Berdagang dengan sistem breakout kemeruapan

Berdagang dengan sistem breakout kemeruapan

2023-01-25 • Dikemaskini

Kadang kala harga di pasaran naik dan turun dengan mendadak, dan kadang kala pasaran tenang. Sesetengah daripada pakar menyamakan pasaran dengan laut. Apabila laut tenang, tiada ombak kelihatan. Namun, jika ribut melanda, ombak boleh mencecah sehingga beberapa meter.

Apakah itu kemeruapan?

Kemeruapan mencerminkan momentum dalam pasaran. Pasaran yang sangat meruap akan memperlihatkan banyak pergerakan. Seorang pedagang dengan mudah boleh membezakan detik kemeruapan pasaran yang tinggi dengan melihat pada carta. Jika terdapat naik turun harga yang besar, ia adalah kemeruapan pasaran. Sebaliknya, kemeruapan adalah rendah sekiranya harga diurusniaga di dalam julat dengan swing yang minimum. 

Salah satu cara untuk mengukur kemeruapan aset ialah dengan mengira pergerakan harian (peratusan pergerakan harian). Sejarah kemeruapan adalah berdasarkan sejarah harga dan ia mewakili tahap kebolehubahan dalam pulangan. 

Setiap pasaran mengalamai kemeruapan yang tidak menentu. Sebagai contoh, kita boleh lihat perbezaan pergerakan harga pada tempoh yang berlainan pada carta di bawah. Kadang kala ia membuat pergerakan yang signifikan. Pada masa lain semasa kemeruapan rendah, harga diurusniaga dalam julat yang kecil. 

Dengan melihat carta, para pedagang boleh melihat waktu satu instrumen itu mengalami tempoh kemeruapan yang tinggi dan rendah. Ia mewujudkan peluang untuk pedagang tersebut menggunakan kaedah breakout kemeruapan.

Perdagangan breakout kemeruapan menggunakan sokongan & rintangan

Matlamat utama untuk seorang pedagang yang menggunakan strategi breakout kemeruapan ialah mengenalpasti waktu kemeruapan meningkat. Pedagang perlu mengenalpasti waktu apabila pasaran bertukar daripada mod ranging kepada trending. Para pedagang boleh menggunakan sistem ini pada mana-mana rangka masa dan pada semua jenis pasaran. Terdapat pelbagai kaedah, perkakas-perkakas berguna, dan indikator-indikator. 

moment-of-rising-volatility 1.png

Carta di atas menunjukkan satu contoh jenis perdagangan breakout kemeruapan yang paling asas. Kita boleh lihat bahawa harga permulaan adalah trending dengan lebih tinggi dengan kemeruapan yang tinggi dalam pasaran. Namun, pada pertengahan carta, ia menurun dan berada dalam julat oleh kerana kemeruapan menurun.

volatility-dried-up 2.png

Apabila pedagang melihat harga yang perlahan seperti ini, beliau boleh terus melukis garisan sokongan dan rintangan, dan menanda swing tertinggi dan terendah semasa pasaran reda. Selepas itu, pedagang tersebut perlu memerhatikan pasaran, menunggu breakout pada julat ini, dan mengikuti trend. 

Perdagangan breakout kemeruapan dengan trend

Perlu diingatkan bahawa sistem breakout kemeruapan berfungsi dengan lebih baik ketika penyambungan trend berlaku. Dalam gambar di bawah, harga sedang trending menaik sebelum julat bermula. Sekiranya harga menembusi garisan rintangan, pedagang akan memasuki pasaran. Sekiranya harga menembusi bawah julat, ini akan menjadi perdagangan berlawanan trend dan ia tidak disukai oleh pedagang yang berdagang menggunakan sistem ini.

Sistem ini sangat mudah dan tidak rumit kerana ia hanya bergantung kepada kebolehan seorang pedagang untuk melukis garisan-garisan sokongan dan rintangan. Pedagang boleh menetapkan pesanan harga tertangguh di atas aras rintangan bagi bersedia untuk breakout kemeruapan sekiranya ia tidak kelihatan pada carta. Pesanan tersebut dipanggil ‘Buy Stop’.

Dalam senario ini, pedagang membuka urusniaga beli hanya selepas harga tersebut menembusi aras rintangan. Untuk pengurusan risiko, mereka perlu meletakkan pesanan Renti Rugi di bawah garisan sokongan julat tersebut. Dalam kes ini, sasaran perlulah sekurang-kurangnya dua kali keuntungan daripada risiko yang telah ditetapkan. Kaedah ini akan membantu pedagang untuk mencapai nisbah perdagangan risiko-ganjaran yang positif.

Perdagangan breakout kemeruapan dengan indikator

Ramai pedagang menambah baik strategi ini dengan indikator teknikal, yang mana sangat berguna untuk perdagangan pertambahan kemeruapan. Bollinger Bands merupakan salah satu indikator paling popular yang digunakan bagi tujuan tersebut.

Bollinger Bands adalah indikator teknikal yang digunakan untuk mengukur kemeruapan dan arah trend. Indikator tersebut terdiri daripada purata bergerak 20 tempoh (garisan di tengah jalur) dan jalur atas dan bawah yang menandakan dua sisihan piawai yang lebih dan kurang daripada purata. Kegunaan indikator ini adalah untuk mengukur kemeruapan dalam pasaran dan mengenalpasti trend. Julat yang besar di antara jalur memberikan petunjuk kemeruapan pasaran yang tinggi. Sebaliknya, jalur yang sempit bermaksud kemeruapan berkurangan dan pasaran diurusniaga di dalam julat. Selain dari itu, arah BB tersebut akan membantu para pedagang menentukan samada ia trend menaik atau menurun.

chart-spots-with-high-volatility 3.png

Carta di atas menunjukkan betapa bergunanya indikator ini. Pertama, ia menunjukkan trend. Selain itu, indikator tersebut menunjukkan tempat pada carta dengan kemeruapan yang tinggi, dan juga tepat dimana harga membuat pengukuhan. 

Indikator BB menguncup apabila harga berhenti seketika dan mengukuh sejak pasaran kehilangan kemeruapan. Namun, sebaik sahaja harga menembusi jalur atas, kemeruapan kembali dan ia menunjukkan trend bullish bersambung.

Menurut strategi ini, pedagang perlu melakukan urusniaga sebaik sahaja harga menembusi bahagian atas jalur. Dalam kes ini, perlu diingatkan bahawa Renti Rugi perlu diletakkan di bawah sempadan bawah jalur.

Terdapat dua pilihan untuk mengurus dagangan ini. Pertama, anda boleh mengikut sahaja tetapan sebelum ini dan tetapkan pesanan Ambilan Untung dua kali ganda daripada risiko, iaitu Renti Rugi. Selain dari itu, anda boleh gunakan indikator Bollinger Bands untuk mengurus dagangan ini.

Seperti yang anda tahu, garisan tengah indikator Bollinger Bands adalah purata bergerak. Justeru, para pedagang boleh mengurus dagangan ini menggunakan kaedah yang sama apabila berdagang dengan menggunakan purata bergerak: biarkan urusniaga terbuka sehingga ia menyentuh purata bergerak kerana ia menandakan bahawa trend sudah kehilangan momentum. 

Pendekatan lain menggunakan Bollinger Bands, ialah pedagang mengekalkan urusniaga terbuka sehingga harga menyentuh jalur bawah. Harga akan turun ke bawah dan menyentuh bawah Bollinger Bands. Ini bermakna harga sama ada menetap dalam julat yang lain dan pedagang boleh mengambil untung dan menunggu peluang lain untuk membuka posisi beli, atau harga berpotensi menyongsang.

Kesimpulan

Strategi breakout kemeruapan adalah salah satu strategi perdagangn yang mempunyai kadar keuntungan yang tinggi. Ia boleh digunakan pada semua jenis pasaran dan rangka masa. Selain itu, ia sangat mudah untuk dipelajari dan digunakan, kerana ia hanya memerlukan ilmu berkenaan paras sokongan dan rintangan, dan mengenalpasti trend. Strategi ini sangat sesuai newbie dan pedagang berpengalaman kerana ia kebolehubahannya dan kebarangkalian peningkatan tanpa had. 

Serupa

Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze
Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze

Anda masih ingat pertumbuhan saham Tesla pada tahun 2020? Atau bagaimana GameStop melambung 10 kali ganda dalam beberapa minggu? Ini bukan "pertumbuhan organik" atau manipulasi pasaran. Peristiwa seperti ini dipanggil "Short Squeeze" dan saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk mencari dan meraih wang dengannya!

Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku
Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku

Walaupun indikator Ichimoku mungkin kelihatan aneh di mata pedagang baru, ia boleh digunakan untuk strategi perdagangan yang sangat baik. Berminat? Baca artikel kami!

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera