Strategi Perdagangan Martingale dan Anti-Martingale

Strategi Perdagangan Martingale dan Anti-Martingale

2023-05-08 • Dikemaskini

Pengenalan

Berdagang menuntut pengurusan beberapa perkara penting. Pedagang perlu memilih instrumen yang hendak didagangkan, apa strategi yang mahu digunakan, seberapa banyak risiko yang perlu diambil untuk suatu urusniaga, dan cara menguruskan urusniaga ini. Strategi Martingale dan Anti-Martingale memfokuskan pada saiz perdagangan, suatu persoalan asas dalam usaha menjana pendapatan yang stabil.

Apakah Itu Sistem Martingale?

Sistem Martingale adalah kaedah yang masyhur untuk membuat pertaruhan. Ia pada mulanya dicipta sebagai satu sistem perjudian. Walau bagaimanapun, pedagang boleh menerapkannya di pasaran kewangan. Di peringkat asas, idea strategi pertaruhan Martingale adalah untuk menggandakan saiz posisi selepas setiap pertaruhan yang kalah. Proses ini perlu diteruskan semasa rugi berturut-turut sehingga pertaruhan yang menang muncul dan memulihkan semua kerugian sebelum itu.

Untuk menggambarkan idea ini dengan lebih baik, pertimbangkan satu permainan perjudian seperti rolet (roulette). Katakan kita taruhkan $100 pada warna merah. Anda akan memenangi $100 setiap kali manik mendarat di warna merah. Begitu juga sebaliknya, anda akan rugi $100 setiap putaran jika manik akhirnya mendarat di warna hitam. Berdasarkan sistem Martingale, apabila keputusannya positif, anda perlu bermula sekali lagi dengan pertaruhan $100 baharu.

Sebaliknya, jika keputusannya negatif, anda akan kerugian $100. Dalam kes ini, anda perlu menggandakan pertaruhan anda pada putaran seterusnya, yang bersamaan dengan $200. Jika putaran kedua juga gagal, anda perlu menggandakan pertaruhan anda sekali lagi. Proses ini akan berterusan selama mana yang diperlukan untuk mencapai keputusan yang positif, yang akan memulihkan semua kerugian yang anda alami semasa anda kalah berturut-turut.

Adakah Strategi Martingale Berkesan Dalam Perdagangan?

Mari kita adaptasikan pengurusan wang Martingale ini ke dalam perdagangan. Andaikan anda membuka posisi untuk XAUSD di pasaran Forex. Strategi perdagangan anda mempunyai nisbah risiko berbanding ganjaran satu kepada satu, dan anda biasanya risikokan $200 pada setiap urusniaga. Dalam kes ini, setiap urusniaga yang untung akan memberi anda keuntungan $200, manakala setiap urusniaga yang rugi akan memakan wang anda sebanyak $200.

Setiap kali anda mencapai keputusan yang positif, iaitu, urusniaga yang untung bernilai $200, anda harus taruhkan $200 pada urusniaga seterusnya. Walau bagaimanapun, jika urusniaga anda gagal, anda harus menggandakan saiz lot anda. Jika anda rugi dalam urusniaga ini, anda harus sekali lagi menggandakan saiz pertaruhan anda dan mempertaruhkan $800 pada yang berikutnya, dan begitulah seterusnya sehingga anda untung. Urusniaga yang menang akan membayar balik semua kerugian yang anda alami dalam tempoh drawdown.

Bagaimana Cara Menggunakan Strategi Martingale dengan Berkesan?

Strategi ini lebih sesuai dengan pedagang yang bermodal besar. Di bawah anda boleh temui semua langkah yang perlu anda ambil untuk mencapai hasil yang lebih baik:

  1. Pilih aset untuk didagangkan dan satu rangka masa (timeframe).
  2. Tentukan saiz asas posisi.
  3. Buat pesanan beli atau jual anda.
  4. Tetapkan aras Renti Rugi dan Ambilan Untung anda dengan nisbah 1:2.
  5. Anda sama ada untung atau rugi apabila Ambilan Untung atau Renti Rugi terpicu.

Jika urusniaga anda mencecah aras Ambilan Untung, kembali ke langkah ketiga dan buka urusniaga baharu. Jika anda rugi, gandakan saiz posisi anda, dan mula semula di langkah ketiga.

Anda boleh melihat dengan serta-merta daya tarikan yang ada pada strategi tersebut kerana ia memberikan anda kesudahan dari hipotesis yang mudah diramal di bawah keadaan tertentu.

Kedua, dengan strategi Martingale, anda tidak perlu mencuba dan meramalkan arah harga atau arah aliran pasaran kerana anda dijamin mendapat keuntungan daripada setiap kemenangan.

Apakah itu Sistem Anti-Martingale?

Sistem Anti Martingale adalah songsangan kepada sistem Martingale yang diterangkan sebelum ini. Strategi ini menawarkan pedagang untuk mengurangkan setiap pertaruhan sebanyak separuh selepas setiap pertaruhan yang kalah dan meningkatkan setiap pertaruhan dengan menggandakannya selepas setiap pertaruhan yang menang.

Sistem Anti-Martingale membantu membesarkan keuntungan keseluruhan semasa menang datang berturut-turut (winning streak) dan meminimumkan kerugian semasa kalah datang berturut-turut (losing streak). Strategi ini meningkatkan risiko bila portfolio akaun berkembang dan mengurangkannya apabila portfolio akaun memasuki fasa drawdown. Strategi ini adalah lebih baik untuk digunakan dalam pasaran kewangan berbanding sistem Martingale kerana ia adalah model pengurusan wang yang logik dengan penggunaan yang lebih praktikal untuk pedagang.

Banyak strategi dan sistem perdagangan di pasaran Forex dan Niaga Hadapan adalah berdasarkan pada beberapa variasi pendekatan Anti-Martingale. Banyak model perdagangan swing dan model yang mengikuti trend cenderung agak konservatif dalam peruntukan saiz kedudukan mereka apabila sistem telah mengalami kerugian.

Sebaliknya, apabila sistem perdagangan tersebut sudah menemui suasana yang sesuai dan meraih faedah dari terealisasinya satu siri urusniaga yang menang, ia membolehkan lebih banyak risiko diambil.

Kesimpulan

Pedagang yang paling berpengalaman menyedari bahawa salah satu komponen terpenting untuk kejayaan dalam pasaran ialah keupayaan pedagang untuk menguruskan risiko. Sistem Anti-Martingale mempunyai mekanisme yang terbina dalam untuk mengurangkan risiko setiap urusniaga dan dengan itu akhirnya mengurangkan risiko meranapkan akaun pedagang.

Begitu juga sebaliknya, Martingale ialah model pengurusan wang yang lebih agresif dan berisiko. Itulah sebabnya mengapa anda perlu tepat apabila menggunakan strategi ini.

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Strategi Perdagangan Money Flow Index
Strategi Perdagangan Money Flow Index

Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat.

Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)
Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)

Terdapat banyak strategi berharga yang memerlukan pengetahuan tentang pola candlestick dan osilator. Walau bagaimanapun, bukan semua strategi tersebut menguntungkan. Apabila anda mula berdagang dengannya, anda boleh berhadapan dengan situasi di mana strategi tidak berfungsi mengikut jangkaan anda.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera