Bagaimana cara berdagang dengan indikator Rate of Change?

Bagaimana cara berdagang dengan indikator Rate of Change?

2023-04-03 • Dikemaskini

Ramai pedagang menggunakan indikator Rate of Change (Kadar Perubahan) untuk menentukan momentum harga. Pedagang dan pengguna yang berpengalaman dalam analisis teknikal mungkin telah pun mencuba dan menilai peralatan ini di dalam MetaTrader 4 dan 5. Di dalam artikel ini, kami akan menganalisis indikator ini dan ciri-cirinya.

Apakah itu kadar perubahan?

Rate of Change (ROC, Kadar Perubahan) ialah indikator teknikal untuk momentum, yang mengukur peratusan perubahan dalam harga antara harga semasa dan harga beberapa tempoh yang lalu.

Penunjuk ini diplot secara relatif kepada sifar, dengan indikator bergerak naik ke wilayah positif jika harga naik dan wilayah negatif jika harga jatuh.

Pengiraan indikator ROC

Langkah utama dalam pengiraan ROC ialah pilihan nilai "n". ROC menjejak hubungan antara harga penutupan dalam dua tempoh. Dalam pengiraan standard, tempohnya ialah 12. Di carta harian, ia mempertimbangkan harga penutupan 12 hari lalu dan menolaknya daripada harga penutupan semasa. Perbezaannya diplotkan sebagai ROC. Dari semasa ke semasa, angkanya boleh bermagnitud positif atau negatif.

ROC = [(Tutup – Tutup n tempoh yang lalu) / (Tutup n tempoh yang lalu)] * 100

Oleh itu, garis rujukan tengah diplot sebagai sifar.

Perbezaan antara indikator ROC dan indikator Momentum

Kedua-dua indikator ini sangat seakan-akan dan akan memberikan hasil yang serupa jika suatu nilai n yang tepat digunakan dalam setiap indikator tersebut. Perbezaan utamanya ialah ROC membahagikan perbezaan antara harga semasa dan harga n tempoh lalu dengan harga n tempoh lalu dan menyatakannya dalam bentuk peratusan. Kebanyakan pengiraan untuk indikator momentum tidak melakukan hal yang tersebut. Sebaliknya, perbezaan harga hanya didarab dengan 100, atau harga semasa dibahagikan dengan harga n tempoh yang lalu dan kemudian didarab dengan 100. Kedua-dua indikator menceritakan kisah yang sama, walaupun sesetengah pedagang mungkin lebih suka salah satu daripada yang lain kerana ia mungkin memberikan bacaan yang sedikit berbeza.

Menggunakan ROC dalam perdagangan

Berikut ialah cara untuk berdagang dengan signal yang dijana oleh indikator ROC.

Keadaan terlebih beli dan terlebih jual

Indikator momentum sesuai untuk berdagang di pasaran yang berjulat kerana ia membantu anda meramalkan titik pivot (titik pusingan, titik pangsi) dengan tepat. Momentum biasanya merujuk kepada trend yang terus mengalir. Jika trend mula kehilangan momentum dalam pasaran yang mendatar, jalan yang terbaik adalah untuk mula mencari peluang untuk berdagang dalam arah yang bertentangan. Puncak dan lembah boleh terbentuk selepas satu selang masa tertentu atau dengan pergerakan sebanyak sekian peratusan yang tertentu. Sebagai indikator yang tidak berkaitan, ROC memberikan petunjuk yang jelas tentang masa untuk menjangkakan penyongsangan yang sedemikian berdasarkan tahap indikator sebelumnya.

 XNGUSDH4.png

Penembusan

Penembusan (breakout) terjadi dengan momentum yang kuat dan ROC ialah indikator terbaik untuk mengesan penembusan. Kenaikan atau kejatuhan mendadak yang berterusan akan mengesahkan bahawa arah trend akan berterusan pada masa hadapan dengan lebih banyak penembusan. ROC akan menunjukkan nilai yang konsisten apabila harga mengukuh atau bermain di dalam suatu julat (range).

Penyilangan garis sifar

Penyilangan garisan sifar pada ROC menunjukkan bahawa arah trend baharu sedang terbentuk. Sebagai contoh, penyilangan garisan sifar dari bawah menunjukkan arah trend menaik, manakala penyilangan dari atas menunjukkan arah trend menurun. Sekali lagi, adalah penting untuk mempertimbangkan kemeruapan aset dan rangka masa carta untuk meminimumkan signal palsu ROC atau signal ROC yang berpatah balik setelah melintasi garis sifar.

USDCNHDaily.png

Capahan (Divergences)

Capahan bearish (bearish divergence) ROC ialah apabila anda melihat harga tinggi yang lebih tinggi di carta harga, manakala garisan Rate of Change memplot harga tinggi yang lebih rendah. Keadaan sedemikian menunjukkan bahawa uptrend mungkin mahu berakhir. Jika anda melihat harga rendah yang lebih rendah di carta harga dan paras rendah yang lebih tinggi pada garisan Rate of Change, capahan bullish (bullish divergence) dikatakan telah terjadi, menandakan kemungkinan terjadinya perubahan daripada downtrend kepada uptrend. Capahan bearish tersembunyi (hidden bearish divergence) dengan ROC ditemui apabila ROC membentuk harga rendah yang lebih rendah yang baharu namun harga pula gagal membentuk harga rendah yang lebih rendah baharu. Ini biasanya dianggap sebagai signal penerusan trend bearish. Jika garisan Rate of Change membentuk paras tinggi baharu yang lebih tinggi manakala harga yang semakin naik gagal untuk membentuk paras tinggi baharu yang lebih tinggi, ini dipanggil capahan bullish tersembunyi (hidden bullish divergence) dan mungkin menandakan penerusan trend bullish.

clipboard-image (2).png

Rate of Change di dalam MetaTrader

Indikator Rate of Change yang tersedia di dalam platform MetaTrader ialah pemvisualan ROC semasa dan silam. Indikator ROC di dalam MetaTrader ialah indikator momentum yang dibina dalam bentuk osilator. Rate of Change melukis garisan berayun di sekitar aras sifar, menunjukkan momentum trend semasa.

 Picture1.png

Untuk menambahkannya ke carta anda, pilih “Insert”, kemudian klik “Indicator”, dan di seksyen “Custom” anda akan menemui “ROC”.

ROC dan perkakas analisis teknikal yang lain

Seperti yang dinyatakan di atas, ROC kadangkala boleh memberikan isyarat yang terlalu awal atau terlalu lewat. Oleh itu, adalah penting untuk melihat beberapa indikator bersama-sama dengan ROC agar boleh menjana beberapa isyarat yang saling bersetuju. Sistem-sistem ROC yang terbaik ialah sistem yang digabungkan dengan Stokastik dan Purata Bergerak.

ROC dan Stokastik

Kombinasi ini adalah yang paling sesuai untuk menentukan masa penyongsangan arah trend. Apabila ROC memberikan signal capahan, pedagang boleh memantau persilangan Stokastik di dalam zon terlebih beli atau terlebih jual untuk memilih titik keluar yang optimum dengan menjangkakan penyongsangan arah trend. Sebagai contoh, dalam kes signal bullish, kemasukan ke dalam zon terlebih jual menjadi pilihan.

clipboard-image (1).png

ROC dan purata bergerak

Penyilangan garisan sifar ROC kadangkala boleh menghasilkan signal yang samar-samar yang mengesahkan perubahan arah trend. Untuk menguji penyongsangan arah aliran, pedagang menggabungkan ROC dengan dua indikator. Sebagai contoh, apabila ROC baru sahaja melepasi garisan sifar untuk menandakan downtrend, pengesahan diterima apabila Purata Bergerak yang lebih pantas melintasi trend yang bergerak lebih perlahan.

clipboard-image.png

Kesimpulannya, indikator ROC di dalam MetaTrader boleh digunakan untuk mengikut arah trend, penyongsangan arah trend dan pengesanan momentum. Mengetahui cara menggunakannya akan meningkatkan kemahiran analisis teknikal anda dan memberikan pengalaman yang lebih menarik dalam perdagangan Forex!

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan
Strategi Perdagangan Ketidakseimbangan

Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).

Strategi Perdagangan Momentum
Strategi Perdagangan Momentum

Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera