
Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
2023-01-24 • Dikemaskini
Jika anda berdagang saham, anda mempunyai akses terhadap maklumat mengenai volum perdagangan yang disediakan oleh bursa saham. Maklumat ini membolehkan anda melihat sama ada pemain pasaran menyokong trend harga atau tidak. Di pasaran matawang, situasinya berbeza, tetapi pedagang masih boleh mendapatkan perspektif daripada volum. Artikel ini akan berkongsi maklumat yang paling berguna mengenai volum yang anda perlu tahu.
Sebelum kami memberi anda lebih banyak butiran mengenai indikator volum, mari fahami apakah itu volum dalam perdagangan. Volum perdagangan adalah total kuantiti saham atau kontrak yang didagangkan untuk sekuriti yang tertentu atau di seluruh pasaran dalam satu tempoh tertentu.
Volum perdagangan membantu memahami aktiviti dan kecairan pasaran bagi sekuriti tertentu. Jika sekuriti tersebut didagangkan secara aktif, volum perdagangannya akan menjadi lebih tinggi. Sebagai alternatif, volum perdagangan yang rendah muncul pada sekuriti yang lebih sedikit didagangkan. Volum perdagangan boleh membantu pedagang saham untuk mendapatkan petunjuk mengenai keputusan perdagangan pemain-pemain besar di pasaran. Sebagai contoh, jika volum yang meningkat menyusul selepas perubahan harga yang besar, kita boleh mencadangkan bahawa ia permulaan trend yang baru.
Setiap bursa pasaran menganalisis volum untuk sekuriti yang didagangkan dan menyediakan data volum. Yang menariknya, volum lebih tinggi berhampiran waktu pembukaan dan penutupan pasaran. Itu berlaku kerana pesanan yang dibuat ketika pasaran masih tutup akan terpicu. Gambar di bawah menunjukkan dinamik harga saham Tesla di bursa saham Nasdaq pada 30 September. Seperti yang anda boleh lihat, volum tertinggi adalah apabila pasaran dibuka, tetapi ia kemudian mereda pada siang hari.
Kebanyakan broker menyediakan maklumat mengenai volum perdagangan untuk instrumen yang tersedia melalui platform perdagangan mereka. Mereka mengumpulkan maklumat ini dari bursa pasaran.
Pasaran Forex terdesentralisasi, jadi mustahil untuk mengira semua kontrak dan saiznya seperti mana di pasaran saham. Oleh itu, pedagang Forex menggunakan indikator volum tick.
Tick ialah sebarang perubahan atau pergerakan tunggal ke atas atau ke bawah dalam sebut harga. MetaTrader mengukur bilangan tick dalam satu-satu tempoh. Oleh itu, ia adalah mungkin untuk melihat seberapa aktif pasaran didagangkan pada saat-saat tertentu. Dalam erti kata lain, kita tidak tahu sama ada terdapat 500 atau 500,000 pesanan dalam tempoh tertentu, tetapi kita tahu berapa banyak tik harga telah bergerak. Inilah yang dinamakan volum tick. Adalah penting untuk memahami sifatnya.
MetaTrader menawarkan beberapa indikator volum tick. Untuk menggunakannya, klik "Insert", kemudian "Indicators", dan pilih "Volumes". Terdapat empat indikator iaitu:
Indikator menunjukkan bilangan perubahan harga (tick) dalam setiap tempoh jangka masa yang dipilih. Bar volum diwarnakan hijau jika ia lebih besar daripada yang sebelumnya dan merah jika volum merosot.
Indikator ini dipaparkan dalam bentuk garisan. Jika harga penutupan candlestick semasa lebih tinggi daripada yang sebelumnya, volum sekarang ditambah kepada OBV sebelumnya, dan garisan akan menaik. Jika harga penutupan candlestick semasa lebih rendah daripada yang sebelumnya, volum semasa ditolak daripada OBV sebelumnya, yang menjadikan indikator menurun. Di sini kita membuat anggapan bahawa perubahan OBV mendahului perubahan harga supaya ia boleh memberikan signal.
Money Flow Index (Indeks Aliran Wang) menunjukkan kadar wang dicurahkan ke dalam aset dan kemudian dikeluarkan daripadanya. Anggap ia sebagai versi RSI yang mengambil kira volum.
Ini adalah satu lagi indikator yang dikira berdasarkan kedua-dua harga dan juga volum. Semakin tinggi volum, semakin ketara sumbangan perubahan harga (untuk tempoh ini) kepada nilai indikator.
Anda boleh menggunakan indikator volum tick dalam analisis teknikal anda, dengan beberapa cara. Mari kita lihat secara terperinci dan tinjau contoh-contohnya.
Indikator Volumes di dalam MetaTrader 4 atau 5 adalah alat yang baik untuk memeriksa kekuatan trend. Mari kita lihat cara melakukannya dengan betul. Pertama, terapkan (pasang) indikator Volumes pada carta anda. Untuk pengesahan uptrend, anda perlu melihat harga bergerak lebih tinggi bersama dengan volum yang meningkat.
Dalam gambar di atas, anda boleh melihat bahawa harga mencapai paras tertinggi baru seiring dengan volum yang meningkat. Volum merosot semasa tempoh pembetulan/pengukuhan. Lonjakan terakhir ke atas berlaku semasa volum merosot – satu petanda penyongsangan akan tiba.
Untuk mengesahkan downtrend, anda mesti melihat harga mencapai paras terendah baru dengan volum yang meningkat. Apabila harga menjadi lebih rendah, tetapi volum tidak mencapai paras tinggi baru – ini adalah petanda penyongsangan ke sebelah atas.
Carta di atas menunjukkan trend bearish yang pasti dengan pembetulan yang kecil. Harga membuat paras terendah baru, tetapi indikator Volum jatuh. Oleh itu, kami menjangkakan harga akan bergerak lebih tinggi.
Untuk membezakan antara penyongsangan dan pembetulan pada peringkat awal sentiasa suatu yang sukar. Indikator volum membantu untuk melakukannya dengan lebih cepat dan membolehkan anda menyertai trend baharu seawal mungkin.
Seperti yang anda tahu, signal yang berbeza boleh memberitahu pedagang jika penyongsangan akan tiba. Pola yang paling popular dan boleh diandalkan adalah pola carta (head and shoulders, double top/bottom), pola candlestick (cth., hammer, morning/shooting star, engulfing, dan harami), dan penembusan aras-aras yang bermakna.
Pedagang yang berpengalaman tahu bahawa adalah berbahaya untuk memasuki pasaran secara membabi buta. Oleh itu, sebarang signal penyongsangan perlu disahkan. Untuk mengesahkan perubahan arah pada carta, anda perlu menunggu untuk situasi yang dikehendaki dan menggunakan indikator Volumes.
Pada carta di atas, pola Double Bottom telah terbentuk. Indikator Volumes semakin rendah berhampiran pola ini, yang menandakan trend sedang melemah.
Jika terdapat perbezaan antara harga dan indikator volum, ia menandakan bahawa trend sedia ada berpotensi menyongsang.
Volum biasanya rendah dalam tempoh pengukuhan. Jika ada lonjakan volum mengiringi penembusan julat, terdapat peluang yang lebih tinggi bahawa ini adalah benar dan bukan penembusan palsu.
Mari kita lihat contoh di atas. Volum meningkat pada saat harga naik melepasi aras rintangan. Ini membantu harga terus bergerak dalam arah penembusan.
Terdapat juga situasi apabila penembusan adalah palsu. Penembusan palsu bukanlah perkara yang jarang-jarang berlaku. Ia biasanya pemanipulasian signal oleh pemain institusi. Kadang-kadang, tindakan mereka boleh terlihat pada carta sebagai pola. Anda boleh menggunakan Volumes untuk mengesan penembusan palsu ini. Jika penembusan berlaku pada volum rendah, adalah lebih baik untuk mengelakkan diri dari memasuki perdagangan ini.
Pada carta harian Apple, anda dapat melihat bahawa harga tembus ke atas garisan rintangan dengan indikator Volumes berada di tahap yang sangat rendah. Pada masa yang sama, pola Bearish Engulfing terbentuk dengan candlestick bearish besar selepas kandil hijau yang menyebabkan penembusan. Itu adalah isyarat penyongsangan yang kuat yang disahkan oleh indikator Volumes yang meningkat.
Kenal pasti kawasan sokongan/rintangan yang kuat
Kawasan di mana harga didagangkan dengan volum yang tinggi mungkin menunjukkan halangan yang ketara dari aspek harga dan, akibatnya, menjadi aras kemasukan dan keluar yang baik untuk pedagang. Sebagai contoh, pada carta di bawah, anda boleh melihat lonjakan yang besar pada Volumes setiap kali harga mencapai aras sokongan kritikal.
Oleh kerana anda tahu butiran utama mengenai Volumes dan imlementasinya dalam perdagangan, mari kita pertimbangkan soalan-soalan utama yang mungkin dipunyai oleh seorang pedagang pemula.
Indikator Volumes di Metatrader adalah salah satu standard indikator yang di dalam set indikator yang datang bersama dengan MT5. Anda boleh menemuinya dengan mengklik Insert-Indicators-Volumes-Volumes. Ia menunjukkan bilangan perubahan harga dalam setiap tempoh rangka masa yang dipilih. Bagi saham di MT5, ini adalah indikator volum sebenar perdagangan.
Dalam carta di atas, anda boleh melihat bahawa indikator Volum terdiri daripada candlestick merah dan hijau. Warna hijau bermaksud volum bar semasa adalah lebih besar daripada volum bar sebelumnya. Sebaliknya, warna merah bermaksud volum bar semasa adalah lebih kecil daripada volum bar terakhir.
Terdapat beberapa signal yang anda boleh dapat daripada volum.
Pertama, Volumes boleh memberikan maklumat mengenai kekuatan penyongsangan. Jika petanda potensi berlakunya penyongsangan muncul pada carta, kenaikan pada Volumes boleh memberitahu anda bahawa penyongsangan begitu kuat sehingga ia memberikan isyarat kemungkinan perubahan trend.
Kedua, kenaikan pada Volumes boleh membantu anda mengesahkan penembusan. Sebagai contoh, jika harga ditekan ke aras sokongan atau rintangan kritikal, penembusan aras itu dengan volum yang tinggi mengesahkan bahawa penembusan itu tidak palsu. Sebaliknya, penembusan dengan volum rendah memberitahu bahawa momentum mungkin akan mati tidak lama lagi.
Pullback adalah pengunduran sementara harga semasa sedang di dalam uptrend. Jika anda seorang pedagang trend, anda boleh menggunakan Volumes untuk membezakan pembetulan jangka pendek daripada penyongsangan sebenar. Jika volum rendah menyusuli perubahan harga, anda berkemungkinan berhadapan dengan pembetulan, bukan pengunduran. Sebaliknya, perubahan pada harga dengan volum yang tinggi memberikan signal tentang downtrend.
Indikator volum MetaTrader bukanlah pembekal isyarat bebas tetapi boleh digunakan untuk pengesahan. Lagipun, dinamik volum memberitahu kita dengan lebih baik berbanding apa jua sumber lain tentang betapa aktifnya perdagangan. Ini adalah pengetahuan unik yang tidak diberikan oleh indikator lain. Natijahnya, indikator-indikator volum akan menyumbang dengan ketara kepada sistem perdagangan anda.
Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Pola harga Cup and Handle adalah setup carta teknikal yang menyerupai bentuk cawan yang bertangkai.
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.