Menganalisis Pasaran Dengan Advance/Decline Line

Menganalisis Pasaran Dengan Advance/Decline Line

2023-01-27 • Dikemaskini

Berdagang indeks mungkin bukan satu pilihan yang popular. Walau bagaimanapun, ia peluang yang baik untuk mempelajari pasaran saham dengan lebih mendalam dan melihat pengaruh saham terhadap indeks. Artikel ini akan memberitahu anda tentang indikator yang dicipta khas untuk berdagang indeks - Advance/Decline Line.

Indikator teknikal Advance/Decline Line kurang popular jika dibandingkan dengan indikator-indikator lain seperti RSI, Stokastik, dan MACD. Walaupun indikator-indikator lain ini dibina berasaskan momentum, dengan matlamat untuk menentukan kekuatan atau kelemahan suatu saham, indikator A/D Line adalah unik kerana ia indikator kelebaran pasaran yang menunjukkan bilangan pembeli dan penjual yang mengambil bahagian dalam rali atau kemerosotan di suatu pasaran saham.

Artikel ini akan membincangkan tentang indikator A/D dan aplikasinya dalam pasaran saham. Namun, anda boleh menambahkan indikator tersebut ke dalam Metatrader dan menggunakannya untuk semua jenis aset, bukan hanya saham dan indeks sahaja.

Apakah itu Advance/Decline Line?

Advance/Decline Line (ADL) ialah indikator teknikal yang memaparkan perbezaan antara bilangan saham yang naik dan turun setiap hari. Indikator ini lazimnya digunakan untuk perdagangan saham dan indeks. Ia menunjukkan keterlibatan suatu saham dalam kenaikan atau kemerosotan pasaran.

Indeks-indeks yang paling popular ialah indeks-indeks yang berwajaran permodalan. Ia juga dikenali sebagai indeks-indeks wajaran nilai pasaran. Wajaran suatu saham tertentu ditentukan oleh jumlah permodalan pasarannya. Dalam indeks-indeks yang sedemikian, saham-saham dengan permodalan pasaran yang lebih besar mempunyai wajaran yang lebih tinggi, dan sebarang perubahan pada harga-harga sahamnya akan memberi kesan yang lebih besar terhadap prestasi indeks tersebut. Sebagai contoh, dalam S&P 500, saham Apple mempunyai wajaran yang paling besar.

SP500 index composition.png

 Disebabkan oleh sejumlah besar indeks berwajaran permodalan, seperti S&P 500, DJIA dan NASDAQ Composite, saham-saham dengan permodalan pasaran yang lebih tinggi akan mempengaruhi prestasi indeks secara tidak seimbang. Oleh itu, ADL menunjukkan seberapa banyak saham-saham indeks tersebut terlibat dalam hala tuju pasaran.

Sebagai contoh, jika indeks saham berwajaran permodalan meningkat sebanyak 3%, adalah penting bagi para pedagang untuk mengetahui dua perkara. Pertama, adalah penting untuk memahami sama ada kenaikan dalam indeks tersebut disebabkan oleh kenaikan dalam saham-saham majoriti. Kedua, seseorang perlu mengetahui sama ada kenaikan dalam indeks adalah disebabkan oleh prestasi luar biasa sesebuah syarikat dengan wajaran yang besar dalam indeks tersebut. A/D Line boleh menyediakan maklumat sedemikian.

Formula bagi Advance/Decline Line

A/D Line sangat mudah dikira dan difahami. Secara asasnya, A/D Line mempunyai tiga komponen. Yang pertama adalah saham-saham yang meningkat naik, yang kedua adalah saham-saham yang merosot, dan yang ketiga ialah peningkatan bersih terdahulu.

Peningkatan saham (stock gains) merujuk kepada jumlah bilangan saham dalam suatu indeks pasaran yang telah meningkat nilainya sepanjang hari sebelumnya. Penurunan saham merujuk kepada jumlah bilangan saham dalam indeks pasaran yang merosot harganya sepanjang hari sebelumnya. Dan akhirnya, peningkatan bersih terdahulu merujuk kepada jumlah bersih saham yang naik dan turun sepanjang hari sebelumnya.

Mari kita rangkumkan:

Advance Decline line calculation.png

Di mana:

Saham-saham Yang Meningkat merujuk kepada bilangan saham yang nilainya meningkat setiap hari;

Saham-saham Yang Merosot merujuk kepada bilangan saham yang nilainya merosot setiap hari;

Peningkatan Bersih Terdahulu merujuk kepada jumlah bersih saham-saham yang menaik dan menurun setiap hari.

Advance/Decline Line Dalam MetaTrader

Indikator A/D Line tidak disertakan dalam senarai indikator standard, anda perlu memuat turunnya sendiri. Untuk itu ada perlu melakukan beberapa langkah:

  • Pertama, muat turun Advance Decline Line untuk MT5 dalam format .mq5. Bagi MT4, anda perlukan .mq4.
  • Kemudian, buka platform MT4 atau MT5 dan pergi ke File - Open Data Folder, kemudian pilih MQL4/5 - Experts or Indicators dan pindahkan fail indikator dalam format MQL4/EX4 atau MQL5/EX5 ke dalam folder ini.
  • Mulakan atau mulakan semula Metatrader 4/5 anda.
  • Pilih carta dan rangka masa yang anda inginkan untuk menguji indikator MT5 anda.
  • Klik “InsertIndikator”, kemudian “Indicators” dan anda akan menemui “Advance/Decline Line” di bahagian “Custom Indicators”.
  • Selepas mengubah tetapan, tekan OK dan Advance/Decline Line kini tersedia pada carta anda.

Signal-signal Advance/Decline Line

Terdapat dua signal utama yang diberikan oleh A/D Line. Mari kita lihat satu persatu.

Kekuatan trend

Pertama, para pedagang boleh menggunakannya untuk mengesahkan kekuatan trend. Kami telah menyebut perkara ini sebelum ini, tapi mari kita ulang lagi: apabila A/D Line bergerak naik dengan aksi harga, ia menunjukkan trend menaik yang sihat.

Terdapat penyertaan yang luas oleh saham-saham dalam trend menaik, dan harga dijangka akan terus bergerak ke atas. Apabila garisan yang bergerak menurun digabungkan dengan aksi harga yang menurun, ini adalah petanda trend menurun yang sihat. Harga-harga dijangka akan terus turun ke bawah.

Mari kita lihat contoh carta harga S&P 500 yang ditunjukkan di bawah dengan A/D Line yang digunakan untuk mengesahkan kemantapan trend harga semasa.

 SP 500 price chart with an Advance Decline line.png

Harga S&P500 dan garisan Advance/Decline Line bergerak dalam trend menaik yang sama. Kenaikan A/D Line mengesahkan aksi harga. Ini menunjukkan penyertaan luas saham-saham dalam trend menaik ini dan memberikan pengesahan trend harga.

Kemungkinan terjadinya penyongsangan

Kedua, para pedagang boleh menggunakan A/D Line untuk mengenal pasti titik pivot. Pada saat bila mana penyongsangan berkemungkinan terjadi dalam suatu trend menaik semasa, kita harus menjangkakan aksi harga untuk membentuk puncak yang lebih tinggi (higher highs) dan A/D Line untuk membentuk lurah yang lebih rendah (lower lows). Ini dipanggil capahan bearish (bearish divergence) antara harga dan A/D Line.

Sebaliknya, kita boleh mengenal pasti potensi penyongsangan dalam trend menurun semasa dengan mengkaji carta harga dan mencari swing rendah yang menurun secara beransur-ansur ketika A/D Line sedang membentuk lurah yang lebih tinggi (higher lows). Ini dipanggil capahan bullish (bullish divergence) antara harga dan A/D Line.

Berikut adalah contoh carta harga NASDAQ yang ditunjukkan dengan garisan A/D Line yang digunakan untuk mengenal pasti capahan antara harga dan A/D Line.

Nasdaq price chart with an Advance Decline line.png

Aksi harga NASDAQ membentuk dua swing rendah utama, dengan swing rendah kedua lebih rendah daripada swing rendah yang pertama. Pada masa yang sama, garisan A/D Line membentuk satu pola di mana lurah yang kedua lebih tinggi daripada lurah yang pertama. Ini mewujudkan capahan bullish antara harga dan A/D Line.

Contoh Advance/Decline Line

Carta berikut menunjukkan A/D Line untuk Indeks S&P 500. Carta ini menunjukkan harga turun mendadak apabila pandemik Covid diumumkan pada tahun 2020. Ini berlaku apabila jumlah saham yang jatuh dan volumnya meningkat dalam indeks S&P 500.

Tidak lama kemudian, indikator tersebut menaik apabila jumlah saham tersebut bertambah, dan volumnya meningkat.

A D line.png

Halangan-halangan Advance/Decline Line

A/D Line tidak selalunya menunjukkan data yang tepat untuk saham-saham NASDAQ. Ini kerana NASDAQ sering menyenaraikan syarikat-syarikat kecil yang spekulatif, yang kebanyakannya berakhir dengan kegagalan atau dinyahsenaraikan. Walaupun saham-sahamnya dinyahsenarai daripada bursa, ia kekal pada nilai A/D Line yang dikira sebelum ini. Ini memberi kesan kepada pengiraan akan datang yang ditambahkan pada nilai kumulatif sebelumnya. Disebabkan perkara ini, A/D Line kadangkala akan jatuh untuk jangka masa yang panjang, walaupun ketika harga indeks NASDAQ meningkat.

Seperkara yang perlu diketahui ialah sesetengah indeks diwajarkan berdasarkan permodalan pasaran. Ini bermakna semakin besar syarikat tersebut, semakin besar pengaruhnya terhadap pergerakan indeks. A/D Line memberikan wajaran secara saksama kepada semua saham. Maka, ia adalah indikator yang lebih baik bagi saham-saham bersaiz sederhana, berpermodalan kecil, dan berpermodalan sederhana, bukan saham-saham berpermodalan besar atau berpermodalan mega yang lebih sedikit.

Kesimpulan

Advance/Decline Line adalah indikator hebat yang boleh memberikan pandangan yang berharga tentang aksi harga dalam indeks pasaran utama. Signal perdagangan yang terandal (most reliable) boleh diberikan oleh A/D Line ialah signal capahan. Para pedagang harus memberikan perhatian pada signal capahan bullish atau bearish antara aksi harga dan A/D Line. Kejadian-kejadian ini sering membawa kepada penyongsangan arah pasaran, yang agak menguntungkan.

Serupa

Tiada keputusan dijumpai

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera