Kadar Pengangguran dan Daftar Gaji Bukan Perladangan. Mengapakah Ini Sangat Penting Untuk Pasaran

Kadar Pengangguran dan Daftar Gaji Bukan Perladangan. Mengapakah Ini Sangat Penting Untuk Pasaran

2023-09-07 • Dikemaskini

Setiap bulan pada hari Jumaat pertama bulan yang baharu, Jabatan Buruh AS mengeluarkan data tentang kadar pekerjaan dan bilangan orang yang bekerja dalam sektor-sektor ekonomi bukan pertanian. Mengapakah ini begitu penting?

Pertama, pengangguran yang tinggi membawa kepada ketegangan sosial, yang akhirnya membawa kepada pergolakan dan rampasan kuasa dengan cara yang ganas. Pengangguran yang tinggi memudahkan pelbagai ahli politik radikal naik ke tampuk kuasa.

Kedua, ia adalah kesan pengangguran ke atas pengeluaran dan, seterusnya, ke atas pertumbuhan ekonomi (pertumbuhan KDNK).

Ketiga, pengangguran mengurangkan aliran cukai ke dalam belanjawan dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan, termasuk, sebagai contoh, manfaat-manfaat pengangguran dan pembayaran-pembayaran kewajipan sosial.

Di Amerika Syarikat, kadar pengangguran dikira bersama jumlah orang yang bekerja dalam daftar gaji bukan perladangan. Artikel ini akan membincangkan bagaimana pengiraan ini dilakukan dan apa yang anda perlu cari untuk menganalisis kadar pengangguran.

Kadar pengangguran di AS

Kadar pengangguran dikira melalui tinjauan terhadap kira-kira 60,000 keluarga oleh Kementerian Buruh. Pekerja-pekerja pertanian dan bukan pertanian ditemu bual. Pengiraan kemudian dibuat menggunakan formula mudah berikut:

1080_1350 px_The Unemployment rate.png

Pakar-pakar ekonomi bersetuju bahawa kadar pengangguran biasa ialah 4-5%. Seperti yang dapat dilihat, di Amerika Syarikat, sejak berakhirnya krisis gadai janji, kadar pengangguran terus menurun dan mencapai paras terendah dalam sejarah pada Februari 2023 (3.4%).

1 (1).png

Di sini kita harus ingat bahawa Jabatan Buruh AS hanya mengambil kira orang yang aktif mencari pekerjaan sebagai penganggur. Orang yang tidak boleh mengubah situasi mereka tidak dikira dalam kadar pengangguran.

Daftar Gaji Bukan Perladangan

Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP) juga dikira melalui tinjauan. Tapi, kali ini, 440,000 syarikat dengan lebih daripada 50 juta pekerja ditinjau. Jadi, seberapa besar pertambahan atau penurunan bilangan orang yang digajikan di syarikat-syarikat?

Berapakah kadar NFP yang dianggap "normal"? Sudah tentu, kriteria umum adalah seperti berikut - lebih banyak lebih baik. Lebih ramai pekerja bermakna pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, dan ini selalunya membawa kepada inflasi yang lebih tinggi. Tetapi tentang itu, kami akan kupas pada masa yang lain. Menurut pelbagai anggaran oleh pakar-pakar ekonomi, dengan pertumbuhan normal ekonomi Amerika (3-4% setahun), bilangan pekerjaan yang dicipta hendaklah sekurang-kurangnya 150,000 sebulan.

Jika anda memberi perhatian kepada angka NFP, anda dapat melihat betapa teruknya angka pekerjaan terjejas pada tahun-tahun krisis (angka tersebut negatif).

2.png

Apakah lagi yang diterbitkan bersama dengan kadar pengangguran dan NFP?

Ekonomi AS sangat kompleks dan "kaya" dengan pelbagai statistik. Bersama dengan kadar pengangguran dan daftar gaji bukan perladangan, beberapa indikator lain juga wajar diberi perhatian.

Selain daripada pengiraan indikator NFP yang berbeza untuk kumpulan lain (cth., NFP untuk pekerja kerajaan dan NFP untuk sektor swasta), indikator yang paling relevan ialah purata pendapatan per jam, purata minggu kerja dan peratusan penduduk yang aktif dari segi ekonomi.

Pertumbuhan purata pendapatan per jam membawa kepada peningkatan perbelanjaan pengguna, yang meningkatkan penggunaan dan, justeru itu pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, indikator ini boleh memberi kesan yang ketara kepada keadaan pasaran.

Minggu Kerja Purata, seperti namanya, mengukur purata jam pekerja bekerja dalam seminggu. Peningkatan dalam purata minggu kerja dianggap sebagai indikator pertumbuhan ekonomi, manakala penurunan berkemungkinan membawa kepada pembuangan pekerja korporat.

Bahagian penduduk yang aktif dari segi ekonomi menunjukkan bilangan orang yang mempunyai atau ingin mempunyai sumber pendapatan. Malah, mereka ini adalah orang-orang yang berumur antara kira-kira 15 dan 70 tahun, yang mungkin bekerja dan menganggur. Akibatnya, pertumbuhan penduduk yang aktif dari segi ekonomi sudah tentunya baik untuk ekonomi.

Apakah yang perlu saya cari untuk menentukan keandalan NFP dan ramalan kadar pengangguran?

Tentu sekali, sebelum Kadar Pengangguran dan Daftar Gaji Bukan Perladangan dikeluarkan, satu blok statistik pengangguran dikeluarkan di AS, yang mempengaruhi ramalan konsensus. Artikel ini akan menerangkan perkara yang perlu kita perhatikan untuk memahami sama ada ramalan konsensus adalah munasabah.

Bilangan tuntutan pengangguran awal dan bilangan tuntutan pengangguran sekunder (dikeluarkan setiap Khamis; data dikumpul setiap minggu)

Anggaran: semakin tinggi jumlah permohonan untuk manfaat pengangguran, semakin teruk situasi pekerjaan. Akibatnya, jika jumlah permohonan bulanan meningkat, kita tidak sepatutnya mengharapkan kadar pengangguran yang positif.

Challenger, Gray&Christmas Job cuts

Anggaran: lebih ramai yang dibuang kerja, lebih tinggi kadar pengangguran. Hubungannya agak ketara. Tapi malangnya, adalah sukar untuk menilai berapakah angka yang "normal" untuk bilangan orang yang dibuang kerja dan berapa pula yang dianggap "lebih dari normal". Kami cadangkan untuk memerhatikan indikator "lonjakan" ("surge"). Sekiranya ada sejumlah besar lebihan pekerja, kita boleh mengatakan bahawa kadar pengangguran tidak mungkin turun.

Indeks Pekerjaan Lembaga Persidangan (Conference Board Job Index)

Anggaran: semakin tinggi indeks pengumuman pekerjaan, semakin rendah kadar pengangguran. Mengesan indikator dalam dinamik tampak seperti suatu yang logik. Hakikatnya, pertumbuhan kadar kerja kosong tidak tercermin pada kadar pengangguran secara serta-merta. Prosedur temu duga dan pengambilan pekerja mengambil sedikit masa (satu atau dua bulan).

Daftar Gaji Bukan Perladangan ADP

Anggaran: ini adalah salah satu indikator yang paling kontroversi, yang menimbulkan banyak persoalan. Sebelum angka daftar gaji bukan perladangan dikeluarkan, satu penilaian awal daripada Automatic Data Processing Inc. (ADP) dikeluarkan sehari sebelum penerbitan (Rabu). Laporan itu dihasilkan dengan menilai kira-kira 340,000 syarikat dan 21 juta pekerja. Malangnya, data daripada laporan ADP dan Jabatan Buruh AS selalunya tidak sepadan.

Kesimpulan

Mengetahui cara meramalkan nombor Daftar Gaji Bukan Perladangan akan memberi anda alat yang ampuh dalam analisis pasaran anda.

Cuba berdagang sempena penerbitan Daftar Gaji Bukan Perladangan dengan FBS.

Cuba kemahiran perdagangan anda

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera