Relative Strength Index: Bulls lwn Bears

Relative Strength Index: Bulls lwn Bears

2023-01-26 • Dikemaskini

Apa yang diberitahu oleh RSI?

Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strengh Index) adalah indikator yang digunakan dalam analisis teknikal untuk mengukur momentum perubahan harga. Ia membantu pedagang melihat sama ada saham, pasangan matawang, atau aset lain sudah terlebih dibeli atau terlebih dijual. RSI divisualkan dalam bentuk pengayun atau osilator (carta garisan yang bergerak pergi dan balik di antara dua ekstrem) dan mempunyai bacaan dari 0 hingga 100.

Lazimnya tetapan 14 tempoh digunakan untuk mengira nilai permulaan bagi RSI. RSI akan meningkat seiring dengan bertambahnya bilangan dan saiz penutupan positif, dan ia akan menurun apabila bilangan dan saiz penutupan negatif meningkat.

Tafsiran bagi julat RSI

Secara amnya, apabila RSI melintasi aras rujukan horizontal 30 dari bawah, itu adalah petanda bullish, dan ketika ia merosot ke bawah menjadi lebih rendah dari aras rujukan horizontal 70, itu adalah petanda bearish. Dengan kata lain, seseorang boleh menafsirkan bahawa nilai RSI 70 atau ke atas menunjukkan bahawa aset sudah terlebih dibeli atau dinilai terlalu tinggi dan mungkin sudah tiba masa untuk penyongsangan trend atau membuat pullback pembetulan harga. RSI 30 atau ke bawah menunjukkan keadaan di mana aset sudah terlebih dijual atau dinilai terlalu rendah.

Ketika harga berada di dalam trend, RSI mungkin berada di dalam jalur atau julat. Semasa uptrend, RSI cenderung berada di atas 30 dan sering mencecah 70. Ketika harga berada di dalam downtrend, jarang kita dapat melihat nilai RSI lebih dari 70, dan indikator ini sering mencecah 30 atau kurang dari itu. Garis panduan ini boleh membantu anda menentukan kekuatan trend dan melihat kemungkinan berlakunya penyongsangan trend. Sebagai contoh, jika RSI tidak dapat mencapai 70 bila harga membentuk beberapa swing secara berturut-turut ketika uptrend, tetapi kemudian ia turun menjadi kurang dari 30, trend telah melemah dan ia mungkin akan berpatah balik ke bawah.

Sebaliknya, jika downtrend tidak dapat mencecah 30 atau lebih rendah, dan ia kemudian naik melebihi 70, ini bermakna downtrend telah melemah dan boleh berpatah arah ke atas. Garisan trend dan purata bergerak juga boleh membantu analisis.

Teknik perdagangan terbaik dengan RSI

RSI indikator yang pelbagai fungsi. Ia memberitahu bukan sahaja bahawasanya harga sudah terlebih/terkurang nilai, tetapi ia turut memberikan pelbagai signal lain kepada pedagang, seperti capahan (divergence) dan pola.

Mari kita selidiki satu contoh dan kaji apakah kaedah yang terbaik untuk menggunakan osilator ini.

Capahan (Divergence)

Divergence.png

Capahan RSI kenaikkan berlaku apabila indikator membentuk aras rendah yang lebih tinggi, tetapi, pada masa yang sama, harga menunjukkan minimum yang lebih rendah. Ini menunjukkan momentum bullish yang meningkat. Penembusan keluar ke atas wilayah terlebih jual (oversold) boleh digunakan untuk mencetuskan posisi long yang baru.

Capahan bearish RSI (bearish RSI divergence) berlaku apabila indikator membentuk paras tinggi yang lebih rendah, tetapi, pada masa yang sama, harga menunjukkan maksimum yang lebih tinggi.

Apabila bar hijau pertama muncul dan capahan disahkan, pedagang boleh membuka posisi dengan Renti Rugi terletak di aras rendah terkini.

Penolakan Swing

Picture1.png

Ini satu lagi teknik perdagangan lain yang melibatkan tingkah laku RSI ketika ia muncul semula dari wilayah overbought atau oversold. Penolakan swing yang tipikal terdiri daripada 4 bahagian.

  • RSI semakin rendah (dalam kes ini) sehingga nilainya kurang dari 30.
  • RSI kembali melebihi 30.
  • RSI membentuk satu lagi penurunan tanpa masuk ke zon di bawah 30.
  • RSI tembus melepasi aras tertinggi baru-baru ini.

Saat di mana terjadinya penembusan (breakout) adalah titik kemasukan untuk pedagang. Tempat untuk Renti Rugi terletak di paras terendah baru-baru ini.    

Pengumpulan (Accumulation)

NETFLIXWeekly.png

Apabila harga tidak mahu keluar dari julat dan RSI bergerak di dalam saluran, ini bermaksud bahawa para pelabur (pedagang) mengumpulkan kekuatan untuk langkah selanjutnya. Biasanya, pada saat-saat seperti ini, RSI masuk ke julat 40-60 dan selepas itu, saluran dipecahkan dan pergerakan besar bermula.

Pola

голова плечи.png

Satu lagi kehebatan RSI ialah bagaimana pola berfungsi seperti biasa. Pada carta di atas, sukar untuk pedagang mentafsir penyongsangan trend menggunakan aksi harga, tetapi pola "Head with Shoulders" ada muncul di RSI. Sebaik sahaja garis RSI melintasi garis "bahu", harga pun turun.

Kesimpulan

  • RSI membandingkan momentum bullish dan bearish harga, dan menunjukkan hasilnya pada osilator di bawah carta harga.
  • RSI boleh digunakan untuk meramalkan berakhirnya suatu pembetulan ketika di dalam trend.
  • Ia boleh digunakan pada rangka waktu (timeframe) terbesar untuk mengesan penyongsangan trend.
  • Ketika pasaran mendatar, ia boleh digunakan sebagai isyarat pengumpulan tenaga bulls/bears.
  • Pola carta turut berfungsi seperti biasa di RSI.

MULA BERDAGANG DENGAN INDIKATOR INI

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera