Strategi Williams

Baca artikel ini di laman web FBS

Bill Williams ialah pencipta beberapa indikator pasaran yang paling popular: Osilator Awesome, Fraktal, Alligator dan Gator.

Kebanyakan indikator ini digunakan dalam pasaran yang sedang dalam trend.

Kami ingin memperkenalkan anda dengan satu strategi trend baharu berdasarkan indikator Williams:

Setup strategi

Instrumen: apa sahaja

Indikator: Alligator Williams dan Fraktal Williams dengan tetapan lalai

Rangka masa: >30M

Peraturan untuk entri long

  1. Nantikan sehingga jalur Bibir (Lips line) menembusi jalur Rahang (Jaws line) dari bawah ke atas

  2. Harga menembusi rintangan fraktal atas yang terdekat.

Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras minimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.

Mari kita lihat carta USDJPY. Seperti yang anda boleh lihat, harga mula menaik pada Februari 2023 pada rangka masa Harian.

Dua perkara telah berlaku secara serentak: jalur Bibir indikator Alligator menembusi jalur Rahang ke arah atas; harga menembusi aras rintangan fraktal ke arah atas dan terus meningkat.

Membuka posisi long dengan Rentas Rugi yang lebih rendah daripada minimum lokal sebelumnya boleh dibuat pada 134.360. Untuk pedagang yang konservatif, mereka boleh menetapkan Rentas Rugi sedikit di bawah garisan faktal terakhir, yang menjadi aras sokongan.

Picture1.png

Peraturan untuk entri short

  1. Nantikan sehingga jalur Bibir menembusi jalur Rahang ke arah bawah.

  2. Harga menembusi sokongan fraktal bawah yang terdekat.

Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras maksimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.

Carta USDJPY yang sama membolehkan kita membuka posisi short untuk pasangan ini apabila harga menembusi garisan sokongan fraktal terakhir, dan kemudian, jalur Alligator mengesahkan signal – jalur Bibir menembusi jalur Rahang pada 132.6.

Perhatikan bahawa kita mendapat signal daripada indikator Alligator lebih lewat daripada fraktal Williams. Itu tidak menjadi masalah untuk strategi ini.

Peraturan penetapan Renti Rugi adalah sama seperti sebelum ini – lebih tinggi daripada lokal maksimum atau sedikit lebih tinggi daripada garisan rintangan fraktal bagi mereka yang tidak mahu mengambil risiko yang terlalu besar.

Picture2.png

Peraturan untuk Ambilan Untung

Pilihan untuk ambilan untung boleh dibuat menggunakan nisbah 3:1, iaitu, urusniaga harus membawa 3 poin keuntungan untuk setiap 1 poin kerugian.

Nota Penting

Adalah sangat penting untuk anda tahu bahawa strategi ini hanya berfungsi semasa pasaran sedang berada dalam trend. Semasa pasaran yang mendatar, strategi ini boleh menghasilkan banyak signal palsu.

Berdagang dengan FBS menggunakan Alligator dan Fraktal untuk menghasilkan pendapatan yang stabil!

Cuba sekarang

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.