Apa itu Nasdaq dan bagaimana cara berdagang dengannya?

Baca artikel ini di laman web FBS

Pasaran saham sarat dengan pelbagai indeks. Nasdaq salah satu daripadanya. Tetapi mengapa ia begitu popular di kalangan para pedagang? Apa yang menjadikannya sangat istimewa? Mari kita selidik.

Apakah ia?

Ada Indeks Komposit Nasdaq dan ada juga indeks 100 Nasdaq. Jangan dikelirukan dua indeks ini. Indeks yang pertama terbentuk dari semua saham-saham domestik dan antarabangsa Nasdaq yang tersenarai di Pasaran Saham Nasdaq. Manakala, Nasdaq 100 pula adalah ekstrak dari Nasdaq Composite, yang terkandung di dalamnya hanya 100 buah syarikat bukan kewangan yang teratas. Selain dari itu, Nasdaq 100 juga dikenali sebagai US 100. Pada carta di bawah, anda boleh lihat Nasdaq 100. 

Perbezaan utama di antara Nasdaq 100 dan indeks lain seperti S&P 500 dan Dow Jones ialah betapa majoriti komponennya terdiri daripada saham-saham sektor teknologi (47.25%). Itulah sebabnya mengapa para pelabur memanggilnya sebagai penanda aras untuk saham teknologi AS atau secara ringkasnya – indeks teknologi. Saham-saham selebihnya terdiri dari sektor perkhidmatan pengguna (19.37%), penjagaan kesihatan (10.13%), dan barang pengguna (7.82%). 

Ledakan teknologi di tengah-tengah pandemic Covid-19

Coronavirus menyebabkan saham-saham teknologi melonjak kerana permintaan untuk e-dagang, teknologi cloud, dan perkhidmatan penstriman meroket sepanjang tempoh lockdown yang panjang dan berlarutan. Revolusi digitalisasi telah bermula jauh sebelum pandemik, tetapi langkah lockdown telah memangkin kecenderungan ke arah itu. Kesannya, Nasdaq melonjak ke paras tertinggi, melampaui imaginasi pasaran! Ia berjaya meningkat sebanyak hampir 60% pada bulan Januari 2020.

NasdaqMonthly.png

Bagaimana Nasdaq dikira?

Indeks NASDAQ-100 diberi pemberat berdasarkan permodalan pasaran syarikat-syarikat komponennya. Dengan kata lain, semua nilai indeks bersamaan dengan nilai agregat pemberat-pemberat saham, yang juga dikenali sebagai saham-saham indeks,setiap satu sekuriti indeks didarabkan dengan harga jualan terakhir sekuriti tersebut, dan dibahagi dengan pembahagi indeks.

Mengapa ia penting? Pemberat ini membolehkan pengaruh syarikat terbesar dihadkan dan mengimbangkan indeks dengan semua komponen. Tidak ada syarikat Nasdaq-100 yang boleh mempunyai pemberat lebih daripada 24%. Tetapi tetap saja, ketika saham syarikat besar naik atau turun, ia mempunyai pengaruh yang lebih besar pada indeks berbanding saham syarikat-syarikat kecil.

Apakah syarikat-syarikat yang ada di Nasdaq?

Secara keseluruhannya ada 102 simbol lantaran ada beberapa syarikat yang mempunyai dua kelas saham. Contohnya, syarikat induk Google iaitu Alphabet mempunyai saham Kelas A (GOOGL) dan Kelas C (GOOG) di dalam indeks ini.

Berikut senarai saham-saham teratas di indeks Nasdaq, di mana anda boleh temui syarikat-syarikat yang terkenal, dari Apple hingga Tesla.

1.png

Bagaimana cara berdagang dengan NASDAQ?

Pertama sekali, anda harus membuka kontrak yang betul. Jangan terkeliru, di MetaTrader, anda akan temui dua instrumen: Nasdaq dan Nasdaq- * tahun semasa dan satu huruf *. Yang pertama hanya untuk analisis, bukan untuk perdagangan. Yang kedua adalah untuk didagangkan. Yang bagusnya di sini, bila anda dagangkan kontrak, anda boleh pilih untuk berdagang dalam arah beli atau jual, sama seperti waktu di mana anda memperdagangkan matawang. Dengan kata lain, anda boleh mengambil kesempatan dari pergerakan harganya dengan membeli atau menjual.

Untuk membuka kontrak, klik pada butang "Create a new chart" di sudut kiri atas, kemudian tekan butang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

nasdaq.png

Selepas itu, akan terpapar satu carta kontrak yang akan luput pada suatu waktu tertentu. Untuk mengetahui tarikh luput, pergi ke spesifikasi kontrak dengan mengklik butang kanan pada kontrak Nasdaq seperti gambar di bawah. Kemudian, anda akan temui waktu terakhir yang sah untuk perdagangan. Sekiranya anda tidak mahu semakkan fikiran anda dengan tarikh luput, US 100 lebih sesuai untuk anda.

nasdaq1.png                                    2.png

Dalam aplikasi FBS Trader , ia malah lebih mudah. Anda hanya perlu klik butang "Indeks" dan anda akan temui kontrak yang diperlukan di dalam senarai dropdown.

IMG_20210316_115040.938.jpg

Sekarang anda tahu apa itu Nasdaq dan bagaimana cara memperdagangkannya! Ikuti laporan pendapatan , berita syarikat, dan pelancaran produk untuk sentiasa ketahui perkembangan yang terkini. Sebenarnya, masa depan dikuasai oleh teknologi. Dan kerana Nasdaq adalah indeks teknologi, ia berpotensi tinggi untuk terus berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Tambahan lagi, dengan memperdagangkan indeks – bukannya saham individu, anda meminimumkan risiko pergerakan harga yang mendadak di luar jangkaan kesan dari pengumuman berita suatu syarikat tertentu.

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.