Matawang Kripto Paling Stabil Yang Terbaik

Matawang Kripto Paling Stabil Yang Terbaik

2023-01-24 • Dikemaskini

Menurut coinmarketcap.com, terdapat lebih daripada 9250 matawang kripto yang berbeza. Dan itu hanya yang berdaftar. Koin-koin yang tersembunyi dari pandangan dianggarkan dua kali ganda lebih banyak bilangannya. Artikel yang menerangkan kesemua darinya akan mengambil masa setahun untuk dibaca dan itu tidak masuk akal kerana separuh daripada matawang kripto ini sudah tidak aktif. Namun di sini, kita mahu sebarkan pengetahuan ini. Oleh itu, kami mahu memperkenalkan kepada anda analisis kami tentang matawang kripto yang paling stabil yang boleh anda temui, masing-masing dengan pro dan kontranya. Selamat membaca!

Apa Itu Stablecoins?

Anda menggunakan matawang nasional anda untuk membayar barangan dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian anda. Walaupun begitu, kebanyakan negara menggunakan USD sebagai matawang “ rizab” sejagat, yang memudahkan pengiraan kos. Katakanlah, seseorang atau sesebuah negara ingin memasuki dunia matawang kripto. Dalam hal ini, ia memerlukan matawang digital (biasanya USD) atau mana-mana aset lain yang tidak mudah terjejas dengan kemeruapan tipikal pasaran kripto. Stablecoins menepati keperluan mereka yang mahu menyimpan wang mereka dalam bentuk kripto tetapi dengan risiko yang lebih rendah.

Stablecoins harus dicagarkan dengan suatu aset untuk ia boleh berfungsi secara normal. Lazimnya, ia matawang kripto yang dijamin oleh aset dunia sebenar, biasanya USD. Sebagai contoh, jika anda mempunyai $1000 dalam USDT (stablecoin yang dipanggil “Tether”), anda boleh menukar wang anda menjadi USD sebenar pada bila-bila masa yang anda mahu. Tether (syarikat yang mengeluarkan USDT) menyimpan dolar yang mencukupi di dalam akaunnya untuk membayar kepada orang ramai jika diperlukan.

Stablecoin-stablecoin jenis lain selalunya melibatkan pelbagai bentuk cagaran lain (memperuntukkan aset dunia sebenar untuk menjadi sandaran kripto). Antaranya adalah stablecoins yang berasaskan komoditi (emas Tether atau koin Palladium), disandarkan pada kripto (kripto lain diandalkan sebagai cagaran), dan matawang digital bank pusat (CBDC). Matawang digital bank pusat adalah suatu bentuk matawang yang dijamin oleh kerajaan, sama seperti wang kertas. Dalam artikel ini, kami akan memfokuskan pada stablecoin yang paling popular, yang disandarkan pada USD dan yang disandarkan pada matawang kripto.

Faedah-faedah Stablecoins

Pasaran matawang kripto adalah tempat yang berisiko dan malah kadang-kala berbahaya di mana anda mesti awas dengan semua risiko yang ada. Sebagai contoh, pada waktu-waktu di mana kemeruapan sedang tinggi, Bitcoin boleh bergerak 10-15% dalam sehari, dan altcoin (koin-koin kripto yang lain) boleh mengalami turun naik harga sebanyak 50% dalam kedua-dua arah. Dan di situlah peranan dan kelebihan stablecoins menyerlah. Berikut sebab-sebab mengapa stablecoins akan menjadi rakan baik anda dalam dunia kripto.

Keselamatan

Pengeluar-pengeluar stablecoin terbesar menawarkan tahap keselamatan yang tinggi kepada pemiliknya. Syarikat seperti Tether (USDT), Circle (USDC), dan Binance (BUSD) mempunyai rekod prestasi berbilang tahun dan telah membuktikan kemampanannya. Anda boleh yakini bahawa kripto anda akan kekal milik anda, dan anda boleh mengurupnya dengan wang dunia sebenar bila-bila yang anda mahu. Walau bagaimanapun, terdapat risiko yang besar dari segi ketelusan. Pengeluar Stablecoins sering melaburkan dana mereka dalam pelbagai aset, antaranya bon perbendaharaan AS yang sangat selamat atau ekuiti yang berisiko dan bon ekonomi-ekonomi yang sedang membangun. Sentiasa ada risiko dalam setiap aksi kewangan, dan stablecoins tidak terkecuali.

Kestabilan

Nama “stablecoin” menunjukkan bahawa harganya tidak rentan kepada kemeruapan yang melawan aset pendasar. Dalam kebanyakan kes, aset kedua dalam pasangan ini ialah USD. Oleh itu, stablecoins memberikan pengguna cara yang mudah untuk menyimpan matawang mereka di pasaran kripto dan mempunyai amaun cagaran yang sama.

Setiap hari anda boleh menukar USDT, BUSD, atau USDC anda ke USD tanpa batasan. Walaupun $1000 dalam Bitcoin boleh berubah nilainya menjadi $800 dalam satu hari dan $1200 pada hari yang seterusnya, $1000 dalam USDT selalu bersamaan dengan $1000 dalam USD. Ini bukanlah tempat yang indah untuk pedagang, kerana hampir mustahil untuk membuat wang dengan memperdagangkan stablecoins. Walau bagaimanapun, kestabilannya kritikal untuk kesinambungan kewujudan pasaran kripto: secara praktiknya, setiap pedagang memerlukan suatu tempat yang selamat untuk menyimpan wang mereka, dari semasa ke semasa. Sesetengah pedagang lebih gemar menyimpan sebahagian besar dana mereka dalam bentuk stablecoin ketika pasaran sedang bearish seperti yang kita hadapi sekarang (setakat November 2022).

Fi Yang Rendah

Selama hampir dua tahun, antara Januari 2021 dan Mei 2022, purata fi untuk transaksi yang dikenakan oleh rangkaian Ethereum ('gas fee') adalah kira-kira $40, dengan 1 Mei 2022 mencatatkan purata 'gas fee' harian tertinggi, iaitu sebanyak $196.63. Bagi semua pengguna kripto yang tidak mempunyai $100,000 di dalam akaun mereka, fi yang sebesar itu bermakna mereka perlu menjauhkan diri daripada bertransaksi sehingga kosnya mengecil semula.

Bagi USDT, BUSD, atau USDC, fi jarang-jarang lebih daripada $3-5. Setiap kali anda melihat fi transaksi yang tinggi untuk stablecoin, anda boleh menukar satu stablecoin dengan stablecoin yang lain atau memilih rangkaian yang berbeza untuk memindahkan dana. Ia agak mudah dan mengambil masa hanya beberapa minit, menawarkan anda fi transaksi yang rendah pada hampir setiap masa.

Senarai Mata Wang Kripto Paling Stabil pada tahun 2022

Kami akan memfokuskan pada stablecoins yang paling popular, mengulas tentang pro & kontra koin berkenaan, dan sejarah pendeknya. Kebanyakan koin dalam artikel ini bercagaran USD, dan sesetengahnya disandarkan dengan matawang kripto lain. Selepas anda selesai membaca artikel ini, tinjau tutorial perdagangan pasangan matawang kripto kami untuk mendalami topik ini.

Tether (USDT)

Stablecoin yang tertua dan paling terkenal di dunia, USDT, telah diwujudkan pada tahun 2014 dengan nama “Realcoin”. Pada mulanya, ia hanya beroperasi pada blockchain Bitcoin’s, dan dikemas kini kemudian untuk pengembangan selanjutnya di Ethereum, Tron, OMG, dan pelbagai blockchain lain.

USDT tertambat dengan harga USD. Tambatan kepada USD dicapai dengan pengadaan sejumlah kertas komersil, deposit fidusiari, wang tunai, nota repo rizab, dan bil perbendaharaan dalam rizab-rizab yang nilainya dalam USD setara dengan bilangan USDT dalam edaran.

Tether terdedah kepada pelbagai litigasi dari SEC AS. Walau bagaimanapun, ia berjaya mengelakkan sekatan yang teruk, menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pedagang dan pelabur. Setakat November 2022, permodalan pasaran USDT adalah sebanyak $69 bilion.

USD Coin (USDC)

USD Coin (USDC) adalah stablecoin yang ditambat kepada USD dengan nisbah 1:1. Setiap unit matawang kripto ini yang berada di dalam edaran disandarkan dengan $1 yang ada di dalam rizab, dalam bentuk campuran tunai dan bon Perbendaharaan AS jangka pendek. Centre Consortium, yang berada di belakang aset ini, mengatakan bahawa USDC dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dikawal selia.

Pedagang lebih menyukai stablecoin ini berbanding USDT kerana ia dikawal selia oleh kerajaan AS, menjadikan USDC sehampir yang mungkin dengan dolar digital. Sebaliknya, peraturan yang mendalam seperti itu membawa kepada sekatan ke atas pengguna yang bertindak mencurigakan (atau tampak seolah-olah bertindak sedemikian). Oleh itu, kami tidak boleh mengesyorkan USDC untuk pengguna yang tidak tinggal di AS dan tidak tertakluk kepada peraturan AS.

Setakat November 2022, permodalan pasaran USDC adalah sebanyak $42 bilion.

Binance USD (BUSD)

Yang terakhir dalam senarai kami bagi stablecoins yang terbesar ialah BUSD. Ia stablecoin yang bersandaran USD dengan nisbah 1:1, yang dikeluarkan oleh Binance (dengan kerjasama Paxos). Binance diluluskan dan dikawal selia oleh Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York (NYDFS).

Ekosistem BUSD telah berkembang secara eksponen dalam tempoh dua tahun lepas, daripada permodalan pasaran $1 bilion pada permulaan 2021 kepada lebih $22 bilion pada November 2022. Sekarang ia stablecoin yang ketiga terbesar dari segi permodalan pasaran, di belakang Tether dan USDC. Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan penggunaan seperti dompet, platform, dan servis-servis sokongan BUSD.

TerraUSD (UST)

Dulu UST adalah stablecoin yang disandarkan dengan matawang kripto LUNA. Walau bagaimanapun, apabila insiden kejatuhan LUNA berlaku pada tahun 2022, tambatan UST kepada USD dilepaskan dan nilainya jatuh dari $1 menjadi $0.006. Kemudian, ia berkembang kepada hampir $ 0.1 tetapi hilang kestabilannya. Kini pedagang menganggap UST sebagai satu lagi aset spekulatif yang tidak berbaloi dimiliki sebagai stablecoin.

Dai

Dai adalah satu-satunya stablecoin yang mempunyai permodalan pasaran lebih daripada $5 bilion yang tidak disandarkan dengan aset dunia sebenar seperti Bon Perbendaharaan AS atau wang tunai. Harga DAI ditambat secara longgar kepada USD dan bercagarkan campuran matawang kripto lain yang didepositkan ke dalam bentuk simpanan kontrak pintar setiap kali pasaran memerlukan penciptaan DAI baharu.

Tidak seperti UST (TerraUSD), DAI terlebih cagaran (over-collateralized), bermakna nilai peruntukan cagaran lebih daripada cukup untuk menampung kerugian sekiranya berlaku default. Dalam kes DAI, setiap syiling bernilai $1 dan diikat dengan cagaran kripto lain bernilai $1.5. Ini membantu mengekalkan kestabilan harga koin DAI, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin mendalami matawang digital dan memutuskan semua pertalian dengan dunia sebenar.

Soalan mengenai Stablecoins

Adakah Stablecoins Menguntungkan?

Ia bergantung pada senario yang anda pilih. Walaupun stablecoins tidak akan menghasilkan keuntungan untuk anda menerusi pemilikannya, anda boleh menagankan (stake) koin anda dalam kontrak pintar, memperoleh hasil tahunan 1-5% tanpa sebarang risiko yang ketara. Walau bagaimanapun, APY (annual percentage yield, hasil peratusan tahunan) cara ini lebih rendah berbanding CPI rasmi AS, yang bermaksud keputusan sebenar anda akan negatif.

Apakah Stable Coin Yang Terbaik?

Ia bergantung kepada matlamat stablecoin tersebut. BUSD dianggap sebagai yang paling selamat dan paling murah dari segi fi, manakala DAI tidak bercagarkan aset dunia sebenar, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk orang yang ingin memutuskan sebarang hubungan dengan dolar AS.

Apa itu Matawang Kripto Yang Stabil?

Biasanya, ia adalah matawang kripto yang disandarkan dengan cagaran berupa aset dunia sebenar seperti wang tunai atau bon Perbendaharaan AS yang bertujuan untuk menambat nilainya kepada USD atau aset lain. Matlamat utama stablecoin adalah untuk menyediakan untuk orang ramai suatu kripto yang stabil dan tidak rentan dengan kemeruapan.

Adakah Litecoin Suatu Stablecoin?

Walaupun Litecoin kadang-kadang boleh bergerak dengan perlahan, ia bukanlah stablecoin kerana harganya tidak ditambat dengan mana-mana aset. Sebagai contoh, dari September 2020 hingga Mei 2021, Litecoin melonjak lebih daripada 1000%, mencapai $400 per koin. Ketahui lebih lanjut mengenai cara berdagang kripto dalam blog kami.

Kesimpulan

Stablecoins adalah contoh hubungan yang mendalam antara matawang kripto dan dunia sebenar. Ia diwujudkan agar orang ramai berpeluang untuk menyimpan wang mereka dalam kripto tanpa risiko kehilangan dana akibat lonjakan kemeruapan. Walaupun stablecoins tidak menjana keuntungan, pemiliknya boleh menagannya mereka (can stake it), memberikan pendapatan yang kecil tetapi menyenangkan.

Dengan FBS, anda boleh memindahkan USDT ke akaun perdagangan kriptoanda dan membeli kripto menggunakannya. Perdagangan kripto tersedia untuk anda di setiap platform perdagangan yang kami tawarkan, termasuk MetaTrader 4, MetaTrader 5, dan FBS Trader.

Buka Akaun Kripto

Serupa

Pola Candlestick Hammer
Pola Candlestick Hammer

Ramai pedagang menggunakan pola candlestick Jepun untuk menganalisis harga sesuatu aset.

Pola Cup and Handle
Pola Cup and Handle

Pola harga Cup and Handle adalah setup carta teknikal yang menyerupai bentuk cawan yang bertangkai.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera