
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
2022-12-22 • Dikemaskini
Komoditi ialah barangan atau bahan mentah penting yang digunakan oleh orang ramai untuk memenuhi keperluan penting mereka dan menghasilkan barangan yang lebih kompleks. Dalam erti kata lain, komoditi adalah komonen asas terpenting ekonomi global kerana ia digunakan untuk mencipta produk yang diperlukan oleh orang ramai dalam kehidupan seharian mereka. Komoditi yang biasa digunakan ialah minyak, gas, gandum, jagung, kapas, emas, perak, tembaga, aluminium, kopi.
Apa yang membezakan komoditi daripada barangan lain ialah kebanyakan daripadanya sudah dipiawaikan. Ini bermakna bahawa dua unit yang setara bagi satu komoditi yang sama akan serupa, tidak kira di mana ia dihasilkan.
Perdagangan komoditi mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan perdagangan di pasaran saham, kripto, atau Forex.
Komoditi sangat meruap. Ini satu kelebihan bagi para pedagang kerana terdapat banyak peluang untuk berdagang setiap hari. Komoditi boleh didagangkan di dalam kedua-dua arah, menjana pendapatan dengan pertumbuhan dan penurunan harga aset. Oleh itu, aset jenis ini adalah yang paling popular di kalangan scalper dan pedagang intrahari.
Satu lagi sebab mengapa anda harus mempertimbangkan untuk berdagang komoditi adalah potensi memperdagangkannya sebagai sebahagian daripada strategi lindung nilai (hedging strategy) yang melindungi portfolio anda dari impak pasaran saham tradisional. Komoditi adalah asas yang penting bagi ekonomi global. Oleh itu, perubahan harganya ketara ketika ketegangan meningkat. Apabila ada krisis, bila mana pelabur berpaling daripada aset-aset berisiko (risk-on) seperti saham dan kripto, kemeruapan komoditi meningkat ke tahap yang tertinggi.
Sebagai contoh, apabila pasaran saham merosot kerana kebimbangan ekonomi atau geopolitik, pedagang dan pelabur berpaling ke pasaran emas, cuba untuk melindungi nilai portfolio mereka (hedging) dari impak kejatuhan pasaran saham.
Sebaliknya, apabila pasaran saham hampir pulih, emas akan menderita, kerana modal akan bergerak masuk ke pasaran ekuiti. Sebab itulah emas menjadi salah satu kelas aset yang berprestasi terbaik ketika krisis kewangan 2008.
Apabila cuba meraih keuntungan daripada turun naik harga jangka pendek, kebanyakan tumpuan diberikan kepada analisis teknikal. Anda akan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam analisis teknikal carta, yang memerlukan masa yang panjang untuk dikuasai.
Walau bagaimanapun, harga untuk komoditi seperti emas, minyak dan gas asli sering ditentukan oleh faktor-faktor luaran yang jauh lebih mudah untuk ditafsir dan ditaksir.
Sebagai contoh, peningkatan ketegangan di Ukraine pada akhir Februari 2022 memaksa pedagang beralih ke pasaran logam kerana mereka ingin melindugi modal mereka daripada potensi kejatuhan saham dan matawang kripto. Akibatnya, XAUUSD (emas) naik 8% dalam masa seminggu disebabkan oleh peningkatan permintaan, yang mendorong harga naik.
Jadi, walaupun anda baru belajar untuk berdagang komoditi dalam talian, anda boleh berpeluang untuk meramalkan beberapa trend pasaran hanya dengan mengikuti berita antarabangsa.
Apabila berdagang komoditi, anda boleh menggunakan "leveraj" untuk mendapatkan kawalan ke atas sejumlah wang yang lebih besar dengan deposit yang kecil. Ia satu kelebihan kerana ia boleh meningkatkan keuntungan anda. Sebaliknya, leveraj juga boleh memperbesarkan kerugian anda, jadi penting untuk menggunakan pengurusan risiko yang betul dan pesanan Renti Rugi untuk mengehadkan potensi kerugian.
Komoditi sering dikelaskan sama ada sebagai "hard commodity" atau "soft commodity". Hard commodity secara amnya ialah sumber semulajadi yang dilombong atau diekstrak daripada tanah. Contohnya emas, tembaga, dan minyak. Soft commodity ialah produk pertanian atau ternakan yang ditanam atau diternak di ladang. Contohnya gula, kapas, dan gandum.
Walau bagaimanapun, pedagang biasanya mengkelaskan komoditi kepada tiga kategori utama: logam, tenaga, dan pertanian. Mari kita lihat setiap kategori ini.
Komoditi logam biasanya digunakan dalam pembuatan dan pembinaan. Sesetengah logam berharga, seperti emas dan perak, juga digunakan dalam perhiasan dan untuk tujuan pelaburan.
Contoh komoditi logam termasuklah:
Komoditi tenaga memainkan peranan yang penting dalam ekonomi global. Tanpa sumber tenaga, orang ramai tidak akan dapat menggunakan pengangkutan, menghasilkan barangan, memanaskan rumah mereka, atau memasak makanan.
Contoh komoditi tenaga termasuklah:
Komoditi pertanian ialah tanaman yang ditanam di tanah pertanian dan produk yang diperolehi daripada haiwan ladang. Kebanyakan komoditi pertanian digunakan untuk menghasilkan makanan. Walau bagaimanapun, sesetengah daripadanya, sebagai contoh, kapas, boleh digunakan dalam industri.
Contoh komoditi pertanian termasuklah:
Dalam bentuk yang paling asas, turun naik harga komoditi adalah berdasarkan nisbah permintaan dan penawaran.
Jika permintaan global lebih tinggi daripada bekalan, harga akan naik. Dalam situasi sebaliknya, harga akan jatuh.
Walau bagaimanapun, untuk menentukan apa yang mendorong permintaan dan bekalan, anda perlu mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang asas-asas yang mempengaruhi faktor geopolitik dan ekonomi.
Pendorong utama bekalan komoditi termasuklah:
Contoh:
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengawal 2/3 daripada rizab minyak global. Dengan itu, ia boleh memberi kesan yang besar kepada harga minyak. Jika OPEC ingin meningkatkan harga minyak global, ia boleh bersepakat untuk mengurangkan pengeluaran. Begitu juga sebaliknya, ia boleh berpakat untuk meningkatkan tahap output untuk menekan harga ke bawah.
Pada hari Isnin, 5 September, OPEC memutuskan untuk memotong pengeluaran minyak sebanyak 100 000 tong sehari. Justeru dari itu, Brent (XBRUSD) susut 9% pada akhir sesi perdagangan hari Rabu.
Pendorong utama permintaan komoditi termasuklah:
Contoh:
Harga minyak jatuh lebih daripada $4 setong pada 15 Ogos lantaran kebimbangan permintaan kerana data makroekonomi China yang mengecewakan telah memperbaharui kebimbangan kemelesetan di peringkat global. China adalah pengguna minyak yang terbesar di dunia. Oleh itu, kelembapan ekonomi China menurunkan permintaan minyak kerana negara itu kurang memerlukan tenaga disebabkan oleh kemerosotan kadar pengeluaran.
Anda boleh cuba meramalkan pergerakan harga komoditi masa depan dengan mengikuti berita yang relevan tentang aset pilihan anda.
Ada banyak cara untuk berdagang komoditi. Namun, salah satu cara yang paling mudah ialah menggunakan Contracts For Difference (CFD). CFD adalah instrumen kewangan yang menawarkan peluang kepada pedagang dan pelabur untuk meraih keuntungan daripada pergerakan harga sekuriti tanpa benar-benar memiliki sekuriti yang mendasarinya.
Perdagangan komoditi menerusi CFD memiliki beberapa kelebihan:
Jika anda ingin belajar berdagang komoditi sekarang – ikuti 6 langkah mudah yang dibentangkan di bawah:
Sebarang bentuk pelaburan atau perdagangan melibatkan risiko, dan perdagangan komoditi tidak terkecuali. Dua risiko utama yang perlu disedari dalam perdagangan komoditi ialah:
Terdapat banyak sebab mengapa emas adalah komoditi yang terbaik untuk didagangkan. Pertama sekali, dari segi volum perdagangan, emas menarik lebih banyak aksi berbanding komoditi lain.
Selain itu, harga emas bertindak balas terhadap pelbagai jenis peristiwa, daripada laporan dasar kewangan sehinggalah konflik ketenteraan. Oleh itu, kemeruapan harga menawarkan banyak peluang untuk berdagang kepada pedagang.
Minyak adalah komoditi yang digunakan dalam volum yang terbesar di seluruh dunia, jadi logiklah jika dikatakan bahawa ia adalah kelas aset yang hebat untuk didagangkan.
Seperti yang telah disebutkan, harga minyak ditentukan oleh permintaan dan penawaran, yang biasanya dimanipulasi oleh OPEC.
Walau bagaimanapun, peningkatan ketegangan di Timur Tengah atau sekatan ekonomi ke atas negara-negara pengeluar minyak utama seperti Rusia dan Iran boleh meningkatkan kemeruapan harga minyak.
Sama seperti minyak, gas asli salah satu komoditi yang paling meruap untuk didagangkan. Selain itu, harga gas asli juga dipengaruhi terutamanya oleh peristiwa geopolitik. Dengan begitu banyak kerajaan barat yang sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengharamkan atau mengurangkan import gas asli dari Rusia berikutan pencerobohan ke atas Ukraine, komoditi ini telah menyaksikan rali harga yang ketara.
Harga komoditi dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan. Bekalan boleh terjejas akibat dasar kerajaan, peristiwa geopolitik, dan cuaca. Permintaan boleh terjejas kerana kemantapan ekonomi, pertumbuhan ekonomi pasaran baru muncul, trend pengguna, trend pembuatan, dan kekuatan dolar AS.
Pasaran komoditi salah satu kegemaran para pedagang forex kerana kemeruapan harganya menawarkan banyak peluang perdagangan dari hari ke hari. Untuk meningkatkan keberhasilan di dalam pasaran komoditi, pedagang perlu mengikuti berita dan awas dengan sentimen keseluruhan makroekonomi.
Walau bagaimanapun, kemeruapan yang tinggi pada instrumen ini mungkin berbahaya untuk orang baru. Oleh itu, pedagang perlu sentiasa mematuhi pengurusan risiko dan menggunakan pesanan renti rugi dalam setiap urusniaga perdagangan.
Soalan mengenai perdagangan komoditi
Komoditi tersedia untuk didagangkan 24/5, dibuka pada jam 00:00 GMT+3 hari Isnin, dan ditutup pada jam 00:00 GMT+3 hari Sabtu.
Untuk berdagang minyak dan gas dalam talian, anda perlu membuka akaun dengan broker yang andal dan berlesen seperti FBS. Kemudian pergi ke MetaTrader 5 atau aplikasi FBS Trader dan cari instrumen tenaga yang anda mahu dagangkan: Brent (XBRUSD), WTI (XTIUSD), atau gas asli (XNGUSD). Anda boleh dagangkan komoditi tenaga dalam kedua-dua arah. Sebagai contoh, jika anda fikir harga spot Brent akan naik, buka posisi long (buy). Jika anda fikir ia akan jatuh, buka posisi short (jual).
Dengan FBS, anda boleh dagangkan minyak mentah dan gas asli dengan terma yang menguntungkan; sifar komisen, spread yang kompetitif, dan leveraj 1:200. Buka akaun Standard atau Cent untuk mencuba perdagangan minyak mentah!
Jika anda ingin belajar cara-cara memperdagangkan komoditi sekarang – ikuti 6 langkah mudah yang dibentangkan di bawah:
Dengan FBS, anda boleh dagangkan komoditi menggunakan Web Trader, MetaTrader 4, MetaTrader 5, dan aplikasi mudah alih FBS Trader. Pilih platform terbaik yang sesuai dengan kecenderungan anda dan pasang pada peranti anda.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Perdagangan intraday, juga dikenali sebagai perdagangan harian, ialah berkenaan pembelian dan penjualan aset pada hari yang sama.
Perang bermula dan berakhir, abad demi abad berlalu, namun logam kekal sebagai aset perlindungan yang terbaik untuk pelaburan. Mengapa ia begitu dikenali di kalangan para pelabur?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.