Purata Bergerak – instrumen terbaik pedagang

Baca artikel ini di laman web FBS

Indikator teknikal memainkan peranan yang sangat penting: ia mengira sesuatu dan memvisualkannya di dalam perisian perdagangan lantas menjimatkan masa peniaga. Purata Bergerak (MA, Moving Average) satu indikator yang klasik dan ia juga antara yang paling berguna. Di dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana MA berfungsi dan bagaimana cara menggunakannya untuk meningkatkan hasil perdagangan. Kini Purata Bergerak boleh didapati di Aplikasi FBS Trader.

Apakah itu Purata Bergerak?

Takrifan indikator ini sudah termaktub di dalam namanya itu sendiri. Pertama, MA menunjukkan harga purata untuk tempoh yang anda pilih. Sekiranya anda memilih tempoh ‘50’ pada rangka waktu harian, garis tersebut akan menunjukkan harga purata untuk 50 hari yang terakhir. Kehidupan ini terus berjalan lantas hari-hari baru tiba tanpa henti, tempoh '50 hari terakhir' tersebut pun turut beranjak 'maju' ke hadapan. Titik-titik baru muncul di carta membentuk garisan – Purata Bergerak 50 hari.

Bagaimana cara menggunakan Purata Bergerak bila berdagang?

MA adalah alat yang amat berharga. Ada dua cara bagaimana ia boleh menolong anda membuat keputusan perdagangan yang kompeten:

  1. Apabila trend harga tidak jelas, MA akan menunjukkannya kepada anda. Sekiranya MA naik, ia adalah uptrend (aliran menaik). Sekiranya penunjuk turun, ini adalah downtrend (aliran menurun). Semudah itu.
  2. Anda boleh menggunakan MA sebagai sokongan dan rintangan. Sekiranya harganya mendekati MA dari atas ke bawah, ada kemungkinan besar garis itu akan membuatnya berhenti dari terus turun atau malah berpatah balik ke atas. Sekiranya harga naik ke arah MA dari bawah, kemungkinan besar garis itu akan membuatnya berhenti dari terus naik atau bahkan berpatah balik ke bawah. Hanya tambahkan MA pada carta dan anda akan mendapat sokongan dan rintangan anda secara automatik.

FBS Trader MA 11.jpgFBS Trader MA12.jpg   

Tetapan mana yang hendak dipilih?

Indikator ini mempunyai dua parameter utama: jenis dan tempoh.

Jenis. Sekiranya anda mahukan garisan klasik yang menunjukkan harga purata, pilih Purata Bergerak Ringkas (SMA, Simple Moving Average) yang menggunakan harga penutupan candlestick. Sekiranya anda mahukan MA anda memberikan wajaran (pemberat) yang lebih besar pada harga yang lebih terkini (iaitu lebihkan fokus pada pergerakan harga terkini), pilih Purata Pergerakan Eksponen (EMA, Exponential Moving Average). Sekiranya tujuan anda adalah untuk menghilangkan gerakan-gerakan rawak pada harga, yang mana ianya tidak penting dan hanya mengganggu perhatian kita, pilih MA yang dilicinkan (smoothed MA). MA jenis ini sangat sesuai untuk menentukan arah trend.

Tempoh. Semakin kecil tempohnya, MA semakin hampir dengan harga. Purata Bergerak dengan tempoh ‘1’ sebenarnya adalah harga itu sendiri. Semakin besar tempoh yang dipilih, semakin jauh kemiripan MA dengan gerakan harga. Kami mengesyorkan agar anda mengubah-ubah tempoh MA anda untuk melihat bagaimana garisnya berubah. Untuk rangka waktu harian, mingguan, dan bulanan, peniaga biasanya lebih suka tempoh seperti 50, 100, dan 200. Untuk rangka masa seperti H1 dan lebih rendah, tempoh MA yang popular adalah 9, 12, dan 26.

FBS Trader MA2.jpg

Strategi perdagangan dengan Purata Bergerak

Sekarang bahagian terbaik – strategi! Strategi perdagangan memberikan anda satu set peraturan untuk masuk dan keluar dari pasaran. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkahnya dengan teliti. Ingat bahawa adalah anda disyorkan untuk menguji strategi yang ingin digunakan dengan akaun demo terlebih dahulu.

Strategi # 1: Tiga Rangka Masa

  1. Tambahkan SMA 60 ke carta. Rangka masa M5, H1, dan H4 disyorkan untuk EUR/USD atau GBP/USD.
  2. Periksa rangka masa yang terbesar (H4). Sekiranya harga semasa berada di atas 60 SMA, pertimbangkan untuk membuka urusniaga beli. Sekiranya harga semasa di bawah SMA 60, pertimbangkan untuk membuka urusniaga jual.
  3. Lihat rangka masa seterusnya (H1). Sekiranya terdapat isyarat beli pada H4, di sini harga semasa juga harus melebihi SMA 60-tempoh. Sekiranya terdapat isyarat jual pada H4, di sini harga semasa di H1 juga harus berada di bawah SMA 60-tempoh.
  4. Periksa rangka masa terakhir (M5). Cari persilangan antara harga dan SMA 60. Sekiranya anda mencari peluang membeli, tunggu harga melintasi SMA 60 dari bawah ke atas. Sekiranya anda ingin menjual, tunggu harga melintasi SMA 60 dari atas ke bawah. Sekiranya anda mahukan kepastian 100%, tunggu bila harga menembusi harga tertinggi/terendah tempatan yang terdekat.
  5. Buat pesanan Ambilan Untung (Take Profit) berhampiran paras tertinggi/terendah sebelum ini, atau rentetkan (trail) Renti Rugi (Stop Loss) anda dan ikuti arah gerakan harga.

FBS Trader MA 3.jpgFBS Trader MA4.jpg

FBS Trader MA5.png

Strategi #2: Kembali ke Purata

  1. Gunakan SMA 50 atau EMA 50 di rangka masa yang paling anda sukai.
  2. Harga selalu cenderung kembali ke harga purata, jadi cari tempoh di mana harga berada terlalu jauh dari MA berbanding dengan tempoh lain di carta.
  3. Apabila anda menyedari bahawa jarak di antara harga dan MA sudah menjadi terlalu besar, cari pola candlestick penyongsangan, khususnya pola "pin bar" (candlestick dengan badan yang kecil dan satu bayangan bawah/atas yang panjang), contohnya seperti Hammer atau Shooting Star . Masuk pasaran mengikut arah yang diberikan oleh signal.

FBS Trader MA6.jpg

MUAT TURUN FBS TRADER

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.