Drawdown Dalam Perdagangan

Drawdown Dalam Perdagangan

2023-01-24 • Dikemaskini

Kebanyakan (jika bukan semua) semua pedagang mahu bermaharajalela di pasaran. Alangkah baiknya jika tidak mempunyai walau satu kerugian, keputusan yang tidak bijak, atau perdagangan yang beremosi. Malangnya, adalah mustahil untuk meramalkan setiap pergerakan pasaran dan perdagangan tanpa membuat kesilapan. Dalam perdagangan mahu pun pelaburan, ada tempoh-tempoh di mana kerugian berlaku, waktu yang juga dipanggil sebagai drawdown. Artikel ini akan membimbing anda tentang definisi dan penjelasan tentang drawdown. Siap sedia untuk belajar, dan mari kita mulakan!

Apakah Itu Drawdown Dalam Perdagangan?

Apabila kita membincangkan tentang perdagangan Forex, drawdown merujuk kepada perbezaan antara paras tinggi bagi baki akaun perdagangan anda dan titik rendah seterusnya baki akaun anda. Perbezaan pada baki anda mencerminkan kehilangan modal akibat kerugian dalam perdagangan. Bagi proses pelaburan, drawdown ialah perbezaan di antara maksimum dan minimum portfolio anda.

Contohnya, anda memutuskan untuk melabur dalam saham dan matawang kripto. Jadi anda membeli Tesla, Moderna, Bitcoin dan Ethereum. Semua aset ini bersifat meruap. Selain dari itu, semua aset ini terkesan dengan kebimbangan berita dan geopolitik. Katakan anda melaburkan $10,000. Setiap aset meliputi 25% dari portfolio anda. Pada suatu ketika, anda mempunyai sebanyak $14,000. Dan pada masa yang lain, anda mendapati anda hanya mempunyai $9000. Jadi drawdown anda ialah $5000 ($14K - $9K). Tetapi kita akan bincangkan tentang pengiraan kemudian.

Terima kasih kepada drawdown, anda boleh mendapatkan tahap kepelbagaian (diversification) dan selera risiko anda. Ia adalah komponen yang penting dalam analisis strategi perdagangan. Jika drawdown terlalu besar dan anda tidak menyukainya, mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan untuk memperbaiki strategi anda atau mengubahnya.

Jenis-jenis Drawdown

Anda harus maklum tentang perbezaan di antara drawdown perdagangan dan drawdown pelaburan. Perdagangan ialah mengenai pengurusan urusniaga anda secara aktif, dan pelaburan ialah tentang mengekalkan pegangan untuk tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, drawdown perdagangan biasanya jauh lebih besar daripada drawdown pelaburan. Sudah tentu, semuanya bergantung pada strategi perdagangan anda, selera risiko dan kepelbagaian. Oleh kerana kita telah mengetahui dua jenis drawdown yang utama, mari kita bercakap tentang drawdown dalam konteks saham.

Kemeruapan total saham diukur menggunakan sisihan piawainya (berapa jauh harga saham boleh berselisih dengan harga puratanya). Ramai pelabur, terutamanya pesara yang bergantung kepada dana yang dikeluarkan dari akaun pencen dan persaraan, kebanyakannya bimbang tentang drawdown. Kemeruapan boleh merosakkan proses ini, atau meranapkan pelan persaraan mereka dengan kemerosotan teruk yang tidak dijangka dan pemulihan yang panjang. Itulah sebabnya mengapa ada pedoman yang diformulakan untuk pelabur jangka panjang. Untuk mengurus portfolio anda dengan lebih bijak dan menghapuskan risiko yang tidak perlu, orang ramai membahagi-bahagikan pelaburan mereka. Ambil 100 dan tolak umur anda daripadanya. Jumlah yang tinggal ialah peratusan aset berisiko tinggi yang sepatutnya anda miliki berbanding dengan aset berisiko rendah. Contohnya, jika anda berumur 30 tahun, anda sepatutnya mempunyai 70% (100-30) aset berisiko dan 30% (100-70) aset perlindungan di dalam portfolio anda. Dengan cara ini, apabila anda semakin tua, anda akan kurang terdedah kepada kemeruapan kerana menjelang usia 60 tahun, anda akan mempunyai hanya 40% aset berisiko (100-60).

Drawdown Perdagangan vs. Drawdown Perbankan

Istilah "drawdown" muncul dalam kedua-dua dunia, perbankan dan perdagangan, tetapi setiap konteks mempunyai makna drawdown yang sangat berbeza. Dalam konteks perbankan, drawdown biasanya merujuk kepada pengaksesan secara beransur-ansur terhadap sebahagian atau semua talian kredit. Pengaturan dengan bank boleh berbentuk peribadi atau perniagaan. Mungkin itu kedengaran rumit, jadi mari kita ringkaskan.

Contoh drawdown untuk peminjam individu ialah pemilik kereta yang ingin menambah baik keretanya. Tetapi adalah tidak efisien untuk meminjam semua wang sekaligus dan memasukkan kesemuanya ke dalam proses pembaikan atau penambahbaikan. Jadi sebaliknya, peminjam membuka talian kredit dengan bank dan hanya mengambil apa yang dia mahu. Oleh itu, dia membayar faedah di atas dana yang dipinjam, bukan di atas keseluruhan jumlah. Proses pengeluaran wang dari bank dipanggil drawdown dalam perbankan.

Bagaimana Cara Mengira Drawdown Dalam Perdagangan

Seperti yang kami nyatakan di atas, untuk mengira drawdown dalam perdagangan, anda perlu menolak paras terendah portfolio anda daripada paras tertinggi. Katakanlah bagi kes anda, amaun permulaan adalah $100, $70 bagi nilai terendah dan $120 bagi nilai tertinggi. Sekarang, drawdown dikira dari puncak tertinggi yang dicapai oleh akaun anda ($120) dan bukan daripada modal awal anda ($100). Jadi, dalam kes ini, drawdown yang dialami ialah $50 ($120 – $70). Drawdown diukur bagi satu tempoh tertentu, iaitu di antara dua tarikh tertentu. Drawdown boleh disebut dalam jumlah dolar (seperti di atas) atau sebagai peratusan.

Oleh itu, formula untuk mengira drawdown dalam bentuk peratusan adalah seperti berikut:

Drawdown (DD) % = ((Pmaks - Pmin) / Pmaks)) * 100

Pmin = Paras terendah yang direkodkan (lembah)

Pmax = Paras tertinggi yang direkodkan (puncak)

Drawdown merujuk kepada kemerosotan modal di akaun seseorang pedagang, khususnya pergerakan dari puncak tertentu ke lembah tertentu. Lembah tidak boleh ditakrifkan sehingga kemuncak baharu dicapai. Masih penting untuk anda fahami bahawa drawdown bukan kerugian. Drawdown hanyalah pergerakan dari puncak ke lembah, manakala pedagang menganggap kerugian sebagai satu nilai yang dibandingkan dengan amaun yang didepositkannya di peringkat permulaan.

Selain itu, adalah penting untuk memahami bahawa drawdown hampir sentiasa ada bersama anda. Sebagai contoh, anda seorang pedagang yang menguntungkan, dan puncak anda adalah $150 dan lembah anda pula ialah $110 (dan anda bermula dengan hanya $100, satu keberhasilan yang hebat). Oleh itu, jumlah drawdown anda ialah $40 ($150-$110). Portfolio anda mungkin telah menghasilkan keuntungan sebanyak 50%, tetapi anda telah mengalami drawdown sebanyak 27% dalam tempoh yang sama.

Kepentingan Drawdown

Drawdown dilihat sebagai risiko bagi pelabur, dalam erti kata ia menunjukkan seberapa banyak usaha atau perubahan harga yang diperlukan untuk pulih kembali ke puncak tadi. Oleh itu, pedagang dan pelabur mengiranya untuk mengelakkan kerugian yang tidak dapat dipulihkan.

Contohnya, 1% drawdown tidaklah teruk dan anda hanya memerlukan kenaikan 1.01% untuk pulih. Tetapi drawdown 50% memerlukan kenaikan 100% untuk mendapatkan kembali wang anda. Dan ia jauh lebih rumit jika ia kini mustahil untuk dilakukan. Peratusan yang anda perlukan untuk pulih dipanggil risiko drawdown. Contohnya, untuk drawdown 20%, risikonya ialah 25%.

Pengurusan risiko adalah penting dalam proses perdagangan dan pelaburan. Ia itulah yang mengekalkan anda dalam permainan. Sebagai contoh, mari kita anggap bahawa anda mempunyai strategi perdagangan yang hebat dengan kadar kejayaan 80%. Tetapi ini tidak bermakna anda akan sentiasa berjaya dalam 8 daripada 10 urusniaga anda. Kerugian yang berturut-turut tidak dapat dielakkan, dan anda harus melakukan sesuatu.

Petua Untuk Mengurangkan Drawdown Dalam Perdagangan

Instrumen utama untuk pedagang yang akan mengurangkan drawdown adalah pempelbagaian. Jangan letak semua telur ada dalam satu bakul. Anda mampu bertahan bila mengalami kemerosotan yang paling teruk dengan kerugian yang lebih ringan jika anda mempelbagaikan portfolio anda. Sebagai contoh, adanya emas dalam portfolio anda akan membantu anda melawan inflasi dan fasa kemelesetan. Tambahkan beberapa saham untuk memberi anda lebih pertumbuhan, dan jangan lupa tentang minyak kerana apabila ekonomi berkembang, minyak menjadi lebih mahal kerana permintaan meningkat. Juga, untuk berdagang tanpa kerugian, baca artikel kami mengenai topik tersebut.

Jika anda seorang pedagang, pengurusan risiko yang betul adalah alat perdagangan yang terbaik yang ada untuk anda. Perlu diingat bahawa walaupun dengan strategi perdagangan yang menguntungkan, kekurangan pengurusan risiko akan membunuh akaun anda. Sebagai contoh, jangan masuk posisi dengan saiz lot yang terlalu besar. Juga, cuba kekalkan saiz pesanan yang sama untuk setiap urusniaga/posisi. Dengan cara ini, anda akan tahu dengan tepat berapa banyak kerugian yang mungkin akan anda tanggung. Lebih banyak kawalan bererti drawdown yang lebih sedikit. 

Secara ringkasnya, berikut ialah tiga poin pokok tentang drawdown.

  • Ia boleh dinyatakan dalam bentuk peratusan atau disebut dalam amaun monetari mutlak.
  • Ia mengukur seberapa banyak akaun perdagangan menyusut daripada prestasi puncaknya sebelum ia pulih semula ke puncak.
  • Risiko drawdown merujuk kepada peratusan yang perlu diraih semula oleh akaun perdagangan untuk pulih.

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera