Coinbase: panduan muktamad anda untuk berdagang dengan IPO kripto terbesar

Coinbase: panduan muktamad anda untuk berdagang dengan IPO kripto terbesar

2023-04-03 • Dikemaskini

Sekiranya tahun 2021 mempunyai nama, kami akan memanggilnya sebagai "tahun kripto". Sesungguhnya, permulaan tahun ini tampak sangat optimis bagi keseluruhan komuniti kripto. Walaupun Bitcoin telah mencapai beberapa tonggak penting sejak awal tahun ini, platform-platform besar seperti Robinhood dan PayPal membolehkan pelanggan mereka membeli dan menjual BTC dan aset-aset digital lain. Malah DOGE – koin meme yang terkenal telah naik melebihi 30 sen. Berikutan kejadian yang menguntungkan ini, ada satu lagi peristiwa besar yang telah menyatukan dunia digital dan dunia kewangan sebenar. Kita sedang membicarakan mengenai IPO Coinbase yang telah berlaku pada bulan April. Ini adalah berita besar untuk Coinbase kerana ia telah menjadi syarikat start-up berkaitan matawang kripto yang pertama disenaraikan di Bursa Saham AS. Kini, perdagangan saham Coinbase juga boleh terdapat di FBS Trader! Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda dengan stok ini dan menerangkan mengapa anda perlu mempertimbangkannya dalam keputusan pelaburan anda.  

Apakah itu Coinbase?

Coinbase Global atau ringkasnya Coinbase adalah platform bursa pengurupan matawang kripto Amerika yang besar yang ditubuhkan pada tahun 2012. Ia tidak memiliki ibu pejabat rasmi, karena semua kegiatan dilakukan secara jarak jauh. Pada Mac 2021, bursa pengurupan kripto ini mempunyai 56 juta pengguna yang disahkan yang memiliki aset bernilai $223 bilion. Platform ini menyediakan perdagangan untuk 108 aset digital. Senarai kripto Coinbase termasuk tetapi tidak terhad kepada Bitcoin dengan volum perdagangan sebanyak 41%, Ethereum (15%), dan Litecoin. Tahun ini, platform pengurupan ini menjadi yang terbesar di Amerika Syarikat berdasarkan volum perdagangan kripto.

Syarikat menjana wang dengan mengenakan komisen sekitar 1.5% pengeluaran untuk perdagangan di platform runcitnya dan komisen yang lebih rendah (kira-kira 0.5%) untuk amaun yang lebih besar di Coinbase Pro.

COIN: ledakan tercetus

Pada 1 April 2021, US Security and Exchange Commission (SEC) memberi lampu hijau kepada cadangan penyenaraian langsung saham biasa Coinbase yang dinamakan COIN di bursa saham NASDAQ. Penyenaraian langsung (atau tawaran awam langsung) membolehkan syarikat memperoleh modal secara langsung tanpa "pengunderaitan firma" dari bank pelaburan. Dengan cara ini, syarikat tersebut menjadi platform pengurupan kripto yang pertama di NASDAQ pada 14 April. 

Penawaran awam Coinbase adalah satu tonggak yang penting untuk penerimaan matawang kripto secara lebih meluas. Harga Bitcoin melonjak melepasi $64,000 sejurus selepas penyenaraian tersebut. Bagi saham COIN itu sendiri, ia dibuka pada harga $381, dua kali lebih tinggi daripada harga rujukan $250. Pada beberapa minit pertama perdagangan, ia berjaya melonjak mencapai $429 tetapi kemudian menyejuk dan turun lebih rendah melepasi $320. Namun, penganalisis melihat ada potensi yang besar pada saham ini di masa hadapan berdasarkan fundamental-fundamentalnya.

Screenshot_3.png

Mengapa saya harus pertimbangkan untuk dagangkan stok COIN?

Setelah membaca semua fakta di atas, anda mungkin masih tertanya-tanya: "Mengapa saya harus ambil peduli tentang stok ini?" Sebagai permulaan, mari kita bincangkan tentang angka.

Menurut data yang diberikan oleh syarikat ini sebelum penyenaraian, syarikat tersebut telah mencapai keputusan kewangan yang luar biasa. Coinbase menjangka akan memperoleh keuntungan $730-$800 juta pada suku pertama 2021. Bagi jumlah pendapatan yang dijana pada suku tahun ini, ia dikatakan bernilai $1.8 bilion. Jumlah ini hampir $500 juta lebih banyak berbanding tahun 2020. Di samping itu, di jadual di bawah ini anda boleh melihat korelasi antara trend pasaran kripto dan pendapatan syarikat ini.

4565474.png

Volum dagangan platform pertukaran ini telah mencapai tonggak pencapaian yang memberangsangkan sebanyak $335 bilion. Ini bermaksud bahawa platform ini terus berkembang dan telah menetapkan matlamat yang bercita-cita besar.

Sekarang, mari kita kembali ke fundamental sekali lagi. Platform pertukaran kripto ini telah diluluskan oleh US SEC dan belum pernah digodam. Oleh itu, Coinbase terbukti mempunyai reputasi yang baik dan selamat. Satu lagi perkara menarik yang kami ingin serlahkan kepada anda ialah bahagian pasarannya (market share). Dilaporkan, ia mempunyai lebih dari 10% dari semua BTC dan matawang kripto lain yang sedang beredar di luar sana.

Satu lagi “petua” lain untuk bakul “wishlist” pelaburan anda terkait dengan model perniagaan Coinbase. Dengan perkembangan pasaran kripto yang pesat dan peningkatan kesedaran khalayak umum mengenainya, pendatang baru akan lebih cenderung untuk memilih syarikat ternama yang telah diluluskan oleh SEC untuk membeli dan menjual matawang kripto, seperti Coinbase. Ertinya di sini, bilangan pelanggan, dan juga jumlah transaksi di platform, akan bertambah dari hari ke hari.

Apakah yang mendorong dinamik saham COIN?

Sekiranya anda tidak tahu cara-cara untuk membeli saham, berikut panduan ringkas untuk anda. Saham syarikat cenderung bergerak lantaran dari pengumuman data perolehan, sentimen risiko di pasaran, dan berita berkaitan syarikat. Berita yang lebih baik, serta laporan kewangan yang lebih baik, mendorong saham syarikat naik. Sebaliknya, berita yang negatif, dan data kewangan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan akan menarik harga saham turun. Walaupun semua faktor ini memberikan pengaruh yang sama ke atas saham COIN, ada beberapa faktor khusus yang ingin kami ketengahkan. Anda boleh temuinya di bawah.

  1. Harga kripto. Sekiranya wang maya meningkat, jumlah transaksi akan meningkat, begitu juga komisennya. Ini akan menghasilkan data perolehan dan keuntungan yang lebih baik.
  2. Volum dagangan . Sekali lagi, jika ledakan kripto berterusan, lebih ramai spekulator akan ikut serta bermain. Kesannya, aktiviti perdagangan di platform Coinbase akan menjadi lebih tinggi. Ini adalah satu lagi faktor yang positif bagi saham COIN.
  3. Spread bid/ask bagi pedagang pemula masih tetap tinggi. Golongan pakar turut membayar komisen yang cukup tinggi. Buat masa ini, alat ini berfungsi untuk Coinbase.

Secara keseluruhannya, kami mengesyorkan agar anda memberikan tumpuan kepada berita syarikat, kerana ia boleh memberikan kesan yang besar pada saham syarikat tersebut.

Ok, saya sudah terpancing. Saya perlukan saham COIN. Bagaimana saya boleh dagangkannya?

Sekiranya anda berdagang dengan FBS, anda tidak perlu risau! FBS membolehkan anda memperdagangkan saham Coinbase di FBS Trader tanpa perlu benar-benar memilikinya. Cuba bayangkan, berapa banyak wang yang anda boleh jana dengan mengambil kesempatan ke atas popularitinya yang semakin meningkat! Untuk memperdagangkan saham Coinbase di FBS Trader, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Muat turun FBS Trader – aplikasi perdagangan semua dalam satu dari Google Play atau App Store.
  2. Buka akaun di FBS Trader. Ia semudah A-B-C!
  3. Cari saham COIN di dalam senarai.

Screenshot_4.png

  1. Tentukan sama ada anda ingin membeli atau menjual saham ini. Berita pasaran saham dan bahan analisis FBS dapat membantu anda dalam hal ini.
  2. Berdagang!

Kesimpulan

Dengan kadar perkembangan pasaran kripto yang begitu pesat, pedagang mungkin tertarik untuk mempelbagaikan pelaburan mereka dengan saham Coinbase. Potensinya dapat dilihat dengan jelas oleh pedagang walaupun tanpa melakukan sebarang persiapan, maka jadilah antara mereka yang pertama yang memperdagangkannya!

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi penembusan julat pembukaan
Strategi penembusan julat pembukaan

Hello pedagang semua! Strategi perdagangan penting untuk setiap pedagang yang mahukan keuntungan kerana ia memberikan ketekalan (consistency) yang diperlukan dalam membuat keputusan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera