Berdagang: cepat dan lambat

Berdagang: cepat dan lambat

2023-01-25 • Dikemaskini

p>Sudah berapa kali anda membuat keputusan tanpa perlu berfikir langsung? Akui sahaja – sudah terlalu banyak kali. Di antara semua keputusan tersebut, mungkin ada beberapa yang menimbulkan kekesalan. Di satu sisi lain, pemikiran yang analitikal yang mendalam memerlukan lebih banyak masa tetapi membantu anda memahami tugasan yang lebih rumit. Perbezaan di antara proses membuat keputusan yang intuitif dan analitikal adalah topik utama "Thinking, Fast and Slow", buku yang ditulis oleh ahli ekonomi terkenal dan pemenang hadiah Nobel, Daniel Kahneman. Buku ini menjelaskan bagaimana orang membuat keputusan mereka dan mengapa kesilapan berlaku di dalam proses ini. Di dalam artikel ini, kami akan cuba mengaplikasikan beberapa mutiara berharga dari buku ini ke dalam aktiviti berdagang.

Dua sistem pemikiran

Infographic-01.jpg

Menurut buku ini, kita mempunyai dua sistem pemikiran – Sistem 1 dan Sistem 2. Sistem 1 bersifat automatik dan anda menggunakannya serta-merta. Ini cara otak anda berfungsi: ia melihat suatu masalah, membandingkan dengan pengalaman di masa lalu, dan menawarkan anda satu penyelesaian. Dalam beberapa situasi kehidupan harian, keputusan diperolehi dalam hanya sekelip mata sahaja. Sebagai contoh, berapa lamakah yang anda perlukan untuk memahami bahawa bau yang anda cerap datang dari donut kegemaran anda? Kami rasa, hanya beberapa saat sahaja. Sistem 2 pula memerlukan analisis yang lebih rumit. Di sini, anda perlu gunakan kemahiran, pengetahuan, dan pemprosesan yang lebih mendalam oleh otak anda.

Mari kita lihat bagaimana dua sistem ini berfungsi di dalam perdagangan. Sebagai contoh, apakah yang difikirkan oleh seorang pedagang bila beliau membaca berita di gambar di bawah?

3333.png

Fikiran pertama yang muncul di minda mana-mana pedagang adalah "Sudah tiba masa untuk membeli aset-aset berisiko!"; Minda anda menyenaraikan setiap aset berisiko yang anda ketahui (termasuk saham, komoditi, matawang, indeks, dsb.)

Namun, apa yang harus anda beli untuk mengelakkan kesilapan? Untuk menjawab soalan ini, Sistem 2 menjadi aktif, dan anda mulai menganalisa aset yang manakah yang berbaloi didagangkan pada masa tersebut. Anda mencari pengesahan, seperti pola candlestick, pola carta, dan aras-aras penting. Hanya selepas satu analisis menyeluruh yang diproses menerusi Sistem 2 baharulah anda membuat keputusan anda.

Simplifikasi berdasarkan Sistem 1

Walaupun Sistem 1 biasanya tepat, ada beberapa situasi di mana ia mempunyai kekurangan. Malahan, Sistem 1 adakalanya mencari jawapan mudah untuk soalan yang dipertanyakan.

Sebagai contoh, selepas mendengarkan tentang rally bullish di pasaran, anda mungkin terus melompat masuk berdagang tanpa berfikir panjang, diikuti oleh emosi dan takut terlepas. Namun, biar pun anda melihat kejayaan sudah di hadapan mata, pasaran menyongsang arah. Ini terjadi kerana anda telah mengabaikan signal penting yang mengisyaratkan trend akan berubah.

WYSIATI: "What you see is all there is"

Infographic-02.jpg

Satu lagi aspek menarik yang ditekankan oleh En. Kahneman adalah apa yang dipanggil sebagai WYSIATI – "what you see is all there is" (apa yang anda lihat itulah yang ada). Frasa ini mencerminkan satu femonena di mana kesimpulan dibuat berdasarkan maklumat yang terhad. Kesan dari WYSIATI, pedagang berpotensi membuat kesimpulan yang tersasar tentang pasaran berdasarkan maklumat yang terhad. Justeru dari keautomatikan Sistem 1, minda kita mengenal pasti beberapa kaitan yang tampak seperti wujud di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku. Selepas itu, tanggapan atau penilaian yang dibentuk disahkan oleh Sistem 2.

Kesan dari WYSIATI, kesilapan-kesilapan berikut sering berlaku.

  • Hukum alam tentang nombor kecil Adakalanya, apa yang diperlukan oleh seorang pedagang untuk membuat kesimpulan hanyalah melihat pada hasil dari sampel yang kecil (cth. 3 orang). Sebagai contoh, anda terbaca tajuk berita "Menurut para penganalisis, kemelesetan akan tiba". Anda membuat kesimpulan segera bahawa kemelesetan akan tiba tidak lama lagi, walaupun ia hanyalah pendapat tiga orang wartawan yang tidak ada kena mengena dengan ekonomi. Anda akan tahu perkara ini jika anda buka artikel tersebut dan berikan perhatian kepada teks penuh, tetapi anda terlalu sibuk panik dan mengeluarkan dana anda. Justeru, untuk mengelakkan kesilapan ini, anda perlu menyemak fakta pada setiap masa. Anda disyorkan untuk membaca berita dan analitik dengan cermat dan pastikan ia dari sumber yang dipercayai.
  • Hubungan antara kebetulan yang rawak dan asbab. Ini kesilapan yang kami pasti anda sering hadapi di dalam praktis perdagangan anda, wahai penganalisis teknikal yang kami hormati.

111.png

Masih ingat aras sokongan atau rintangan yang anda anggap terlalu kuat untuk dibolosi ketika anda menjangkakan lantunan harga? Tiba-tiba, aras tersebut bolos, dan anda hilang kepercayaan anda terhadap statistik. Kahneman menulis, "banyak fakta di dunia ini lahir dari kebetulan, termasuk kesilapan dalam pensampelan". Jadi, anda harus sentiasa melihat gambaran yang lebih luas dan memahami apa yang sedang berlaku di pasaran, apakah peristiwa yang sedang berlaku sekarang dan menjejak sentimen risiko. Untuk membaca lebih lanjut mengenainya, semak kalendar ekonomi dan artikel tips untuk memahami sentimen risiko kami.

  • Falasi naratif. Orang sering mencipta penjelasan yang herot tentang peristiwa lalu. Masih ingat tentang kisah tipikal pedagang yang berjaya? Bila anda membacanya, anda mungkin berfikir: "Wah, bakat berdagang beliau luar biasa!" Apa yang tiada di minda anda adalah latar belakang kisah tersebut, yang menyaksikan banyak kejadian kebetulan, kerugian, dan hingar-bingar lain yang diabaikan oleh penulis tentang kes tersebut. Jika anda tidak biasa dengan falasi naratif, anda mula percaya bahawa narator itu seorang "otai perdagangan", "pakar yang berjaya", dsb. Inilah sebabnya kami mencadangkan agar anda mendapatkan inspirasi dari kisah-kisah ini, tetapi ingatlah juga bahawa kita semua manusia biasa. Buku tersebut tidak boleh menjadikan anda seorang pedagang, tetapi mungkin anda akan terilham untuk melakar kisah kejayaan yang lebih baik?
  • Terlebih yakin. Kesilapan pedagang yang ini sering berlaku. Ia juga berkait dengan tidak mengetahui latarbelakang. Bayangkan anda seorang pedagang novis yang baru belajar tentang senggang (gaps). Beberapa siaran rawak di Facebook menyebut bahawa kebanyakan senggang mestilah ditutup.

Anda buka carta S&P500, tunggu untuk senggang, dan buka pesanan jual. Anda terlupa bahawa ada beberapa jenis senggang yang berbeza, termasuk senggang penerusan dan senggang biasa. Fakta terkenal tentang senggang yang tertutup berkaitan dengan senggang biasa, manakala senggang penerusan terjadi sewaktu uptrend/downtrend yang kuat. Sewaktu anda dagangkan S&P500 yang bergerak dengan uptrend, anda berhadapan dengan senggang penerusan dan kerugian wang anda. Jadi kami cadangkan anda biasakan diri dengan semua fakta yang mungkin sebelum masuk berdagang.

44553.png

Untuk merangkumkan artikel berasaskan kajian En. Kahneman ini, mari kita ingati lima tips penting untuk mengelakkan dari terjerat oleh Sistem 1.

  1. Sentiasa cari pengesahan;
  2. Jangan buat kesimpulan berdasarkan data yang terhad;
  3. Ketahu bahawa semua kisah tentang "master" direka untuk membuatkan anda percaya bahawa mereka itu hebat-hebat..
  4. Walaupun anda menemui signal perdagangan yang baik dari orang lain – cuba anda jelaskan mengapa anda letakkan pesanan anda di sini, bukan 100 pip di atas atau di bawah.
  5. Cuba kaji fakta yang anda tahu dengan lebih mendalam. Belajar semua petanda-petanda penyongsangan arah dan jangan tertipu dengan otak anda sendiri.

CUBA MEREKA SECARA PRAKTIKAL

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera