Bagaimana cara untuk menumpang trend?

Bagaimana cara untuk menumpang trend?

2023-05-04 • Dikemaskini

Bila seseorang pedagang pemula mencari maklumat tentang bagaimana beliau boleh mula berdagang secara menguntungkan, beliau biasanya akan menemui nasihat yang menyarankannya untuk berdagang mengikuti trend. Jika pasangan matawang itu sedang menaik, maka beliau harus membeli. Jika ia sedang merosot, syornya adalah untuk menjual. Ya, memang cadangan ini sangat masuk akal. Namun, bila tiba waktu untuk mempraktikkannya, ternyata ia tidak semudah yang dikata. Untuk mendapatkan keuntungan dari perdagangan trend, anda akan perlukan panduan yang lebih terperinci. Artikel ini akan membimbing anda memahami strategi-strategi perdagangan trend dan akan memberikan anda beberapa langkah yang perlu dilakukan.

Ada beberapa trend berbeza.

Sebelum anda mula membuka dagangan di MetaTrader, anda perlu tahu bahawa terdapat 3 jenis trend, dikategorikan berdasarkan masa:

• Trend primer atau jangka panjang

• Trend pertengahan atau jangka sederhana

• Trend jangka pendek

Bila para pedagang tanyakan kepada kami "Trend apakah yang sedang ada di carta EUR/USD?", kami biasanya tanyakan kembali "Maksud anda di rangka masa (timeframe) yang mana?". Sememangnya jika anda periksa rangka masa yang berbeza bagi EUR/USD, carta yang anda lihat boleh berbeza dengan ketara.

Trend jangka panjang boleh bertahan selama 8 bulan hingga 2 tahun. Ia memberikan gambaran yang lebih besar dan mencerminkan perbezaan kekuatan ekonomi negara-negara tuan empunya matawang pada suatu pasangan, contohnya Zon Euro dan Amerika Syarikat. Trend jangka sederhana bertahan antara 1 hingga 8 bulan. Ia terbentuk di dalam julat trend jangka panjang, dalam arah yang bertentangan. Trend jangka pendek boleh bertahan dari beberapa hari hingga sebulan. Ia muncul disebabkan oleh aliran modal global yang disebabkan oleh berita politik dan ekonomi. Trend sebegini membolehkan para pedagang meraih keuntungan dalam beberapa jam.

Adalah penting untuk diingat bahawa jika anda berdagang hanya dalam tempoh satu hari, anda perlu tahu bukan sahaja trend jangka pendek tetapi juga jangka sederhana dan panjang, dan lukiskan garisan-garisan trendnya. Adakalanya harga boleh menemui rintangan atau sokongan trend yang lebih besar. Jika anda mengenal pasti ketiga-tiga trend pada carta anda, anda akan mendapat gambaran suasana pasaran yang lebih baik.

Tahap-tahap suatu trend

Fakta penting yang seterusnya adalah betapa setiap trend terdiri dari 4 tahap:

1. Trend muda

2. Trend matang

3. Trend tua

4. Trend yang sedang berputar arah

Jika suatu trend itu sudah tua, tiada gunanya untuk cuba berdagang dengannya. Matlamat kita adalah untuk menangkap trend di permulaannya atau di peringkat awal kematangannya. Dengan cara ini anda akan dapat meraih keuntungan yang baik dari perdagangan trend.

trend1.png

Jadi, anda harus mencari trend yang sedang di tahap 2. Di tahap ini, anda akan boleh melukiskan garisan trend. Untuk suatu uptrend, anda perlukan dua titik terendah (lows) – titik terendah awalan (initial low) dan titik terendah yang lebih tinggi (higher low). Jika anda mempunyai 3 titik terendah yang boleh disambungkan, itu lebih baik lagi – itu bermakna suatu trend sudah benar-benar terbentuk. Garisan trend akan menjadi garisan sokongan. Untuk downtrend pula, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 titik tertinggi (highs) – titik tertinggi pertama dan titik tertinggi kedua yang lebih rendah. Sama seperti tadi: jika ada 3 titik tertinggi, itu lebih baik. Dalam kes ini, garisan trend akan bertindak sebagai garisan rintangan.

trend2.png

Adalah sangat-sangat penting untuk anda tidak bersikap terlalu malas, dan berusaha untuk lukiskan garisan trend. Ia adalah perkakas yang ringkas namun efisien dalam analisis carta. Ia tidak hanya akan membantu anda mencari zon di mana harga mungkin melantun dari rintangan dan sokongan di masa hadapan, tetapi ia juga akan menunjukkan betapa kuat suatu trend itu. Lakukan pemerhatian anda sendiri nanti: lebih curam suatu garisan trend, lebih tinggi peluang untuk ia ditembusi oleh harga. Jika harga bergerak ke atas dengan pantas, pembeli yang melonjakkan harga akan kehilangan kekuatan tidak lama kemudian, dan pasaran akan mengundur. Jika anda mahu pilih trend yang baik, yang akan bertahan untuk suatu masa yang munasabah, pilih trend yang garisannya tidak terlalu curam.

Kami juga menasihatkan anda untuk mencari pembetulan (corrections) dan pengukuhan (consolidation) yang berlaku dalam tempoh trend anda. Seperti yang anda boleh lihat, bila harga cenderung bergerak ke atas atau ke bawah, ia tidak bergerak ke atas atau ke bawah semata-mata setiap masa. Pembetulan adalah keadaan di mana pasangan matawang mengundur dan bergerak dalam arah bertentangan dari trend utama. Pengukuhan adalah suatu tempoh di mana terdapatnya pergerakan harga secara horizontal.

Jika tempoh pergerakan melawan trend (pembetulan, correction) adalah pendek dan julat gerakan menjajar (pengukuhan, consolidation) adalah sempit, anda mempunyai trend yang kuat dan mantap justeru adalah selamat untuk berdagang dengannya.

trend3.png

Indikator-indikator teknikal

Ada satu kumpulan indikator di MT4 yang dipanggal "Indikator Trend". Ia boleh membantu anda menumpang arus trend.

Purata Bergerak (Moving Average) akan membantu anda mengenal pasti uptrend atau downtrend dan bertindak sebagai sokongan dan rintangan. Kami mencadangkan anda menggunakan purata bergerak ringkas (simple moving average) dengan tempoh 20, 50, 100 dan 200.

ADX menunjukkan arah dan kekuatan suatu trend. Bacaan di atas 30 menandakan trend adalah kuat. Sila maklum bahawa indikator ini mungkin perlahan.

Para pedagang juga boleh gunakan osilator (indikator yang berayun ke atas dan ke bawah di sekitar satu nilai median dan ditunjukkan di dalam tetingkap berasingan di bawah carta harga). Selepas anda sudah menentukan arah pergerakan trend menggunakan garisan trend atau purata bergerak, semak osilator Stokastik. Pada suatu uptrend, kecerunannya haruslah ke atas dengan curam. Pada ketika downtrend, Stokastik haruslah mencerun ke bawah dengan curam. Jika harga membentuk harga tertinggi yang baru ketika suatu uptrend, tetapi Stokastik masih belum begitu, ia mungkin petanda pengunduran ke bawah.

trend4.png

You can get similar data to those provided by the Stochastic indicator from another oscillator called MACD. The difference is that MACD comes in form of a histogram (columns below the price chart). During an uptrend, MACD columns should become bigger, while during a downtrend they should decline and then get to the negative area.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang sama seperti yang diberikan oleh indikator Stokastik dari satu lagi osilator bernama MACD. Bezanya, MACD berbentuk histogram (lajur-lajur di bawah carta harga). Sewaktu uptrend, lajur-lajur MACD adalah lebih panjang, sementara sewaktu downtrend ia memendek dan memasuki kawasan negatif.

Strategi berdagang menumpang arus trend

Cara yang terbaik adalah dengan mengikut pasaran. Ini adalah langkah-langkah yang disyorkan:

1. Tentukan berapa lama anda mahu menumpang trend. Keputusan ini akan mempengaruhi rangka masa mana yang anda pilih untuk berdagang. Jika anda putuskan untuk berdagang secara intrahari (untuk beberapa jam sahaja), tentukan trend di rangka masa harian. Anda juga boleh gunakan carta H4 dan H1 untuk merancang dagangan anda. Kami syorkan anda untuk tidak membuang masa dengan rangka masa lebih kecil seperti M15 kerana di situ situasi berubah terlalu pantas dan sukar untuk membuat analisis yang baik untuk dagangan yang akan aktif selama beberapa jam sahaja.

2. Kenal pasti trend – adakah ia uptrend atau downtrend? Semak berita ekonomi dan analitik, cuba fahami faktor-faktor fundamental (ekonomi) atau berita di sebalik trend ini. Mungkinkah ia kerana pasaran menjangkakan suatu peristiwa penting? Atau mungkinkah sesuatu sudah pun berlaku dan ia mempunyai impak terhadap pasaran? Jika sentimen pasaran adalah bullish, maka anda boleh buy untuk uptrend, atau jual jika ia downtrend.

3. Lukis garisan trend. Adakah ia curam atau normal? Berapa kalikah harga menyentuh (test) garisan trend? Jika harga menyentuh garisan trend untuk kali ketiga pada suatu uptrend dan ia naik semula ke atas sewaktu uptrend, ia signal untuk beli.

4. Semak indikator teknikal. Pastikan mereka sahkan trend tersebut.

5. Pasang Renti Rugi (Stop Loss) sebagai perlindungan di kedua-dua belah garis trend. Renti Rugi anda tidak harus terlalu rapat supaya pesanan anda tidak tertutup hanya disebabkan oleh kemeruwapan harian. Tidak ada penyelesaian universal untuk pemilihan Stop Loss. Ia akan banyak bergantung kepada seberapa lama anda sasarkan untuk kekalkan keaktifan dagangan anda (anda perlu tahu di mana anda akan tutup dagangan anda dalam keadaan sudah untung) dan saiz dagangan anda. Biasanya Renti Rugi adalah kira-kira 1/3 dari Ambilan Untung (Take Profit). Secara amnya, untuk dagangan intrahari yang bertahan beberapa jam adalah lebih baik untuk mempunyai Renti Rugi lebih dari 15 pip.

trend5.png

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera