
Perdagangan bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak perhatian dan masa, tidak lupa juga strategi perdagangan yang menguntungkan.
2023-01-25 • Dikemaskini
Matawang kripto ada di sekeliling kita. Semakin banyak syarikat telah mula menerima kripto sebagai cara pembayaran (Tesla telah melakukannya dengan Bitcoin pada musim bunga 2021 dan Dogecoin pada bulan Januari 2022). Artikel ini akan membantu anda untuk terus mengikuti yang terkini tentang teknologi dan, yang paling penting, mampu memanfaatkan sepenuhnya daripada pasaran baru ini. Jadi selesakan diri anda, dan mari kita mulakan perjalanan menerokai dunia pasangan kripto.
Ia hampir tiada bezanya dengan pasangan matawang. Sama seperti biasa, ada matawang asas dan matawang sebutharga. Satu-satunya perbezaan di sini ialah betapa kedua-duanya adalah kripto. Pasangan-pasangan ini mempunyai struktur yang sangat mudah: yang pertama ialah kripto asas, dan yang kedua ialah kripto sebut harga, juga dikenali sebagai kripto lawan.
Contohnya: jika anda membeli BTC/USD, ini bermakna anda telah membeli Bitcoin dan menjual Tether untuk mendapatkannya, dan begitu juga sebaliknya. Anda pasti tertanya-tanya, mengapa Tether dan bukan Dolar Amerika Syarikat? Ini kerana perdagangan kripto hanya boleh berlaku dalam dunia matawang kripto. Dan di sana tidak ada USD. Tetapi jangan risau, Tether (juga dikenali sebagai USDT atau TET) adalah agak sama seperti dolar. Ini kerana nilainya sepadan dengan perkadaran nisbah 1:1, jadi untuk $100, anda akan mendapat $100 dalam USDT (TET). Dengan FBS, anda tidak perlu risau tentang pengurupan antara Tether anda dan USD, ia berlaku secara automatik. Selain itu, anda boleh depositkan dana ke akaun anda dalam USD atau Tether (dan juga dalam matawang dan kripto lain).
Untuk membuka akaun kripto, anda hanya perlu membuka aplikasi FBS Trader, pilih akaun kripto (atau akaun kripto demo) dan tekan “Buka akaun”. Dan dengan seperti itu sahaja, anda sudah bersedia untuk beraksi!
Kami mempunyai banyak pasangan matawang kripto di FBS, bermula daripada kripto klasik melawan dolar. Selain itu, dengan perdagangan CFD, anda boleh dagangkan pasangan yang luar biasa, yang anda tidak akan temui di bursa biasa. Berikut ialah pasangan-pasangan yang anda boleh dagangkan:
Ya, anda boleh dagangkan Bitcoin melawan emas dan menangkap pergerakan dua instrumen yang jauh berbeza. Gempak bukan?
Ia mudah sahaja. Jika anda fikir nilai Bitcoin akan meningkat berbanding Litecoin (LTC), anda perlu membeli BTC/LTC. Dan jika anda fikir Bitcoin bakal jatuh, anda menjual pasangan itu. Pasangan kripto membolehkan anda menganalisis harga pelbagai matawang kripto. Pasangan ini membantu menggambarkan nilai relatif koin – contohnya:
Apabila ada lebih banyak pasangan tersedia, ada lebih banyak transaksi yang boleh pedagang lakukan. Untuk menukar satu token matawang kripto dengan yang lain, anda sama ada perlu mencari bursa yang menyokong pasangan itu, atau anda perlu melakukan beberapa transaksi antara pasangan-pasangan yang berbeza untuk mencapai hasil akhir yang anda cari.
Sebagai contoh, jika seorang pedagang ingin menukar Ethereum (ETH) kepada Ripple (XRP), dia perlu mencari bursa yang menyokong pasangan ini. Dalam senario terburuk, pedagang perlu terlebih dahulu menukarkan ETH kepada USD dan kemudian menukar amaun USD itu menjadi XRP. Malangnya di sini, pedagang perlu membayar lebih banyak cukai dan fi dalam senario ini, kerana dia perlu melakukan dua transaksi berbeza. Sebaliknya, jika bursa yang digunakan menyokong pasangan dagangan ETH/XRP, peniaga akan mencapai natijah yang sama dalam satu transaksi.
Risiko utama yang boleh anda hadapi semasa berdagang matawang kripto ialah kemeruapan. Seperti yang anda tahu, kripto ialah sebuah pasaran baru yang mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Ada hari-harinya bila mana Bitcoin boleh membuat pergerakan sebanyak 20%, jadi anda perlu menguruskan risiko anda bila berdagang kripto. Ada beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk meraih manfaat sepenuhnya daripada perdagangan matawang kripto:
Pemilihan pasangan kripto bergantung pada strategi perdagangan anda, toleransi terhadap kemeruapan, dan kecenderungan peribadi terhadap instrumen tertentu. Jika anda memahami pergerakan Dash melawan USD (DSH/USD), ia adalah pasangan yang sesuai untuk anda.
Sesetengah matawang kripto lebih meruap berbanding yang lain. Sebagai contoh, Dogecoin (DOG) dan Shiba Inu (SHB) pernah membuat gerakan-gerakan yang lebih besar. Sebab di sebalik gerakan-gerakan tersebut adalah ciapan Elon Musk di Twitter. Salah satu dari ciapan tersebut melonjakkan nilai Dogecoin sebanyak 500% pada Januari 2021.
Sebagai permulaan, berikut diberikan beberapa penjelasan ringkas mengenai kripto yang paling popular yang tersedia di FBS:
Untuk memilih pasangan matawang kripto, anda perlu melakukan sedikit kajian:
Jika anda melengkapkan dua langkah ini, anda sudah bersedia untuk beraksi! Berdagang dengan bijak, dan semoga anda berjaya dalam perdagangan pasangan matawang kripto!
Perdagangan bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak perhatian dan masa, tidak lupa juga strategi perdagangan yang menguntungkan.
Pola Cypher bukanlah formasi carta perdagangan yang paling terkenal. Namun begitu, instrumen perdagangan ini boleh membantu anda memahami dan meramalkan pergerakan harga dengan lebih baik.
Hello pedagang semua! Strategi perdagangan penting untuk setiap pedagang yang mahukan keuntungan kerana ia memberikan ketekalan (consistency) yang diperlukan dalam membuat keputusan.
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.