Bagaimana cara berdagang dengan pola Cypher?

Bagaimana cara berdagang dengan pola Cypher?

2023-05-04 • Dikemaskini

Pola Cypher bukanlah formasi carta perdagangan yang paling terkenal. Namun begitu, instrumen perdagangan ini boleh membantu anda memahami dan meramalkan pergerakan harga dengan lebih baik. Pelajari bagaimana ia berfungsi dan tambahkannya pada toolkit perdagangan anda.

Pola Harmonik Cypher

Pola Cypher ialah formasi penyongsangan dalam kelas pola-pola harmonik. Ia terbentuk di pelbagai pasaran kewangan termasuk Forex, niaga hadapan, saham dan kripto. Pola cypher terdiri daripada empat segmen harga yang berasingan, yang saling terhubung dengan nisbah Fibonacci tertentu. 

Di dalam uptrend, pola Cypher membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan paras terendah yang lebih tinggi (lower highs). Sebaliknya, di dalam downtrend, pola Cypher membentuk paras terendah yang lebih rendah (lower lows) dan paras tertinggi yang lebih rendah (lower highs).

Satu lagi ciri yang menarik pada pola Cypher ialah tiga kaki pertama dalam formasi itu menyerupai corak zigzag atau panahan kilat.

Di bawah anda boleh melihat contoh pola Cypher yang bullish.

1 (1).png

Anda boleh lihat bagaimana pola ini ialah suatu struktur XABCD lima titik, yang terdiri daripada empat segmen individu. Dalam pembentukan bullish, titik A dan titik C membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi, dan titik B membentuk paras rendah yang lebih tinggi.

Peraturan Pola Cypher

Terdapat beberapa peraturan untuk mengklasifikasikan pola Cypher yang sah. Segmen XA hendaklah sentiasa impulsif. Segmen AB, pergerakan pembetulan, menjejak semula sebahagian daripada segmen XA. Segmen BC meneruskan pergerakan segmen pertama (XA) dan membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi. Akhir sekali, segmen CD mengundur semula sebahagian besar dari pergerakan keseluruhan antara titik X dan C.

2 (1).png

Pedagang menggunakan dua alat Fibonacci yang utama untuk menentukan pola Cypher. Yang pertama ialah pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement), dan yang kedua ialah unjuran Fibonacci (Fibonacci projection).

Segmen AB mesti mengundur semula (retrace) segmen XA sekurang-kurangnya 38.2%, dan ia tidak boleh melepasi 61.8%.

Titik C dalam struktur ini hendaklah sekurang-kurangnya unjuran 127% segmen XA, diukur dari titik B. Pada masa yang sama, titik C tidak boleh diunjur lebih dari 141.4%.

Titik D harus tamat pada atau berhampiran dengan pengunduran Fibonacci 78.6% bagi pergerakan harga seperti yang diukur dari mula dari titik X ke titik C.

Peraturan yang pertama dan terakhir ialah peraturan yang paling penting untuk pola Cypher.

Jika bayang candlestick kelihatan sangat panjang, maka adalah lebih baik untuk menggunakan harga penutupan lilin untuk mengukur. Sebaliknya, jika saiz bayang adalah standard, menggunakan bayang dalam proses pengukuran adalah lebih baik.

Strategi Perdagangan Cypher

Kita boleh bersiap sedia untuk mempertimbangkan untuk membuka urusniaga berhampiran titik terakhir Cypher apabila kita menemui pola carta yang saling terhubung dengan nisbah Fibonacci yang betul.

Pedagang harus mengikut strategi perdagangan berikut untuk membuka posisi beli apabila dapat mengesan pola perdagangan Cypher yang bullish:

  • Masukkan pesanan limit untuk membeli di paras pengunduran 78.6% (retracement level) segmen XC, juga dikenali sebagai titik D.
  • Letakkan pesanan Renti Rugi di bawah titik X.

Adalah lebih baik untuk gunakan strategi sasaran Ambilan Untung dua peringkat. Seorang pedagang harus menetapkan sasaran pertama di bawah titik A dan sasaran kedua di bawah titik C.

Sebaliknya, pedagang harus mengikuti langkah berikut untuk membuka posisi jual bagi pola perdagangan Cypher yang bearish:

  • Masukkan pesanan limit (limit order) untuk menjual di paras pengunduran 78.6% segmen XC. Ia juga dikenali sebagai titik D.
  • Letakkan pesanan Renti Rugi di atas titik X.

Pedagang harus menetapkan sasaran pertama tepat di atas titik A dan yang kedua tepat di atas swing titik C.

Pola Cypher Bullish

Imej di bawah menunjukkan pola Cypher bullish yang tipikal. 

3 (1).png

Segmen XA awalan terbentuk dari titik permulaan di X.

AB bergerak lebih rendah untuk mengundur semula gerakan XA. Pengunduran semula ini harus membawa harga ke zon di antara aras 38.2 hingga 61.8 segmen XA.

Segmen BC membentuk harga tertinggi yang lebih tinggi dan tamat di antara unjuran 127.2 dan 141.4 segmen XA awalan.

Segmen CD bergerak lebih rendah dan berakhir berhampiran paras pengunduran 78.6% pergerakan harga dari titik X ke titik C.

Sebaik sahaja harga mencapai paras pengunduran 78.6% di titik D, pola Cypher yang bullish dianggap sah dan kenaikan harga selanjutnya dijangkakan akan terjadi.

Bagaimana cara untuk melukis pola Cypher?

Anda perlu ikuti beberapa langkah untuk melukis pola Cypher.

  • Pertama sekali, muat turun dan pasang indikator pola harmonik custom. Di terminal MT4 dan MT5, anda boleh mencari indikator pola harmonik di dalam koleksi indikator.
  • Kenal pasti titik permulaan X di carta, iaitu salah satu dari mana-mana titik swing tinggi atau swing rendah.
  • Anda harus mengikuti pergerakan gelombang swing pasaran sebaik sahaja anda menemui titik swing tinggi/rendah pertama anda.
  • Anda perlu mempunyai empat titik atau empat swing tinggi/rendah yang saling terhubung dan membentuk pola harmonik Forex. Setiap kaki swing mesti disahkan dan mematuhi nisbah Fibonacci Forex pola Cypher yang diterangkan di atas.

Kesimpulan

Pola Cypher adalah salah satu struktur harmonik yang paling termaju. Walau bagaimanapun, pola ini mempunyai kebarangkalian kejayaan yang tinggi dan menawarkan nisbah risiko kepada ganjaran yang mantap.

Serta banyak pola lain, pola Cypher berfungsi lebih baik apabila ia muncul di rangka masa yang lebih tinggi seperti empat jam dan ke atas.

Serupa

Strategi penembusan julat pembukaan
Strategi penembusan julat pembukaan

Hello pedagang semua! Strategi perdagangan penting untuk setiap pedagang yang mahukan keuntungan kerana ia memberikan ketekalan (consistency) yang diperlukan dalam membuat keputusan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera