
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
2023-01-25 • Dikemaskini
Jika anda mahu mula melabur atau berdagang, panduan ini terbaik untuk anda! Selepas membacanya, anda akan mengetahui perbezaan di antara pelaburan dan perdagangan, mengenali jenis-jenis pelaburan, mendapatkan beberapa petua berharga, dan akhirnya, mengetahui instrumen perdagangan yang baik secara peribadi untuk anda! Mari kita mulakan!
Mari kita lihat perbezaan di antara perdagangan dan pelaburan. Pertama, tidak ada keperluan untuk memilih hanya melabur atau hanya berdagang. Anda boleh mencampurkan kedua-dua pendekatan ini jika anda mahu! Sudah tentu, matlamat utama pendekatan ini adalah keuntungan, tetapi setiap satunya mengejar matlamat itu dengan cara yang berbeza.
Perdagangan adalah mengenai membeli dan menjual aset untuk matlamat jangka pendek, dengan memfokuskan pada perubahan harga intrahari. Jadi, pedagang cenderung untuk membuka urusniaga dan mengekalkan posisi selama beberapa hari, jam, atau malah minit! Tambahan lagi, mereka sering memberikan tumpuan kepada analisis teknikal, bukannya faktor-faktor fundamental. Ini bermakna mereka kebanyakannya membuat keputusan perdagangan dengan melihat carta harga dan mencari pola. Selain itu, pedagang boleh berdagang berdasarkan berita dan siaran data ekonomi dari pelbagai negara.
Manakala pelaburan adalah tentang membeli dan memegang aset untuk keuntungan jangka panjang. Pelabur membeli aset yang menunjukkan potensi tertinggi untuk berkembang dan mengekalkan posisi ini selama beberapa minggu, bulan, dan malah tahun. Di samping itu, pelabur cenderung untuk lebih bergantung pada faktor-faktor fundamental berbanding faktor teknikal. Dalam erti kata lain, mereka mendasarkan keputusan pelaburan pada peristiwa ekonomi dan analisis berita kewangan, bagi kes saham – berita syarikat, keputusan perolehan, pelancaran produk, dsb.
Berdagang |
Melabur |
|
Tindakan |
Buka kedua-dua pesanan beli dan jual |
Beli, kekalkan, kemudian ambil untung pada paras tertinggi atau kekalkan lebih lama |
Sumber Data |
Carta harga |
Siaran data ekonomi, berita, peristiwa |
Signal Masuk |
Pembentukan harga dan signal indikator teknikal |
Beli apabila aset menjadi kurang nilai (undervalued) atau jual apabila aset menjadi lebih nilai (overvalued) |
Tempoh Masa |
Posisi dikekalkan selama beberapa hari, jam, minit, saat (jangka pendek) |
Posisi dikekalkan selama beberapa hari, minggu, bulan, tahun (jangka panjang) |
Analisis |
Lebih kepada teknikal berbanding fundamental |
Lebih kepada fundamental berbanding teknikal |
Nah, terdapat pelbagai jenis aset kewangan. Itulah sebabnya mengapa para pemula boleh menjadi keliru. Untuk menghapuskan keresahan pada diri pemula dan memudahkan situasi, kami telah merampai satu senarai jenis-jenis pelaburan yang wajib diketahui berserta dengan penerangan ringkas.
Forex (FX) atau pertukaran matawang asing ialah pasaran untuk membeli dan menjual matawang pelbagai negara, iaitu menjual satu matawang untuk membeli satu matawang lain. Tidak ada cara untuk matawang diperdagangkan secara sepihak. Perdagangan adalah satu proses dua hala — apabila seseorang membeli, seseorang yang lain pula menjual. Terima kasih kepada perbezaan di antara urusniaga-urusniaga ini, pedagang boleh meraih manfaat.
Pro
Kontra
Untuk menghapuskan risiko yang mungkin ada, pedagang harus mempelajari pengurusan risiko. Ia satu set peraturan khusus yang harus dipatuhi oleh pedagang untuk meminimumkan potensi kerugian. Jika pemula menerapkannya dari awal, peluang mereka untuk berjaya lebih cerah!
Saham atau syer ialah sejenis sekuriti yang menandakan pemilikan secara berkadar dalam perbadanan yang menerbitkannya. Dalam erti kata lain, jika anda memiliki saham Apple Inc., ini bermakna anda memiliki sebahagian kecil syarikat pembuat iPhone.
Anda boleh dapatkan senarai penuh saham yang tersedia di FBS di laman web kami.
Pro
Pelanggan FBS berdagang saham dengan suatu jenis kontrak khas yang disandarkan kepada harga saham tertentu. Ia membolehkan pedagang meraih manfaat daripada perbezaan di antara harga masuk dan keluar. Hasilnya, anda boleh membuka kedua-dua urusniaga beli dan jual seperti di pasaran Forex, manakala saham tradisional hanya membenarkan keuntungan diraih dari kenaikan harga sahaja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan leveraj bila berdagang saham.
Kontra
Saham tersedia untuk didagangkan dalam satu selang waktu yang terhad. FBS menawarkan saham-saham AS, UK dan Jerman. Memandangkan FBS menawarkan saham daripada pelbagai bursa saham yang berbeza, adalah disyorkan untuk menyemak waktu aktif instrumen di platform perdagangan anda (FBS Trader atau MetaTrader 5).
Sila maklum bahawa anda tidak boleh berdagang saham di MetaTrader 4. Gunakan MetaTrader 5 dan aplikasi FBS Trader!
Indeks saham ialah penanda aras yang mengukur prestasi beberapa saham tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 yang amat masyhur terangkum di dalamnya 500 syarikat terbesar yang disenaraikan di bursa saham di Amerika Syarikat. Indeks S&P 500 dilihat secara meluas sebagai tolok ukur saham AS yang terbaik. Walau bagaimanapun, terdapat banyak indeks saham lain. Di bawah, anda boleh menemui senarai indeks-indeks utama yang boleh anda dagangkan di FBS.
Indeks NASDAQ 100 (US100) - penanda aras untuk saham teknologi AS
Indeks FTSE 100 (UK100) - indeks 100 syarikat terkemuka di UK
Nikkei 225 (JP225) - indeks utama saham-saham Jepun
Lihat senarai penuh indeks di FBS , di mana anda juga boleh menemui semua nama pendek untuk indeks saham. Sebagai contoh, S&P 500 ialah US500, manakala Dow Jones ialah US30, dsb.
Pro
Indeks saham adalah antara pelaburan yang paling selamat kerana ia portfolio yang terpelbagai dengan baik (well diversified). Itu bermaksud mempunyai gugusan yang terdiri dari pelbagai aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka pada mana-mana satu aset. Oleh itu, indeks lebih lestari dan lasak menghadapi kejutan pasaran yang tidak dijangka berbanding saham individu, dan dengan itu dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah.
Kontra
Sesungguhnya, indeks cenderung membawa keuntungan yang lebih kecil berbanding saham yang lebih berisiko. Ia adalah harga yang perlu dibayar untuk menikmati risiko yang lebih rendah.
Minyak mentah dan gas asli membentuk kategori tenaga. Terdapat dua jenis minyak: Minyak Mentah Brent (BRN) dan West Texas Intermediate (WTI). Minyak Brent ditapis di Barat Laut Eropah dan dihantar secara meluas ke Teluk AS, Pantai Timur dan Mediterranean. Ia diangkat sebagai gred penanda aras antarabangsa. WTI ialah gred untuk AS, walaupun ia menerima permintaan yang agak tinggi di China. BRN dan WTI cenderung untuk bergerak seiring. Itulah sebabnya carta harga mereka tampak hampir sama.
Pro
Kontra
Tenaga tidak begitu meruap seperti pasangan matawang di masa-masa tertentu.
Emas dan perak dikenali sebagai logam berharga. Emas atau XAU/USD (nama instrumen perdagangan) salah satu aset yang paling digemari oleh pedagang di seluruh dunia. Perak cenderung bergerak searah dengan emas. Walau bagaimanapun, minat terhadap perak jauh lebih rendah berbanding logam kuning.
Logam, terutamanya emas, berperanan sebagai aset perlindungan ketika ekonomi tidak menentu. Sebagai petua, harga logam berharga naik jika berlaku kemelesetan dan ia merosot jika keadaan ekonomi bertambah baik.
Selain itu, emas dan perak mempunyai korelasi negatif yang kuat dengan dolar AS. Oleh itu, apabila dolar AS meningkat, logam cenderung jatuh dan begitu juga sebaliknya.
Pro
Kontra
Kelemahan perdagangan logam sama seperti Forex. Mereka disebut di atas di dalam blok mengenai Forex.
Matawang kripto kini diterima secara meluas sebagai alternatif yang berdaya maju kepada matawang fiat. Selain itu, pedagang boleh menggunakannya sebagai instrumen perdagangan atau kaedah pembayaran untuk mendanai akaun mereka. Selain daripada Bitcoin – kripto yang paling terkenal, ada banyak lagi koin lain: Litecoin, Ethereum, XRP, dsb.
Pro
Ciri utama kripto ialah kemeruapannya yang tinggi. Sesetengah pedagang memujanya, yang lain - membencinya. Sesungguhnya, perubahan harian harga Bitcoin biasanya lebih besar daripada pasangan matawang seperti EUR/USD atau USD/JPY. Memandangkan harga Bitcoin membuat pergerakan yang lebih besar, ini bermakna anda boleh untung lebih banyak dan lebih cepat.
Ini salah satu cara yang terbaik untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan. Kajian Yale melaporkan bahawa Bitcoin harus membentuk 6% dari setiap portfolio untuk membentuk komposisi yang optimum.
Kontra
Sesetengah pedagang menyukai kemeruapan kripto yang tinggi. Yang lain pula membencinya. Sesungguhnya, turun naik kripto yang liar boleh mendatangkan risiko untuk pedagang yang tidak berpengalaman.
Sijil deposit adalah bentuk pelaburan paling mudah dan paling selamat yang boleh dilakukan. Pelabur tahu dengan tepat dari awal lagi berapa faedah yang akan mereka perolehi. Malangnya, faedah ini cenderung jauh lebih rendah berbanding pulangan pelaburan-pelaburan jenis lain.
Bon adalah instrumen hutang. Secara ringkasnya, ia adalah pinjaman yang diberikan oleh pelabur kepada peminjam. Syarikat mengeluarkan bon korporat, manakala kerajaan mengeluarkan bon kerajaan. Sebagai contoh, Perbendaharaan AS menerbitkan Bon Perbendaharaan.
Opsyen ialah kontrak yang memberi pembeli hak, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli atau menjual saham atau sekuriti lain pada harga tertentu pada masa tertentu.
Dana amanah ialah satu himpunan modal pelabur yang dilaburkan dalam pelbagai aset yang berbeza. Dana amanah boleh diuruskan secara aktif atau pasif. Jika pengurus memilih di mana wang dana dilaburkan, dana amanah itu diuruskan secara aktif. Jika tidak – ia adalah dana yang diuruskan secara pasif, yang menjejaki indeks pasaran saham utama seperti Dow Jones atau S&P 500.
Dana indeks ialah dana amanah yang menjejaki indeks secara pasif. Sebagai contoh, dana indeks S&P 500 meniru prestasi S&P 500 dengan memegang saham yang sama seperti yang terangkum dalam indeks.
Dana dagangan bursa atau ETF (exchange traded funds) ialah sejenis dana indeks. Ia turut meniru prestasi indeks. Walau bagaimanapun, tidak seperti dana indeks atau dana amanah, ETF didagangkan di bursa seperti saham. Justeru itu, pedagang boleh membeli dan menjual ETF sepanjang hari lantaran dari turun naik harga mereka. Walau bagaimanapun, harga dana amanah ditentukan sekali pada penghujung hari.
Pertama sekali, tentukan perkara yang paling sesuai untuk anda: berdagang atau melabur. Kemudian, pilih aset pilihan anda dan dapatkan sedikit sebanyak pengetahuan asas tentangnya. Soalan-soalan ini boleh membantu. Apakah yang mendorong aset-aset ini? Apakah strategi yang paling berkesan untuk mereka? Pada waktu bilakah aset-aset ini tersedia untuk didagangkan/pelaburan? Adakah ia berisiko rendah dan berisiko tinggi? Atau kedua-duanya?
Selepas itu, adalah baik untuk menentukan jumlah deposit yang akan anda risikokan dalam satu urusniaga. Sebagai contoh, jika anda ingin melabur dalam saham, buat senarai aset yang terpelbagai (diversified) dengan potensi yang tertinggi untuk berkembang dan tentukan amaun yang anda boleh laburkan.
Langkah pertama ialah untuk membuka akaun. Jika anda seorang pemula, anda boleh memulakan penerokaan anda dengan akaun Demo di FBS. Ia akan memberikan anda 10,000 wang maya, yang boleh anda gunakan untuk berlatih berdagang!
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Apakah yang menentikan pedagang yang baik, menguntungkan, dan kaya berbanding yang tidak baik? Sesetengah orang mengatakan ia berkaitan dengan strategi perdagangan; dan yang lain-lain memberikan hujah berkenaan mindset dan psikologi perdagangan.
Perang bermula dan berakhir, abad demi abad berlalu, namun logam kekal sebagai aset perlindungan yang terbaik untuk pelaburan. Mengapa ia begitu dikenali di kalangan para pelabur?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.