Indeks Ketakutan & Ketamakan atau Cara Mengalahkan Orang Ramai

Indeks Ketakutan & Ketamakan atau Cara Mengalahkan Orang Ramai

2023-04-03 • Dikemaskini

Dan jika mereka berkeras untuk cuba menyesuaikan masa penyertaan mereka dalam ekuiti, mereka harus berusaha untuk merasa takut ketika orang lain tamak dan tamak hanya ketika orang lain takut .” — Warren Buffett

Apa itu indeks Ketakutan & Ketamakan?

Dalam artikel ini, kami ingin memperkenalkan satu instrumen yang menunjukkan sama ada mood pelabur global sedang tamak atau sedang ketakutan.

Indeks Ketakutan dan Ketamakan (The Fear and Greed Index) menggunakan skala 0 hingga 100. Nilai indikator yang lebih tinggi memberitahu bahawa pelabur lebih tamak. Sebaliknya, bacaan indeks yang rendah bermaksud bahawa pelabur berhati-hati atau, dengan kata lain, sentimen pasaran telah menjadi risk-off. Nilai 50 bermaksud pelabur sedang neutral. Data silam mengatakan bahawa pada 23 Mac 2020, ketika krisis COVID-19 sedang memuncak, indeks Ketakutan & Ketamakan telah turun serendah 12. Sekiranya anda melihat carta bagi tempoh tersebut, anda akan melihat lonjakan bullish harga aset perlindungan seperti yen Jepun (USD/JPY jatuh ke paras terendah dalam beberapa tahun). Jadi anda boleh melihat bagaimana maklumat yang diberikan oleh Indeks Ketakutan dan Ketamakan boleh membantu pedagang membuat keputusan yang tepat semasa pasaran berkemeruapan tinggi.

Picture1.png

. Sumber: https://money.cnn.com/

Bagaimana Indeks Ketakutan & Ketamakan dikira?

Indeks Ketakutan & Ketamakan dikira berdasarkan tujuh indikator yang berbeza. CNN menjejak perbezaan dari nilai normalnya dan memberikan pemberat yang sama untuk setiap indikator pada bacaan akhir.

1. Momentum Harga Saham . S&P 500 berbanding purata bergerak 125 harinya. Semasa COVID-19 meningkat pada 23 Mac, indeks S&P500 menyisih (deviated) dari purata bergerak 125 hari sebanyak 900 mata, iaitu perbezaan yang terbesar sejak 2008.

US500Daily.png

2. Kemantapan Harga Saham. Bilangan saham yang mencecah paras tertinggi dan terendah 52 minggu di Bursa Saham New York. Bilangan saham yang dinilai terlalu rendah atau dinilai lebih tinggi menunjukkan sama ada pasaran saham sudah terlebih jual atau terlebih beli.

3. Kelebaran Harga Saham. Volum perdagangan saham yang sedang meningkat berbanding dengan saham yang merosot. Lazimnya, volum meningkat bila harga mencapai tahap tertinggi atau terendah. Ia berlaku kerana jerung-jerung di pasaran sama ada sedang meraih keuntungan atau sedang membuang posisi mereka. Lebar pasaran dapat digunakan untuk mengukur seberapa besar sentimen bullish atau bearish.

4. Opsyen Put dan Call. Nisbah urusniaga opsyen call yang bullish berbanding urusniaga opsyen put yang bearish. Opsyen memberikan hak namun tidak mewajibkan untuk membeli (opsyen call) atau menjual (opsyen put) suatu aset. Oleh itu, lebih banyak urusniaga put berbanding call menunjukkan pelabur merasa pesimis tentang harga saham di masa depan, dan begitu juga sebaliknya bilangan call yang lebih banyak berbanding put menceritakan tentang sentimen optimis pelabur terhadap masa depan pasaran saham.

5. Permintaan Terhadap Bon Sampah. Jurang antara pulangan bon pelaburan gred pelaburan dan bon sampah atau bon hasil tinggi. Harga bon bergerak dalam arah yang bertentangan dengan arah hasil. Di waktu-waktu yang bergolak, pelabur lebih suka menyimpan wang, akibatnya, bon bertaraf pelaburan menjadi lebih mahal sementara hasil menurun. Begitu juga sebaliknya, krisis membuat pelabur menyingkirkan aset yang lebih berisiko yang menyebabkan harga bon sampah turun di waktu hasil meningkat.

Picture2.png

6. Kemeruapan pasaran. Indeks Volatiliti Cboe, juga dikenali sebagai VIX, direka untuk mengesan jangkaan pelabur untuk kemeruapan bagi 30 hari yang akan datang. Peningkatan jangkaan untuk pergolakan di pasaran saham di masa depan boleh menjadi isyarat yang terbaik untuk pembetulan di masa yang terdekat.

Picture3.png

7. Permintaan Terhadap Aset Perlindungan Selamat. Perbezaan antara pulangan dari saham berbanding Bon Perbendaharaan. Kecenderungan pelabur terhadap pasaran yang lebih berisiko berbanding aset yang lebih selamat menunjukkan sentimen pasaran.

Bagaimana cara menggunakan Indeks Ketakutan & Ketamakan?

Indeks Ketakutan & Ketamakan adalah pilihan yang terbaik untuk digunakan di waktu di mana kemeruapan adalah yang tertinggi di pasaran. Gunakannya untuk menentukan bila waktu yang sesuai untuk memasuki pasaran jika anda memperdagangkan S&P 500. Apabila indeks berada di bawah 20 pada waktu yang amat tidak menentu, inilah masanya untuk mempertimbangkan untuk membuka posisi long dan sebaliknya. Selain dari itu, indeks boleh memberitahu anda tentang sentimen umum mengenai risk-on atau risk-off di pasaran. Ini akan membantu anda memahami aset mana yang mengalu-alukan urusniaga long (beli) dan yang mana lebih baik untuk menjual.

Namun, membuat keputusan dengan bergantung hanya pada indeks Ketakutan & Ketamakan akan menjadi satu kesilapan yang besar. Situasi bullish yang melampau boleh disebabkan oleh peningkatan kekayaan ekonomi dan sebaliknya, jadi sangat penting untuk mengikuti berita fundamental juga.

MULAKAN BERDAGANG DENGAN INDIKATOR INI

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera