
Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
2023-01-24 • Dikemaskini
Kami sudah pun jelaskan kepada anda tentang kumpulan “"Pedagang Penyu" (“Turtle traders”).” yang membuat keputusan perdagangan mereka dengan mengikuti satu set peraturan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Dengan bantuan Richard Dennis dan William Eckhardt, mereka berjaya memperolehi sekitar 100 juta dolar dalam masa yang singkat. Kemudian, pengalaman mereka telah diadaptasi untuk pasaran yang berubah-ubah oleh seorang lagi pedagang niaga hadapan yang terkenal Linda Bradford Raschke. Beliau telah mencipta satu strategi baru yang efektif bernama "Sup Penyu" (Turtle Soup).
Strategi ini berkisar seputar pencarian penembusan palsu (false breakouts). Bila penembusan jangka pendek terjadi, keuntungan adalah minimum atau sifar. Bagaimana pun, jika anda berhadapan dengan breakout jangka sederhana atau jangka panjang, peluang anda untuk mencapai keuntungan yang tinggi agak cerah.
Rangkamasa: tidak kurang dari M15
Pasangan matawang: apa-apa sahaja
Mari kita kaji satu contoh. Di carta H4 AUD/USD, kami telah tandakan pengukuhan 20 tempoh. Titik tertinggi di sini terletak di 0.6645, manakala yang terendah pula di 0.6433. Penembusan palsu muncul pada 9 Mac dengan candlestick panjang jatuh melepasi julat. Kami telah letakkan pesanan "buy stop" kami di 0.6443, "renti rugi" di 0.6302, dan "ambilan untung" di 0.6620. Pesanan tersebut telah terlaksana dengan jayanya.
Untuk pesanan "jual", kita lakukan yang sebaliknya.
Mari kita pertimbangkan situasi di M15 USD/JPY. Titik tertinggi di sini terletak di 107.55, manakala yang terendah pula di 107.21. Selepas satu kenaikan mendadak pada 15 Jun, pasangan ini berjaya memecahkan rintangan julat. Kami telah meletakkan pesanan "sell stop" di 107.5. Renti rugi kami terletak di 107.6, manakala ambilan untung pula di 107.26.
Perlukah pesanan tertangguh (pending order) terpicu hanya dalam tempoh hayat kandil yang menyebabkan berlakunya penembusan? Menurut peraturan strategi Sup Penyu, itu perlu. Bagaimana pun terdapat juga strategi bernama "Sup Penyu + Satu" (Turtle Soup + One). Perbezaan utama di antara versi asal dan strategi yang diubah suai adalah pada masa kemasukan. Untuk strategi yang kedua ini, candlestic perlu tutup di luar julat selepas penembusan. Selepas itu, anda letakkan pesanan 5-10 pip di atas paras terendah 20 candlestick untuk pesanan "beli", atau di bawah paras tertinggi 20 candlestick untuk pesanan "jual".
Strategi "sup penyu" menunjukkan kepada kita bahawa peraturan yang mudah boleh membantu kita mencapai hasil yang efektif. Jadi, apa kata kalau anda cuba strategi ini?
Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.