Perdagangan Matawang Kripto: Bagaimana Cara Memilih Matawang Kripto Untuk Didagangkan

Perdagangan Matawang Kripto: Bagaimana Cara Memilih Matawang Kripto Untuk Didagangkan

2022-11-23 • Dikemaskini

Perdagangan bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak perhatian dan masa, tidak lupa juga strategi perdagangan yang menguntungkan. Jika anda sudah mempunyai semua ini, anda sudah hampir bersedia untuk menceburinya. Satu-satunya perkara yang tinggal untuk dilakukan ialah memilih aset untuk didagangkan. Artikel ini akan mengajar anda bagaimana untuk memilih matawang kripto yang paling sesuai untuk keperluan perdagangan anda.

Aset kripto manakah yang terbaik untuk didagangkan?

Terdapat banyak pendapat berbeza mengenai aset kripto yang terbaik untuk perdagangan. Sesetengah pedagang lebih suka memilih sesuatu yang andal dan agak stabil, manakala yang lain mencari koin yang meruap dan menyertai pengembaraan gila ke bulan. Tetapi acap kali, koin yang melonjak naik akhirnya kembali ke paras purata, dan pembeli mengalami kerugian yang tidak dapat dikawal. Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang anda perlu ingat sebelum berdagang:

  1. Kemeruapan suatu token. Kita ada Bitcoin, koin yang paling terkemuka di pasaran kripto. Pergerakannya kadangkala mungkin tampak meruap dan tajam, tetapi jika dibandingkan dengan kripto-kripto lain, Bitcoin agak perlahan dan stabil. Walau bagaimanapun, adakalanya Bitcoin bergerak sebanyak 30% sehari, jadi sila berhati-hati. Koin-koin lain (kami memanggilnya altcoin) biasanya mengajuk gerakan Bitcoin dalam kedua-dua arah, tetapi ia cenderung untuk lebih mudah meruap. Terdapat hari-hari bila mana BTC susut 30%, dan koin lain jatuh sebanyak 40-60%.

    Sebaliknya pula, Bitcoin adalah cara yang lebih perlahan berbanding koin-koin lain dari segi uptrend jangka panjang. Sebagai contoh, lima bulan pertama tahun 2021 memberikan Bitcoin 100%, manakala koin Binance (BNBUSD) meningkat sebanyak 2000%. Satu gerakan yang mengagumkan namun lebih berbahaya.

  2. Populariti. Sudah tentu, anda boleh membeli kripto hanya kerana ia kelihatan menarik dan trendy. Kadang-kadang strategi ini berjalan dengan baik tanpa cela. Elon Musk mula memperkatakan tentang Dogecoin di laman Twitter beliau. Dalam masa kurang daripada lima bulan, DOGE naik 100,000%. Jika anda telah melabur $10 dalam Dogecoin sebelum Elon Musk, anda akan mempunyai $10,000. Anda berpeluang untuk membeli syiling Solana apabila dunia mula bercakap bahawa SOL mungkin akan menggantikan Ethereum. Sejak dari itu, SOLUSD sudah meningkat sebanyak 24,000%.

    Strategi ini tidak cukup stabil. Pada skala yang lebih besar, pengepaman sebegitu hampir setiap kalinya mengakibatkan penurunan yang tajam pada harga aset. Dogecoin susut 85% sejak mencatat paras tertinggi terakhirnya, dan SOL susut 72%. Melihat secara positif, sekarang anda tahu bahawa cerita-cerita tentang suatu trend sering berakhir dengan lambakan harga supaya anda boleh memanfaatkannya untuk kebaikan anda.

  3. Projek. Matawang kripto mempunyai sasaran tertentu untuk dicapai, dan penting untuk memahami apa yang anda beli. Projek matawang kripto yang mewakili sistem kewangan yang terdesentralisasi (DeFi) agak berbeza berbanding projek yang dioperasikan di pasaran NFT. Sesetengah koin dicipta untuk berfungsi sebagai kaedah pembayaran, sementara yang lain memberikan pemegangnya hak untuk mengundi. Jangan bertindak secara melulu, dan sentiasa semak matawang apa yang anda ingin curahkan pelaburan anda.

Apa yang harus dibeli?

Ini adalah pilihan yang perlu anda tentukan sendiri. Namun, beberapa projek mungkin amat menarik untuk disiasat. Mungkin sesetengah daripadanya akan menjadi sebahagian daripada portfolio anda suatu hari nanti. Tidak perlu untuk kami sebutkan Bitcoin di sini, kerana ia harus menjadi pilihan nombor satu bagi setiap pelabur kripto.

Ethereum. Ia sebuah projek DeFi yang membolehkan orang ramai membina aplikasi dalam blockchain. Ia projek kripto kedua terbesar dan koin yang terkemuka di pasaran altcoin. Pada puncak bull run terakhir, ETHUSD telah mencapai permodalan $550 bilion. Terima kasih kepada Ethereum, sekarang kita boleh meminjamkan kripto, memajangnya untuk lebih banyak ganjaran, membeli dan menjual NFT, dan banyak lagi.

Maker. Anda mungkin tahu tentang stablecoins. Ia adalah koin yang ditambat kepada aset dunia sebenar (seperti USD). Yang paling besar ialah USDT (Tether). Stablecoins biasanya berpusat, bermakna bahawa ada satu syarikat yang bertanggungjawab ke atas segala-galanya yang berlaku dengan koin berkenaan. Tetapi terdapat stablecoin terdesentralisasi yang dipanggil DAI. DAI ditambat kepada dolar AS dengan nisbah 1:1 dan dicagarkan dengan matawang kripto.

Tapi yang paling penting, orang ramai mengawal penempaan (mints) dan penghapusan (burns) DAI. Maker (MRKUSD) memberikan kuasa tadbir urus kepada orang ramai. Dengan memiliki Maker, anda boleh memilih apa yang akan berlaku dengan stablecoin DAI. ia teknologi yang berpotensi tinggi, dan anda boleh mempertimbangkan untuk memperdagangkan Maker.

Di mana untuk berdagang?

Semua mata wang kripto daripada artikel ini tersedia untuk didagangkan di FBS. Uji strategi anda, pilih kripto yang paling anda suka dan ambil kesempatan sepenuhnya daripada kemeruapan pasaran matawang kripto. Anda boleh menguasai kemahiran anda di akaun demo. Kelajuan rentak pasaran kripto memerlukan syarat-syarat yang terbaik. Itulah sebabnya spread untuk koin-koin di atas adalah nipis, dan pelaksanaannya hampir segera.

Kesimpulan

Terdapat akronim dalam dunia kripto, “DYOR”. Ia bermaksud “Lakukan kajian anda sendiri” (do your own research). Dalam erti kata lain, jangan sekali-kali membeli kripto hanya kerana seseorang memberitahu anda sesuatu mengenainya. Semak laman web projek, matlamatnya, dan pasukan di sebaliknya. Ia memakan sedikit masa, tetapi hasilnya pasti berbaloi.

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera