Bagaimanakah Pelaburan Langsung Asing (FDI) Dan Rizab Antarabangsa Sesebuah Negara Mempengaruhi Kadar Pertukaran?

Bagaimanakah Pelaburan Langsung Asing (FDI) Dan Rizab Antarabangsa Sesebuah Negara Mempengaruhi Kadar Pertukaran?

2023-11-15 • Dikemaskini

Untuk spekulasi yang lebih meyakinkan dalam pasaran pertukaran asing, adalah penting untuk menggunakan pelbagai alat dan analisis yang berbeza, yang sedikit sebanyak boleh meramalkan pergerakan matawang dan sentimen para pelabur di sesebuah negara. Secara amnya, para pedagang intrahari cenderung menggunakan lebih banyak indikator-indikator analisis teknikal untuk meramal pergerakan seperti ini. Walau bagaimanapun, bagi para pedagang yang lebih berminat dengan jangka masa yang panjang, adalah menarik untuk turut mengambil kira indikator makroekonomi negara-negara tersebut (yang dipanggil 'analisis fundamental'), seperti Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan tahap Rizab Antarabangsa yang boleh berfungsi sebagai alat yang berguna untuk meramal pergerakan-pergerakan kadar pertukaran. Dalam artikel ini, kedua-dua topik inilah yang akan kita bincangkan.

FDI dan Pertukaran Asing

Salah satu cara untuk menganalisis tahap kerentanan luaran sesebuah negara dan hubungannya dengan kadar pertukaran adalah dengan melihat pada keperluan untuk pembiayaan luaran, yang bersamaan dengan defisit pada transaksi semasa – (tolak) aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara tersebut. Apabila aliran pelaburan langsung dari luar negara lebih besar daripada defisit transaksi semasa, ini menggambarkan satu keadaan yang tenang dan, justeru dari itu, tidak mewajarkan kita untuk menjangkakan variasi yang besar pada kadar pertukaran. Sebaliknya, apabila aliran pelaburan langsung asing tidak cukup untuk menampung defisit dalam transaksi semasa, matawang negara tersebut akan cenderung untuk menurun nilainya berbanding matawang-matawang lain di persada antarabangsa.

Rizab Antarabangsa dan Pertukaran Asing

Satu lagi isu penting yang perlu diperhatikan ialah Rizab Antarabangsa Bersih, yang mewakili jumlah matawang asing yang dipegang oleh negara tersebut dan yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pembiayaan akaun-akaun luarannya atau untuk sekali-sekala campur tangan dalam pasaran pertukaran asing, contohnya. Kerajaan boleh menggunakan rizab pertukaran asing sebagai satu bentuk perlindungan semasa krisis, biasanya apabila modal asing dikeluarkan negara tersebut, eksport cenderung untuk menurun dan kadar pertukaran turun nilainya. Ringkasnya, keadaan Rizab Antarabangsa yang teguh cenderung untuk menjadi faktor yang mampu mengurangkan variasi-variasi yang besar dalam kadar pertukaran, kerana Bank Pusat boleh menggunakannya untuk campur tangan dalam pasaran dan mengelakkan turun naik yang mendadak dalam kadar pertukaran matawang.

Data tentang FDI dan Rizab Antarabangsa

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Strategi Perdagangan Momentum
Strategi Perdagangan Momentum

Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera