Belajar cara-cara berdagang: garis panduan untuk newbies

Belajar cara-cara berdagang: garis panduan untuk newbies

2024-03-04 • Dikemaskini

Anda telah membuka sebuah akaun di FBS, tetapi tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya? Anda tertanya-tanya apakah yang anda perlu pelajari untuk menjadi seorang pedagang? Di sini kami telah himpunkan semua petunjuk-petunjuk yang membolehkan anda menjadi profesional Forex dengan pantas!

Unsur-unsur perdagangan

Berdagang forex bererti anda membeli atau menjual pasangan matawang dan membuat keuntungan dari perubahan kadar tukarannya. Perniagaan ini terdiri dari beberapa tindakan penting.

Perdagangan

Sebagai sebuah proses, perdagangan melibatkan membuka dan menutup pesanan di terminal perdagangan bernama MetaTrader. Pesanan adalah arahan untuk membeli atau menjual suatu pasangan matawang. Ilmu asas yang anda harus pelajari adalah bagaimana cara-cara untuk membuka, mengubah dan menutup pesanan di MT, cara-cara menggunakan pelbagai fungsi dan fitur pada perisian tersebut dan mentata suai carta. Anda boleh menemui panduan terperinci bagaimana untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini dari siri video khusus MetaTrader kami.  

Analisis pasaran

Untuk melakukan suatu dagangan, anda perlu tahu apa yang perlu dibuat. Analisis membantu anda memutuskan pasangan matawang yang mana hendak didagangkan, dan bagaimana hendak memperdagangkannya. Tambahan lagi, ia membolehkan anda mencari masa terbaik untuk memasuki pasaran. 

Ada 2 jenis analisis yang utama. Pertama sekali, anda perlu belajar menganalisa carta – mengenal pasti trend, mencari aras-aras penting di mana suatu harga boleh mengundur atau semakin mencanak-canak. Keduanya, anda perlu memahami bagaimana peristiwa-peristiwa penting ekonomi mempengaruhi pasaran Forex. Anda perlu mentelaah kalendar ekonomi – jadual pengumuman ekonomi negara-negara utama dunia. Dengan bantuan kalendar itu, anda akan boleh berdagang pada waktu pengumuman berita baik, juga mengelakkan berita buruk daripada memberi kesan kepada dagangan anda.  

Rujuk teks tutorial kami tentang analisis pasaran dan ikuti analitik pasaran harian serta idea-idea dagangan di laman web kami. P

engurusan risiko

Pengurusan risiko membantu memastikan diri anda dari terpukul oleh hasil yang negatif dan menguruskan kewangan anda dengan cara yang membolehkan anda kekal di pasaran untuk masa yang panjang dan mempunyai beberapa peluang untuk berdagang. Ini adalah unsur yang perlu ada dalam perdagangan anda. Ketahui peraturan-peraturan pengurusan risiko yang utama yang akan membantu anda menghadkan kerugian anda dan memaksimumkan keuntungan anda.   

Psikologi

Tidak lama selepas anda membuat dagangan anda yang pertama, anda akan mengerti bahawa proses ini agak memenatkan jiwa dan anda perlukan mindset yang betul dan sesuai untuk berjaya dalam berdagang. Ini bunyinya mudah tapi biasanya sebenarnya lebih rumit, tetapi jangan bimbang kami telah kumpulkan tip-tip psikologi dari para pedagang berpengalaman di dalam artikel ini

pic_1.jpg

Bahan-bahan berguna

FBS menawarkan sejumlah besar bahan-bahan pendidikan yang akan membuatkan proses pembelajaran anda lebih cepat, mudah dan menyeronokkan. 

Anda boleh tonton tutorial video dan kemudian mendalamkan lagi pemahaman anda dengan membaca bahan-bahan teks di dalam Buku Panduan Forex

Untuk pelajaran yang lebih mendalam, kami mencadangkan buku seperti "Daily Trading & Swing Trading the Currency Market" oleh Kathy Lien dan "Trading for a Living: Psychology, Trading Tactics, Money Management" oleh Alexander Elder. 

FBS juga menawarkan webinar-webinar pendidikan dan analitik untuk pemula baru Forex dan juga mereka yang sudah pun menimba sedikit pengalaman. Di dalam pelajaran ini, anda boleh tanyakan semua soalan-soalan anda kepada penganalisis profesional dan pakar-pakar perdagangan. Cuba lihat jadual webinar untuk melihat jika ada webinar yang akan bersiaran tidak lama lagi. 

Selamat berjaya dengan perdagangan anda dan semoga anda beroleh keuntungan!

BERDAGANG SEKARANG  

Baca lebih lanjut

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera