Analisis Bar: dua entri yang mudah

Baca artikel ini di laman web FBS

Bar pin/tukul

Sebuah bar pin (pin bar) adalah candlestick tukul (hammer) biasa. Ia mempunyai tubuh (kepala tukul) dan ekor (hulu tukul). Warnanya tidak penting – komposisinya yang bermakna buat kita kerana ia mentakrifkan sama ada ia signal bullish atau bearish.

Jika tubuhnya berada di bahagian atas candlestick – ia isyarat bullish, dan petanda suatu penyongsangan ke atas jika di saat itu ada downtrend.

Jika tubuhnya berada di bahagian bawah candlestick – ia isyarat bearish, dan petanda suatu penyongsangan ke bawah jika di saat itu ada uptrend.

Price action strategies 1.png

Entri

Ada tiga cara mudah untuk memasuki pasaran dengan bantuan pin bar/hammer.

Entri pasaran: anda hanya buka posisi di harga semasa di aras harga yang jatuh di dalam julat tubuh kandil (kepala tukul).

Entri dengan "Limit": anda letakkan pesanan limit di aras harga di sekitar pertengahan (50%) julat ekor/hulu tukul.

Entri "Stop": anda letakkan pesanan buy/sell stop betul-betul di bawah/atas hujung candlestick.

Imej di bawah menunjukkan di mana kedudukan paras bagi setiap jenis entri.

Penting: pastikan bar pin/tukul sudah lengkap terbentuk sebelum anda memasuki pasaran.

Price action strategies 2.png

Bar dalaman

Bar dalaman merujuk kepada formasi dua candlestick di mana tubuh dan bayang suatu bar berada secara sepenuhnya di dalam sempadan suatu bar lain. Lihat imej di bawah: bar kedua “dibayangi” sepenuhnya oleh bar yang pertama.

Price action strategies 3.png

Entri

Secara idealnya, anda akan temui bar dalaman sama ada di bawah aras sokongan taktikal (dalam kes bearish) atau di atas aras rintangan (kes bullish). Kedua-dua senario ini menandakan bahawa formasi bar dalaman mengesahkan aras tersebut sudah ditembusi, jadi logiklah untuk kita buka posisi.

Di dalam contoh di bawah, anda lihat bahawa trend berada di dalam pergerakan lemban yang sedikit cenderung ke atas. Namun selepas bar dalaman, ia bergerak meluru ke bawah. Dalam senario ini, anda akan membuka suatu pesanan jual selepas formasi bar dalaman lengkap terbentuk di mana-mana aras harga di dalam sempadan bar yang pertama.

Price action strategies 4.png

                                                                                                    LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.