Dagangkan indeks-indeks pasaran saham yang paling popular

Dagangkan indeks-indeks pasaran saham yang paling popular

2023-01-26 • Dikemaskini

Indeks adalah instrumen perdagangan yang amat penting. Indeks punyai banyak kelebihan. Justeru, setiap pedagang harus tahu mengenainya. Di dalam artikel ini, kita akan meninjau tiga indeks Amerika yang paling penting dan kelebihan-kelebihan mereka. Jom kita kaji.

Indeks-indeks saham paling utama

Indeks Standard & Poor 500 - S&P 500 - ialah salah satu dari indeks Amerika yang sering dipetik kerana ia mewakili prestasi 500 syarikat senarai awam terbesar di AS. Namun begitu, jika anda periksa senarainya, anda akan temui 505 simbol kerana beberapa syarikat mempunyai dua kelas saham. Sebagai contoh, Facebook. Permodalan pasaran S&P adalah 70% hingga 80% dari total pasaran saham AS. Tambahan lagi, indeks ini meliputi semua industri di AS.S&P 500 mengambil kira pelbagai faktor berkenaan satu-satu syarikat seperti saiz pasaran, kecairan, dan kumpulan industri sebelum menerima mereka. Indeks ini memberikan pemberat yang lebih kepada syarikat yang lebih besar, bukan yang lebih mahal. Permodalan pasaran satu-satu syarikat haruslah sekurang-kurangnya hampir $6 bilion. Sekali setiap suku tahun, saham-saham ditambah atau dipadam bila perubahan berubah, syarikat berkembang (atau mengecut), dan bergabung.

S&P 500 dikira dengan mengambil jumlah permodalan pasaran bagi semua 505 saham dan kemudian membahagikannya dengan suatu indikator indeks. Indeks ini hanya mengambil kira saham-saham yang terbuka untuk didagangkan secara awam.

Indeks Komposit Nasdaq adalah indeks saham lebih dari 3,300 syarikat yang disenaraikan di bursa saham Nasdaq. Tidak seperti S&P 500, senarai syarikat ini tidak dihadkan kepada syarikat yang mempunyai ibu pejabat di AS sahaja.Untuk masuk ke senarai ini, suatu sekuriti itu haruslah disenaraikan secara esklusif hanya di Bursa Saham Nasdaq (hanya jika ia telah disenaraikan di pasaran AS lain secara selari sebelum 1 Januari 2004 dan telah terus-menerus mengekalkan penyeneraian seperti yang tersebut). Ada juga kekangan lain berkenaan jenis sekuriti. Hanya resit pemegang simpanan Amerika (American depositary receipts, ADR), saham biasa, kepentingan perkongsian terhad, amanah pelaburan hartanah (REIT), saham kepentingan benefisial (SBI), dan "tracking stocks" boleh dimasukkan ke dalam indeks. Sebaik selepas suatu sekuriti tidak lagi menepati kriteria, ia dikeluarkan dair indeks ini.

Indeks ini dikira dengan mendarabkan nilai total saham dengan harga terakhir setiap saham. Amaun ini dibahagi dengan satu angka pembahagi indeks. Indeks ini dikira sepanjang hari perdagangan dengan nilai muktamad yang telah disahkan pada 4:16 p.m.

Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) adalah purata berpemberat harga 30 saham Amerika Utara dari pelbagai industri yang didagangkan di Bursa Saham New York dan NASDAQ. Ia adalah indeks pasaran Amerika yang kedua tertua. Sejak dari dahulu lagi, prestasi indeks ini menjadi ukuran kekukuhan ekonomi Amerika.Sewaktu ia mula-mula dilancarkan, indeks ini menampilkan 12 saham yang hampir semuanya industrial. Kini, indeks ini meliputi hanya syarikat-syarikat yang menunjukkan pertumbuhan yang signifikan dan kapasiti pelaburan. Jadi senarai sahamnya tidak malar, syarikat-syarikat di tambah dan dikeluarkan berdasarkan beberapa kriteria yang tidak kuantitatif. Sebaik selepas suatu syarikat mengatasi kemelut kewangan, ia dikeluarkan. Pada masa yang sama, indeks ini tidak memasukkan pengangkutan dan utiliti, ia berada di bawah Dow Jones Transportation Average (DJTA) dan Dow Jones Utilities Average (DJUA).

Indeks ini menggunakan metodologi pemberat harga yang memberikan saham yang lebih mahal pemberat yang lebih besar. DJIA dikira dengan menjumlahkan harga-harga saham komponen dan membahagikan mereka dengan suatu pembahagi. Indeks Dow Jones menunjukkan nilai purata saham bagi saham-saham modal yang dipilih untuk pengiraan pada masa di mana komposisi indikator tersebut diluluskan.

Ramalan harga indeks saham

Sekarang mari kita maju ke bahagian yang paling penting untuk mana-mana pelabur. Walaupun indeks-indeks berbeza bilangan syarikat dan cara pengiraan mereka, ada senarai peraturan yang anda boleh gunakan untuk meramalkan arah gerakannya.

1. Semak senarai. Indeks terdiri dari sekian bilangan sekuriti. Setiap dari sekuriti tersebut mempunyai kekuatannya sendiri. Bila dijumlahkan, ia membentuk kekuatan seluruh indeks. Harga saham-saham yang membentuk indeks, boleh berubah akibat dari permodalan pasaran, penggabungan dan pengambilailhan. Ia boleh menjurus kepada bukan sahaja perubahan kekuatan indeks tetapi juga kepada perubahan senarai saham.

2. Waspada dengan industri. Selepas anda mengetahui apakah saham-saham ayng akan memberi kesan kepada arah gerakan indeks, adalah penting untuk menentukan industri yang terlibat. Anda harus tahu bahawa komponen-komponen indeks bukan sahaja mempunyai impak terhadap arah pergerakannya tetapi juga situasi di bidang industri mereka.

3. Semak korelasi di antara matawang domestik dan indeks. Dalam kebanyakan kes, anda akan temui ada yang positif di antara mereka.

4. Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, anda harus ingat bahawa biasanya indeks-indeks mencerminkan kekuatan ekonomi. Tambahan pula, mereka dipengaruhi oleh sentimen pasaran. Dalam waktu-waktu ketidaktentuan, indeks-indeks sepatutnya melemah manakala data ekonomi yang positif akan melonjakkan mereka ke atas. 

Kelebihan perdagangan indeks

  • Bila berdagang dengan indeks, anda tidak perlu pening memilih saham yang mana mahu didagangkan.
  • Indeks adalah instrumen lindung nilai yang akan mempelbagaikan risiko pergerakan yang tidak dapat dijangka. Saham-saham sensitif kepada sentimen pasaran. Justeru, apa-apa berita mampu mencetus kemeruwapan yang tinggi.
  • Indeks instrumen yang lebih stabil dari saham.

Kesimpulannya, indeks salah satu instrumen perdagangan yang paling andal. Mereka berbeza dari segi bilangan saham, industri, kaedah pengiraan. Jika anda mahu berjaya dalam perdagangan indeks, ikuti peraturan mudah yang anda pelajari di dalam artikel ini.

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera