
Perdagangan bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak perhatian dan masa, tidak lupa juga strategi perdagangan yang menguntungkan.
2023-01-25 • Dikemaskini
Pada masa kini, telefon pintar sudah menjadi salah satu keperluan yang paling penting yang kita gunakan untuk segala-galanya. Bukan semua orang ada komputer atau laptop! Bagi kebanyakan orang berdagang hanya boleh dilakukan dengan menghadap skrin yang besar, namun, itu tidak lebih dari sekadar mitos. Kebanyakan pedagang kami menggunakan aplikasi telefon untuk berdagang. Bagaimana berdagang melalui telefon pintar boleh memanfaatkan anda? Baca artikel ini untuk mengetahuinya!
Bagi rata-rata pedagang Forex, membeli atau menjual adalah tentang masa yang tepat. Dalam masa-masa yang tidak menentu ini, mengesan saat yang tepat untuk masuk/keluar adalah kritikal. Itu mungkin menjadi satu masalah bagi mereka yang bekerja dengan terminal di tempat kerja mereka atau bagi mereka yang sentiasa berpergian ke sana sini. Penyelesaiannya mudah: telefon bimbit anda. Dengan kemunculan platform telefon pintar, perdagangan kini berada di telapak tangan anda. Ada banyak sekali peluang untuk menggunakan kuasa platform ini.
Jika pedagang ingin berdagang secara mudah alih, mereka hanya memerlukan telefon pintar yang mempunyai akses Internet dan akaun perdagangan dengan broker. Sebaik sahaja anda memuat turun aplikasi perdagangan broker, anda sudah bersedia. Anda mungkin perlu mengemukakan permohonan dalam talian untuk mengaktifkan platform perdagangan mudah alih anda, selepas itu anda boleh log masuk menggunakan ID dan kata laluan pelanggan anda.
Apakah platform perdagangan mudah alih yang terbaik? Jawapan kepada soalan ini bergantung pada fitur perdagangan yang anda cari.
Dengan FBS, pertama sekali anda perlu mendaftar di laman web fbs.com atau dalam aplikasi FBS Mobile Personal Area, mencipta profil perdagangan dan memilih platform yang sesuai. FBS menyediakan MetaTrader 4 dan 5 dan aplikasi FBS Trader. Untuk MetaTrader versi mudah alih, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web atau dalam aplikasi FBS Mobile Personal Area. Untuk FBS Trader, anda boleh mendaftar di situ dan selepas itu, anda sudah boleh berdagang.
Dalam aplikasi MetaTrader, anda boleh melihat sebut harga pasangan matawang dan instrumen lain, menganalisis carta, membuka, memantau, dan menutup urusniaga perdagangan. Ia sesuai untuk pedagang profesional yang sudah memahami bagaimana cara untuk bekerja dengan platform tersebut dan bagaimana untuk bertindak di situ.
Di FBS Trader, anda boleh melakukan semua perkara di atas, yang sudah pun menyediakan fungsi-fungsi untuk analisis, tetapi anda juga boleh mendeposit dan mengeluarkan wang, berkomunikasi dengan pasukan khidmat pelanggan dan menyemak kalendar ekonomi. Ia sesuai untuk pemula, kerana ia mempunyai antaramuka yang mudah dan semuanya yang anda perlukan di satu tempat.
Di sini, anda boleh lihat antaramuka aplikasi Pedagang FBS. Anda boleh lihat senarai aset. Jika anda klik pada mana-mana instrumen, anda akan nampak “ Beli” dan “Jual” di bahagian bawah dengan segera. Semuanya benar-benar intuitif dan boleh difahami.
Aplikasi seperti FBS Trader dan FBS Mobile Personal Area membolehkan anda memindahkan dana dari akaun bank anda ke akaun perdagangan anda dan sebaliknya, dengan lancar melalui telefon pintar anda.
Mereka yang menggunakan terminal komputer untuk berdagang berbuat demikian kerana ciri-ciri canggih seperti alat analisis carta. Kebanyakan aplikasi perdagangan mudah alih mempunyai bilangan alat bantuan pedagang yang lebih sedikit.
Walau bagaimanapun, platform perdagangan mudah alih juga terus berkembang dan memperkenalkan teknologi baharu yang dapat memberikan pengguna akses yang lebih kaya dengan ciri. Apabila peranti mudah alih bertambah baik, menyediakan alat bantuan yang lebih maju boleh dilakukan, walaupun pada telefon pintar.
Sebagai contoh, lihat gambar aplikasi mudah alih MT5. Di sini, kami telah menambahkan dua indikator: Purata Bergerak (MA) dengan tiga tempoh yang berbeza dan osilator Stochastic. Anda boleh menambah seberapa banyak indikator yang anda mahu, jadi analisis teknikal biasa anda boleh dilakukan dengan mudah dalam aplikasi ini.
Saiz skrin peranti yang lebih kecil juga merumitkan. Selain itu, walaupun platform mudah alih menawarkan alatan carta, ia mungkin tidak dapat membuka lebih dari satu carta pada skrin dalam satu-satu masa yang sama.
Di samping itu, sesetengah pengguna mungkin bimbang mengenai keselamatan. Walau bagaimanapun, ketakutan tersebut mungkin tidak berasas. Platform ini menggunakan protokol keselamatan yang sama seperti portal-portal web, termasuk kedai dalam talian.
Kebanyakan aplikasi menggunakan proses pengesahan dua langkah: pengguna mula-mula log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan sedia ada mereka, dan kemudian memasukkan PIN unik atau kata laluan sekali guna (one time password). Walau bagaimanapun, pengguna tidak wajar menyimpan kod keselamatan pada peranti mereka untuk mengelakkan ia daripada dicuri.
Akses yang sebegini mudah ada kelemahannya. Sesetengah pedagang mungkin tergoda untuk berdagang terlalu kerap. Ini boleh menyebabkan kerugian yang kerap dan jumlah yang dibayar untuk spread menjadi tinggi. Pedagang tidak wajar berdagang terlalu banyak hanya kerana mereka kini boleh mengakses pasaran dengan segera. Sentiasa patuhi strategi anda dan membuat analisis sebelum setiap berurusniaga!
Perlukah anda beralih ke telefon bimbit?
Kami telah menyenaraikan hujah-hujah kami, tetapi, sudah tentu, terpulang kepada anda apa yang hendak dipilih, kerana ia banyak bergantung pada gaya perdagangan anda. Walau bagaimanapun, mempunyai akses yang pantas ke pasaran sangat membantu apabila anda perlu membuat tindakan yang betul pada masa yang tepat.
Hari ini perdagangan Forex tersedia dan terbuka untuk sesiapa sahaja di hampir setiap pelusuk dunia. Malah negara-negara yang ketinggalan dari segi teknologi sekalipun mempunyai akses kepada pasaran perdagangan Forex dan pasaran ini terus berkembang. Perdagangan bukan satu-satunya perkara yang telah direvolusikan oleh telefon bimbit, telefon pintar telah mengubah cara dan gaya hidup manusia. Kebanyakan perkara kini boleh dilakukan dengan telefon pintar, dan keupayaan peranti ini semakin baik dari masa ke masa. Termasuklah dalam urusan berjual beli! Banyakkan berlatih dan anda akan mendapati berdagang melalui telefon pintar benar-benar mudah. Cari platform perdagangan mudah alih terbaik yang sesuai dengan gaya perdagangan anda.
Perdagangan bukan satu tugas yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak perhatian dan masa, tidak lupa juga strategi perdagangan yang menguntungkan.
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.