Strategi perdagangan posisi: penilaian semula

Strategi perdagangan posisi: penilaian semula

2023-04-03 • Dikemaskini

Dua pendekatan

Ada banyak gaya perdagangan yang lahir dari objektif-objektif kewangan yang berbeza yang ditentukan oleh setiap pedagang. Mereka yang mahu pulangan segera menerusi keuntungan-keuntungan yang kecil tetapi kerap sering memilih scalping atau pendekatan intrahari yang lain. Di satu sisi lain, kita ada golongan yang tidak kisah jika keuntungan mereka muncul kurang kerap asalkan amaunnya lebih substansial memilih untuk berdagang secara jangka panjang. Inilah yang dipanggil perdagangan posisi.

Tentang nama

Ia dipanggil perdagangan posisi kerana sang pedagang perlu memegang atau mengekalkan suatu posisi (atau beberapa posisi) untuk suatu tempoh masa yang lama: berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan. Di waktu yang lain telah menutup ratusan pesanan, pedagang posisi mungkin sedang mempunyai hanya satu pesanan yang sedang aktif untuk jangka masa yang panjang, menanti harga mencapai aras yang dirancangkan sebelum beliau menutup urusniaga tersebut.

Keselesaan

Secara psikologinya, strategi ini selesa untuk mereka yang gemar melaburkan banyak masa untuk penyelidikan fundamental bagi suatu aset tertentu. Bila penyelidikan ini selesai dan keputusan untuk suatu urusniaga jangka panjang sudah diambil, pedagang boleh duduk, bersandar, dan bersantai, menyerahkan segalanya kepada pasaran untuk menghasilkan keuntungan. Justeru, kaedah ini bergantung kepada persiapan dan masa menanti yang panjang – inilah yang memakan sebahagian besar dari masa pedagang di sini. Sementara itu, proses membuka dan menutup posisi – bererti, apa yang memakan sebahagian besar masa para pedagang intrahari – dikurangkan ke tahap paling minimum. Inilah sebabnya mengapa "tidak tergesa-gesa" satu kelebihan besar untuk pendekatan ini bagi mereka yang lebih gemar mengkaji dengan tenang dan membuat keputusan seperti seorang penembak tepat.

Ketegangan

Melihat dari sisi lain, setelah anda membuat keputusan, anda seharusnya mengekalkan posisi anda sepanjang hari dan minggu menempuhi turun naik pasaran. Secara psikologi, ia sebenarnya sangat sukar: ketidaktentuan dan kemeruapan pasaran tetap ada, dan ia tidak peduli jika anda menghabiskan berminggu-minggu untuk mengkaji satu aset dan tingkah lakunya di waktu silam. Itulah sebabnya strategi ini mungkin sangat tidak menyenangkan bagi mereka yang tidak bersedia untuk menahan tekanan emosi sementara menunggu saat yang dirancang untuk menutup posisi. Jelas sekali, "mengikut arah angin yang bertiup" atau "mengubah pendirian setelah separuh jalan" sama sekali tidak ada tempatnya dalam pendekatan ini. Anda buat perkiraan, tekan beli atau jual, dan perhatikan pasaran melakukan apa sahaja yang ia mahu - mudah-mudahan - setelah satu tempoh yang panjang akhirnya ia sampai ke tempat yang anda harapkan. Ini bermaksud, anda boleh memilih strategi ini hanya jika anda bersedia menyaksikan semua jenis turun naik pasaran dan pergerakan yang anda tidak suka, tanpa apa-apa tindakan kerana inilah maksud sebenar "mengekalkan posisi".

Akaun

Ternyata, hati kering bukanlah satu-satunya kriteria yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini. Untuk dapat menahan turun naik pasaran, pedagang perlu memiliki dana yang sangat besar kerana hanya rizab yang baik yang dapat menyerap semua jenis turun naik yang tidak menguntungkan tanpa menyebabkan panggilan margin (margin call) atau apa-apa gangguan strategi. Juga, pedagang perlu mengira saiz dagangan yang telah dibuka secara teliti dan menyeluruh, relatif kepada jumlah total deposit: semakin kecil nisbah saiz dagangan berbanding jumlah dana akaun, semakin kecil kesan akibat turun naik harga dan semakin besar kebarangkalian akaun anda akan melihat dagangan ini bertahan sehingga ke pengakhiran yang diharapkan. Itulah sebabnya tindakan membuka posisi semaksimum mungkin (going all in) dan melabur $1 dengan leveraj 1:1000 jelas bukan satu pilihan di sini.

Kaedah

Berikut adalah urutan langkah yang akan anda laksanakan sekiranya anda memutuskan untuk mempraktikkan perdagangan posisi.

Pertama, anda mengambil pendekatan fundamental dan jangka panjang dalam menilai pasaran. Sebagai contoh, anda membuat kesimpulan bahawa dalam masa 3 bulan emas akan meningkat nilainya dari sekitar $1950 hingga $2200. Anda memeriksa beberapa sumber, anda membuat analisis teknikal jangka panjang, dan menjadi yakin bahawa dalam satu jangka masa yang panjang, lebih kurang 3 bulan, ia kebarangkalian besar akan menjadi realiti.

Kemudian, kedua, anda membuka posisi emas - dan kekalkannya aktif selama 3 bulan dengan Ambilan Untung di sekitar $2200, dan Renti Rugi di bawah $1880.

Ketiga – Anda tidak berbuat apa-apa. Anda hanya tunggu dan lihat emas naik ke $2200 seperti yang anda telah analisa. Anda tidak tutup posisi anda jika ia mencecah $2100, anda tunggu sehingga ia ditutup secara automatik di $2200. Anda tidak menutup posisi anda jika ia jatuh ke $1900 – anda biarkan Renti Rugi pertahankan kepentingan anda. Secara mudahnya – anda tidak menyentuh papan kekunci. Pendekatan yang digunakan: anda buka posisi anda berdasarkan fundamental. Justeru, hanya perubahan drastik pada fundamental yang mewajarkan anda mengubah atau menutup posisi, bertentangan dengan perancangan.

Kira-kira

Jelas sekali, dari sudut kewangan, adalah lebih baik jika anda tidak dikenakan swap, atau sekurang-kurangnya dikenakan fi swap yang minimum supaya bila anda menunggu dalam masa yang lama anda tidak menanggung sebarang kos, atau hanya kos yang minimum berbanding dengan keuntungan yang dijangkakan. Juga, sebelum membuka posisi, anda harus mengira senario terburuk yang boleh terjadi kepada aset anda – untuk memastikan bahawa deposit anda akan bertahan dan menyerap kemeruapan. Untuk itu, anda perlu mengira kos per pip (klik di sini untuk panduan berserta formula untuk mengiranya) bagi aset yang diperdagangkan, relatif kepada bilangan lot yang anda dagangkan, berapa keuntungan yang anda boleh harapkan, dan berapa leveraj anda. Setelah anda pastikan bahawa turun naik harga aset anda tidak menimbulkan ancaman yang mampu menghapus keseluruhan deposit anda - anda boleh maju dan membuka posisi.

Kesimpulan

Perdagangan posisi satu strategi yang sangat ringkas dan efektif jika anda faham bagaimana ia berfungsi. Jika itu benar, maka tidak ada strategi yang lebih baik untuk anda. Baca, analisa, buka posisi – dan datang semula setelah beberapa bulan untuk melihat hasil dari persiapan anda berkembang.

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera