Candlestick selepas doji yang akan mengesahkan penyongsangan arah.
  3. Keadaan pasaran adalah terlebih dibeli (overbought) atau terlebih dijual (oversold).

Para pedagang telah mengenalpasti empat jenis doji. Mari kita lihat pada gambar di bawah.

9.png

Long-legged doji (doji berkaki panjang) mempunyai bayang-bayang atas dan bawah yang panjang yang hampir sama panjang dan mencerminkan keraguan yang besar di pasaran.

Dragonfly doji (doji pepatung) ialah pola penyongsangan bullish yang signifikan yang kebanyakannya terbentuk pada penghujung downtrend.

Gravestone doji (doji batu nisan) ialah corak penyongsangan bearish yang signifikan yang kebiasaannya terbentuk di bahagian atas uptrend.

Four price doji (doji empat harga) sangat jarang berlaku dan melambangkan ketidakpastian pedagang tentang arah pasaran secara total dan sepenuh-penuhnya.

Candlestick doji boleh memberikan maklumat yang lebih relevan sekiranya ia berada bersama-sama dalam pola candlestick. Para pedagang Jepun mentakrifkan pelbagai jenis pola candlestick yang membantu mereka meramalkan pergerakan pasaran selanjutnya.

Pola-pola Candlestick Jepun

Terdapat banyak pola candlestick yang anda boleh lihat dalam carta. Sesetengah daripada mereka sangat spesifik sehingga peluang untuk melihatnya dalam rutin harian anda sangat rendah. Selebihnya sudah biasa dilihat walaupun kepada mereka yang tidak banyak berdagang. Jadi mari tinjau samada anda mengetahui lima corak candlestick peyongsangan yang terkenal!

Hammer (Tukul)

Hammer adalah pola candlestick tunggal yang memberi petunjuk penyongsangan ke atas. Candlestick tersebut akan terjadi pada penghujung downtrend. Candlestick ini mempunyai badan yang pendek, bayang atas yang pendek, dan bayang bawah yang panjang. Bayang di bawah perlu mempunyai dua kali ganda panjang badan sebenar. Hammer menunjukkan bahawa walaupun bear dapat menarik harga ke paras rendah yang baru, mereka gagal untuk menahannya di situ dan kalah dalam pertempuran dengan pembeli pada penghujung tempoh perdagangan.

Pada carta EUR/NZD, kita dapat lihat contoh hammer yang jelas. Selepas downtrend, sebuah candlestick bullish dengan bayang bawah yang panjang telah muncul. Candlestick selepas hammer adalah bullish. Ia ditutup melebihi harga pembukaan hammer tersebut. Jadi, penyongsangan arah telah disahkan.

10.png

Inverted Hammer (Tukul Terbalik)

Ini adalah pola hammer yang diterbalikkan. Namun, selain daripada hammer, setup ini memerlukan pengesahan dua candlestick; yang pertama perlulah bearish. Signalnya lebih andal apabila candlestick selepas pola tersebut adalah bullish. Pola tersebut memerlukan pengesahan sebagai satu breakout pada zon rintangan terdekat atau pada garisan trend.

Pada carta AUD/JPY, selepas candlestick bearish pada satu downtrend, inverted hammer (tukul terbalik) terjadi. Candlestick bullish telah mengesahkan momentum menaik selepas itu. Jadi, trend tersebut telah menyongsang arah.

11.png

Morning Star

"Morning star" adalah nama panggilan untuk planet Utarid. Jika anda memandang ke langit dan melihatnya, ia bermakna matahari akan terbit tidak lama lagi. Dengan harga pula, perkara sama berlaku: apabila morning star kelihatan, harga akan menaik. 

Candlestick pertama pada pola tersebut perlu bearish, dengan badan sebenar yang besar. Candlestick kedua perlu dibuka dengan senggang ke bawah (di bawah badan candlestick pertama) dan mempunyai badan sebenar yang kecil. Ia menunjukkan pelemahan para penjual. Warna pada candlestick ini tidak penting. Candlestick ketiga perlu memenuhi senggang bearish sebelumnya. Ia perlu bullish dan ditutup di atas pertengahan candlestick pertama.

Pada gambar, anda boleh lihat bagaimana morning star pada carta saham Nike menyebabkan berlakunya uptrend.

 12.png

Bertentangan dengan pola penyongsangan bullish, terdapat pola penyongsangan bearish. Ia terjadi pada penghujung uptrend dan ia memberi petunjuk penyongsangan ke bawah. Mari kita lihat kepada dua contoh yang paling terkenal.

Shooting star

Ini merupakan pola penyongsangan candlestick paling mudah dilihat semasa uptrend. Apabila anda melihatnya, jangan lupa berdoa untuk signal jual! Bayang sebelah atas yang panjang menunjukkan bahawa peserta pasaran tidak lagi menerima harga ini. Justeru, badan sebenar pola ini adalah kecil, sama seperti bayang sebelah bawah.

Pada carta JP225, shooting star selepas uptrend menunjukkan perubahan arah trend.

1.png

Evening Star (Bintang Malam)

Pola ini terdiri daripada tiga candlestick. Candlestick pertama adalah bullish, warna candlestick kedua tidak penting, dan yang candlestick ketiga adalah bearish. Candlestick pertama panjang, candlestick kedua mempunyai badan yang kecil, dan yang ketiga lebih panjang daripada yang pertama. Terdapat senggang di antara candlestick pertama dan kedua. Candlestick ketiga perlu memenuhi senggang bullish sebelumnya.

Pada carta harian GE, anda boleh melihat pola carta evening star.

14.png

Kini anda sudah tahu semua maklumat penting berkenaan pola-pola candlestick! Kami berharap dengan ilmu yang anda terima, anda dapat menguasai pasaran nanti! Untuk pelajari lebih lanjut berkenaan candlestick Jepun, layari Buku Panduan FBS.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.