Berdagang dengan berita seperti seorang pro dengan perkakas MetaTrader

Baca artikel ini di laman web FBS

Kita sering melihat bagaimana peniaga pemula bergelut mencari sumber maklumat yang baik. Sudah tentu, perkara pertama yang selalu kami cadangkan ialah untuk meninjau laman berita FBS dan bahan analisis. Pada masa yang sama, jika anda telah mendaftarkan akaun anda dan berjaya memuat turun Metatrader, anda sudah separuh jalan dalam mencapai hasil yang produktif. Hari ini, anda akan belajar bagaimana cara menggunakan beberapa perkakas tersembunyi yang ada di MetaTrader. Panduan ini sangat berguna sekiranya anda ingin berdagang sempena berita.

Mengenali perkakas yang ada

Sebaik setelah anda log masuk ke akaun sebenar di MetaTrader, biasanya anda mengalihkan perhatian anda ke carta atau ke seksyen "Market Watch" di sebelah kiri perisian ini. Sekiranya anda depositkan sejumlah wang, anda mungkin akan melihat bahagian bawah skrin anda, di mana anda dapat melihat baki, ekuiti dan margin. Mari kita lihat tetingkap ini dengan lebih dekat. Ia dipanggil "Toolbox". Fitur yang ada padanya menjadi subjek utama artikel ini.

Pertama, mari kita klik pada tab Berita. Seksyen ini menjejak tajuk berita penting dan aset.

1.png

Instrumen kedua yang akan kita pertimbangkan adalah kalendar ekonomi, yang boleh anda temui di (jangan terkejut ya!) Tab “kalendar”.

2.png

Anda boleh tetapkan apa yang anda mahu lihat di kalendar. Ini membolehkan anda memilih prioriti acara, menambah atau menghapus acara bagi negara tertentu dan mengikuti pengumuman hanya untuk mana-mana matawang tertentu. Anda bahkan boleh memaparkan acara di atas carta! Untuk melakukan yang tersebut, tekan butang kanan pada kalendar dan pilih “Show on charts” ("Tunjukkan di carta") – “Add all events” ("Tambahkan semua acara"). Anda boleh tekan “Auto update” ("Kemas kini automatik") jika anda mahu data yang relevan ditunjukkan di carta.

Strategi untuk berdagang sempena berita dengan toolbox MT

Mari kita pertimbangkan senario sebenar untuk berdagang sempena berita menggunakan perkakas-perkakas MT. Dalam tetapan kalendar, kami akan memilih acara yang berkeutamaan sederhana dan tinggi.

Pertama, kita buka kalendar dan lihat acara penting yang pertama di sana.

Pada hari Rabu, 10 Mac, peristiwa penting yang pertama adalah pengumuman CPI China. Menurut unjuran, indikator tersebut dijangka akan meningkat sebanyak 0.9%.

4 (1).png

Kita pilih USD/CNH untuk scalping di rangkamasa M5. Sebelum waktu pengumuman, kami telah tandakan 2-3 aras sokongan dan rintangan yang paling dekat dengan harga agar dapat meletakkan ambilan untung dan renti rugi dengan lebih pantas.

Kalendar dikemas kini dengan segera, dan ini sangat sesuai jika anda seorang scalper. Semasa data disiarkan, kami telah melihat bahawa angka sebenar diumum lebih rendah daripada unjuran. Indikator ini meningkat sebanyak 0.6%. Kami pun membuka urusniaga beli USD/CNH sebaik sahaja melihatnya, menetapkan ambilan untung kami di rintangan 6.5230 dan renti rugi beberapa pip di bawah aras sokongan di 6.5150. Ia berjaya!

5.png

Terlanjur membincangkan tentang berita, jangan lupa bahawa anda boleh mengikuti semua berita di tab "News" (Berita)! Makluman penting mengenai instrumen tertentu akan membantu anda untuk tidak tersesat dalam persekitaran pasaran yang rumit dan memilih pasangan yang sedang bergerak sekarang (bukan hanya EUR/USD atau GBP/USD!).

6.png

Kesimpulan

Seperti yang anda boleh lihat, MT mempunyai hampir semua perkara yang anda perlukan untuk berdagang sempena berita. Sekiranya anda ingin mendapatkan liputan pasaran yang lengkap, anda boleh melayari laman web FBS pada bila-bila masa untuk mendapatkan idea perdagangan dan buah pandangan profesional.

BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.