Persaingan Wang Digital: Siapa Akan Menang?

Persaingan Wang Digital: Siapa Akan Menang?

2023-01-26 • Dikemaskini

Selepas Perang Dunia II, negara-negara berhadapan dengan banyak komplikasi akibat perang perdagangan, kemelesetan "The Great Depression", dan pelbagai ketidaktentuan di seluruh dunia. Semasa persidangan Bretton Woods pada Julai 1944, ada banyak ekonomi utama dunia yang mahu mengawal selia aliran kewangan intra-negara dan timbul "persaingan" antara matawang melalui kadar tukaran malar yang ditambat kepada USD. Oleh itu, mereka memutuskan untuk membentuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang direka untuk menyelia ketidakseimbangan pembayaran. Keseluruhan sistem tersebut direka berpaksikan USD yang boleh ditebus untuk mendapatkan emas. Walau bagaimanapun, Nixon Shock yang masyhur telah menamatkan era kadar tukaran yang malar di antara USD dan emas. Masalahnya yang utama, Amerika Syarikat tidak mempunyai emas yang mencukupi untuk menampung lebihan USD. Akibatnya, Amerika Syarikat tercebur ke dalam kancah deflasi yang teruk. Keadaan ini merupakan pencetus pertama kepada kestabilan ekonomi AS. Detik mengejutkan yang kedua dalam sejarah AS yang menamatkan standard emas domestik ialah The Great Depression, yang menurunkan nilai dolar AS berbanding emas.

Ekonomi Eropah juga menghadapi banyak masalah dengan matawang fiat pada abad ke-20. Sebagai contoh, Hungary mengalami salah satu kes hiperinflasi yang paling teruk dalam sejarah selepas Perang Dunia Kedua kerana ekonominya musnah akibat krisis dan pampasan yang tinggi. Kesannya, inflasinya memuncak pada tahap 1.3 × 10^16 peratus per bulan (yang bermakna harga meningkat dua kali ganda setiap 15 jam).

Deflasi, hiperinflasi dan risiko ekonomi lain mempersoalkan masa depan matawang fiat. Dengan era baharu teknologi digital, wang digital ialah perkara yang heboh diperkatakan oleh semua orang sekarang. Ekonomi-ekonomi dunia sedang mencari untuk mencipta satu cara yang telus, selamat dan lebih pantas untuk transaksi wang. Kewangan baharu berbentuk digital terus tersebar ke seluruh dunia, menyediakan peluang yang menarik kepada para pelabur dan membuatkan banyak kerajaan berasa bimbang. Jadi, apakah yang mungkin akan kekal bersama kita untuk suatu tempoh yang lama, dan apakah yang akan bertukar menjadi debu tidak lama lagi?

Apakah itu wang digital?

Mula-mula sekali, mari kita ketahui apa itu wang digital. Matawang digital atau wang elektronik merujuk kepada sebarang wang yang diurus, disimpan atau ditukar menerusi sistem digital atau di Internet. Terdapat tiga jenis matawang digital yang utama: matawang kripto, matawang maya dan matawang digital bank pusat. Adalah lebih baik untuk diingat bahawa semua matawang maya dan matawang kripto adalah matawang digital, tetapi tidak semua matawang digital tergolong dalam kategori ini.

Matawang kripto sebagai satu bentuk wang yang baharu

Matawang kripto salah satu jenis wang digital yang paling terkenal yang dibina di atas mekanisme kriptografi untuk menghubungkan tandatangan digital transaksi aset, rangkaian peer-to-peer dan desentralisasi. Dalam sistem blockchain, sama ada skim proof-of-work (bukti kerja) atau skim proof-of-stake (bukti pemilikan) digunakan untuk mencipta dan mengurus matawang. Faktor utama yang menyatukan pelbagai matawang kripto ialah desentralisasi.

Penciptaan Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto telah benar-benar mengubah persepsi tentang wang. Ia mempunyai tiga parameter utama.

  1. Pertama, ia bersifat peribadi kerana pihak berkuasa rasmi tidak mengeluarkannya.
  2. Ia terdesentralisasi. Unit-unit dikeluarkan kepada kumpulan pengguna yang terdesentralisasi.
  3. Ia mempunyai jaminan anti-pemalsuan yang kukuh yang dijalankan melalui gabungan kriptografi dan teori permainan (game theory).

Seperti bentuk-bentuk wang lain, Bitcoin bertindak sebagai medium pertukaran dan unit akaun. Manakalan untuk penyimpanan nilai, yang merupakan satu lagi fungsi wang, ia satu topik yang agak diragukan. Di satu sisi, bitcoin telah menjadi salah satu aset kewangan yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang sebahagian besar dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, di sisi lain pula, kenaikan harga bitcoin dari masa ke masa disertai dengan kemeruapan dan penurunan harga yang signifikan, sesetengahnya berlarutan selama bertahun-tahun.

Selain daripada Bitcoin, terdapat ribuan matawang kripto dengan jumlah permodalan pasaran lebih daripada $2.56T. Kesemuanya berkongsi nilai yang sama: ia tidak dikawal atau disokong oleh pihak berkuasa pusat (bank), dibuat menggunakan lejar yang terpencar dan disulitkan dengan algoritma khusus komputer (kriptografi).

Walaupun semua matawang kripto berkongsi ciri yang sama, ia berbeza-beza. Secara umum, semua jenis kripto boleh dibahagikan kepada dua kategori utama: koin yang terdiri dari kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan token (Tron, Vechain, Link). Walaupun koin bertindak sebagai aset natif blockchain, token dicipta di blockchain sedia ada dengan bantuan kontrak pintar.

Bank pusat beralih menjadi digital

Kejayaan teknologi blockchain dan pertumbuhan pesat matawang kripto mendorong bank pusat bertindak. Kini, kerajaan cuba mengawal selia pasaran kripto dan turut mengambil bahagian dalam pembangunan matawang digital.

Matawang digital bank pusat adalah penyelesaian masa depan untuk bank pusat menjalankan operasi kewangan yang telus. Menurut satu penyelidikan, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bank pusat di seluruh dunia sedang mencari jalan untuk mencipta bentuk wang yang baharu. Sebabnya mudah: ia mampu memudahkan keputusan dasar monetari, menghapuskan risiko pihak ketiga dan mencegah aktiviti haram. Walau bagaimanapun, kelemahan inovasi yang sedemikian adalah jelas: ia tidak menyelesaikan masalah pemusatan (centralization). Ironinya, bank pusat pertama yang mendorong matawang digital bank pusat (CBDC) beraksi ialah People's Bank of China, yang melancarkan yuan China versi maya di beberapa wilayah. Walaupun pengawal selia itu melakukannya untuk kegunaan domestik, kes itu menyebabkan negara lain bimbang, terutamanya Amerika Syarikat. Pihak berkuasa AS percaya yuan digital adalah ancaman kepada ekonomi global yang mencabar kuasa dolar AS dan menjejaskan leveraj sekatan AS. Bagaimanapun, buat masa ini, yuan China masih jauh daripada mencabar kepentingan dasar luar AS.

 Bagi bank pusat lain, contohnya, Bank of England, atau Bank Pusat Eropah, buat masa ini pembangunan CBDC mereka kelihatan lebih seperti sebuah projek dan bukannya satu realiti. Tetapi, yang pasti, jika mereka akhirnya melaksanakan penggunaan matawang digital secara meluas, ia akan mengubah lanskap kewangan global.  

Cabaran dalam dunia wang digital

Seperti yang anda boleh perhatikan dalam perenggan di atas, sistem kewangan di negara yang berbeza sedang memasuki era baharu, di mana peranan dalam pertukaran wang kini sedang diambil alih oleh wang digital. Di satu sisi, kita mempunyai wang yang dikeluarkan oleh bank pusat. Ia bersifat berpusat; maklumatnya disimpan di dalam pangkalan data, yang boleh dikawal oleh kerajaan. Tetapi, di satu sisi lain, terdapat rangkaian yang terdesentralisasi dengan pelbagai matawang kripto berbeza dalam sistem mereka. Ia pantas, dilindungi daripada peraturan kawal selia menerusi mekanisme kriptografi, dan ia mengandungi kunci peribadi unik yang menjadikan anda pemilik matawang berkenaan.

Memandangkan kerajaan masih belum menemui jalan bagaimana mereka boleh menerima matawang kripto, persekitaran yang berubah dengan pantas dan ketidaksempurnaan undang-undang menjadikan kripto kelihatan seperti "seronok dan permainan" bagi rakyat kebanyakan dan bukannya satu pelaburan yang serius. Walau bagaimanapun, segala-galanya akan berubah. Semakin ramai individu dan perniagaan menerima matawang kripto sebagai kaedah penyimpanan nilai dan medium pertukaran, lebih cepat dunia akan menyesuaikan diri dengannya. Paypal boleh dikatakan antara contoh yang baik untuk perubahan ini, ia membolehkan kripto disimpan dan dikendalikan di dalam dompetnya.

Anda boleh menjadi salah seorang mereka yang pandai menghargai masa depan dengan FBS, kerana anda boleh dagangkan matawang kripto dan mengeluarkan serta mendepositkannya di laman peribadi anda.

Serupa

Strategi perdagangan posisi: penilaian semula
Strategi perdagangan posisi: penilaian semula

Mari kita lawati semula apa yang kita ketahui tentang perdagangan posisi dari perspektif yang lebih luas. Seberapa efektifkah strategi ini dan apakah perbezaannya dengan strategi yang lain?

Kaedah breakout palsu Trader Vic
Kaedah breakout palsu Trader Vic

Bolehkah kita menjana pendapatan dari breakout palsu? Ya, kita boleh, dan Victor Sperandeo mengajarkan kita bagaimana caranya. Periksa artikel ini untuk melengkapkan "persenjataan" anda dengan teknik yang hebat ini.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera