Apakah Itu Kitaran Pasaran Dan Bagaimana Pedagang Memanfaatkannya?

Apakah Itu Kitaran Pasaran Dan Bagaimana Pedagang Memanfaatkannya?

2023-01-26 • Dikemaskini

Di pasaran kewangan, tempoh antara kemerosotan dan pertumbuhan silih berganti. Ia terkait bukan sahaja dengan ekonomi, tetapi juga dengan psikologi para pelabur. Ramai pelabur cuba hendak menganalisis kitaran pasaran untuk menjana lebih banyak keuntungan. Mari kita tinjau apakah ia.

Apakah itu kitaran pasaran?

Kitaran pasaran ialah pola atau trend yang cenderung terbentuk dari semasa ke semasa di pelbagai pasaran. Ia adalah tempoh masa antara dua titik harga minimum atau maksimum. Biasanya, kitaran pasaran baharu muncul apabila trend terbentuk di sektor atau industri tertentu disebabkan oleh sejenis inovasi, produk baharu atau perubahan peraturan kawal selia.

Tempoh kitaran pasaran boleh berbeza-beza. dari beberapa minit hingga beberapa tahun, bergantung pada pasaran. Terdapat pelbagai aspek kitaran: contohnya, pedagang intrahari fokus pada selang masa 15-60 minit, manakala pelabur hartanah menganalisis tempoh sehingga 20 tahun.

Memahami Kitaran Pasaran

Kitaran di dalam pasaran wujud terutamanya kerana terdapat kitaran dalam ekonomi.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sebab-sebab lain. Kitaran ekonomi mempengaruhi bukan sahaja kebolehuntungan syarikat, tetapi juga psikologi mindset pelabur. Mereka jarang berpendirian rasional dan stabil. Dan apabila pasaran meningkat, pelabur optimis dan bersedia untuk mengambil risiko. Mereka membeli saham, dan harga naik. Walau bagaimanapun, mood tersebut boleh berubah dan kemudian pelabur mula menjual dan harga sekuriti pun jatuh.

Fasa-fasa Kitaran Pasaran

Terdapat empat fasa dalam setiap kitaran pasaran:

Phases of a Market Cycle accumulation mark-up distribution mark-down.jpg

Fasa Pengumpulan (Accumulation Phase)

Ini adalah fasa pertama kitaran pasaran. Pengumpulan bermula selepas pasaran telah mencapai paras terendah di dalam kitaran sebelumnya. Apabila permintaan mulai meningkat, harga tidak lagi mampu membentuk paras terendah baru. Akibatnya, downtrend mula kehilangan momentumnya. Pasaran menjadi bullish.

Fasa Mark-Up

Dalam fasa mark-up , pasaran mula mengukuh. Harga mula meningkat dan pasaran menarik sebilangan besar pembeli yang ingin menyertai uptrend baharu di peringkat awal pembentukannya. Trend bullish mendorong harga naik ke paras tertinggi baharu. Pembeli kali pertama mengambil kesempatan daripada harga yang tinggi untuk menuai keuntungan dari pelaburan mereka yang dibuka sejak dari awal. Pedagang juga mengambil kesempatan dari uptrend pada masa ini.

Fasa Pengagihan (Distribution Phase)

Di fasa pengagihan, pasaran mengalami penjualan besar-besaran (sell off). Walau bagaimanapun, harga kekal stabil untuk satu jangka masa yang agak lama. Ini disebabkan agihan pembeli dan penjual yang sama rata di pasaran. Sentimen kenaikan harga pada peringkat markup mulai pudar, dan tiada paras tertinggi baharu muncul. Pelabur yang belum memasuki pasaran sudah ketinggalan dan terlepas peluang. Ini adalah masa yang sesuai untuk pelabur menjual aset mereka kerana harga telah memuncak.

Fasa Mark-Down

Ini adalah fasa yang terakhir dalam kitaran pasaran. Dalam fasa ini, pelabur besar mula menjual pelaburan mereka untuk mengunci keuntungan. Para peserta yang selebihnya mengikut mereka dari belakang. Apabila harga jatuh di dalam downtrend, sentimen pasaran menjadi lebih bearish. Pelabur yang memasuki pasaran ketika harga sudah berada di kemuncaknya akan mengekalkan pelaburan mereka dengan harapan harga akan meningkat. Malangnya, harga terus jatuh. Ini adalah petunjuk kepada pelabur yang mampu mengesahkan berakhirnya downtrend untuk membuat pembelian baharu. Apabila itu berlaku, fasa pengumpulan bermula dan kitaran pasaran yang baharu pun terbentuk.

Jenis-jenis kitaran pasaran

Terdapat pelbagai jenis kitaran pasaran. Mari kita pertimbangkan beberapa jenis yang utama: universal (kitaran pasaran Wyckoff), pasaran Wall Street, pasaran forex dan kitaran pasaran perumahan.

Kitaran pasaran Wyckoff

Wyckoff market cycle.jpg

Terdapat empat peringkat pada kitaran pasaran Wyckoff: pengumpulan, mark-up, pengagihan, mark-down

Re-accumulation.jpg

Kitaran pasaran Wyckoff adalah berdasarkan pemerhatian harga, detik-detik penting perkembangan trend, dan tempoh pengumpulan dan pengagihan. Walaupun kaedah Wyckoff pada asalnya hanya tertumpu pada saham, ia kini digunakan untuk semua jenis pasaran kewangan.

Kitaran pasaran Wyckoff terdiri daripada empat fasa utama: pengumpulan, mark-up, pengagihan dan mark-down.

  1. Fasa pengumpulan menentukan julat perdagangan. Golongan yang dipanggil penggerak pasaran mengumpul aset sebelum kebanyakan pelabur lain melakukannya. Fasa ini biasanya boleh dikenal pasti dengan pergerakan yang rata. Pengumpulan berlaku secara beransur-ansur untuk mengelakkan perubahan harga yang ketara.
  2. Di fasa mark-up, pasaran mula berkembang ke atas. Trend terbentuk, secara beransur-ansur menarik lebih ramai pelabur baru, yang seterusnya membawa kepada peningkatan permintaan. Apabila pasaran bergerak ke atas, para pelabur lain digalakkan untuk memasuki pasaran dan membeli aset. Akibatnya, keterujaan tersebut mempengaruhi lebih ramai orang untuk mengambil bahagian. Dalam tempoh sedemikian, permintaan jauh lebih tinggi daripada penawaran.
  3. Kemudian datang fasa pengagihan aset-aset yang dibeli. Penjual menjual posisi mereka yang menguntungkan kepada mereka yang memasuki pasaran di peringkat akhir. Sebagai peraturan, fasa pengagihan boleh dikenali dengan pergerakan yang rata, yang menyerap permintaan sehingga ia habis.
  4. Fasa terakhir pergerakan harga kaedah Wyckoff ialah fasa mark-down. Pada peringkat ini, bekalan mendominasi dan harga turun hampir tanpa henti. Dalam erti kata lain, selepas sebahagian besar saham dijual, pasaran mula bergerak ke bawah. Akhirnya, penawaran menjadi lebih besar daripada permintaan, dan downtrend pun mulai terbentuk.

Kitaran Pasaran Forex

Terdapat banyak jenis kitaran forex, dan jenis serta cirinya tidak terhad kepada mana-mana satu parameter atau rangka masa. Mari kita lihat salah satu kitaran pengetatan dan pelonggaran forex yang paling lazim yang mempunyai empat fasa: pengembangan, kemuncak, kemelesetan (atau penguncupan) dan palung (trough).

expansion, peak, recession, bottom.jpg

Peringkat pertama kitaran ialah pengembangan. Semasa fasa ini, pasaran pulih daripada paras-paras terendah sebelum ini. Minat peserta pasaran terhadap aset berkenaan meningkat. Dan mereka mula bertindak: mereka membeli mengikut uptrend atau menjual mengikut downtrend. Lebih aktif peserta bertindak, lebih cepat trend itu berkembang.

Seterusnya ialah fasa kemuncak. Indikator ekonomi seperti volum pengeluaran dan jualan, pekerjaan, dsb. berada pada tahap tertinggi dan tidak lagi berkembang. Pada peringkat ini, trend telah hilang momentum dan pertumbuhan atau penurunan pesatnya mula berhenti.

Kemudian datang kemelesetan. Saham sudah jatuh, dan komoditi juga mula merosot, menjangkakan permintaan menurun apabila ekonomi melemah. Pada peringkat ini, pelabur menutup urusniaga mereka.

Peringkat akhir kitaran trend ini adalah palung. Cirik unik peringkat ini adalah pasaran yang relatif tenang dan perubahan harga yang tidak begitu ketara. Dalam tempoh ini, pasaran mengumpul kekuatannya dan mengukuh selepas kemelesetan. Keadaan ekonomi sudah berhenti merosot, tetapi ekonomi belum lagi memasuki fasa pengembangan.

Kitaran Pasaran Wall Street

Kitaran pasaran Wall Street adalah serupa dengan kitaran Wyckoff. Ia juga berdasarkan fasa pengumpulan, mark-up, fasa pengagihan dan mark-down.

Terdapat empat peringkat emosi kitaran pasaran Wall Street pada carta: halimunan (stealth), berjaga-jaga (awareness), gila (mania), dan meledak (blow-off)

wall street market.jpg

Fasa pertama serupa dengan fasa pengumpulan dalam kitaran Wyckoff dan dipanggil fasa halimunan (stealth). Pada peringkat ini harga meningkat secara perlahan-lahan dan pembuat wang mengenal pasti peluang pembelian yang terbaik.

Fasa kedua ialah kesedaran.berjaga-jaga. Harga mula naik semula, tetapi pelabur belum bersedia untuk melepaskan kesiagaan mereka. Jika mereka memutuskan untuk memasuki pasaran semula, mereka berhati-hati.

Di bahagian atas kitaran pasaran adalah gila (mania), titik di mana risiko kewangan di tahap maksimum. Inilah masanya di mana para pelabur berfikir bahawa tiada perkara buruk yang boleh berlaku. Oleh itu, kitaran yang mampan terbentuk: semakin ramai pelabur memasuki pasaran dengan harapan untuk membuat keuntungan yang luar biasa, membawa kepada kenaikan harga selanjutnya, dan permodalan mencapai tahap yang memeningkan kepala.

Kemudian gelembung pecah dan pasaran memasuki fasa meledak (blow-off). Memandangkan trend bullish digantikan dengan yang bearish, pelabur kehilangan harapan dan mula panik. Mereka tidak lagi yakin dengan tindakan mereka dan cuba meminimumkan kerugian mereka. Sebahagian daripada mereka akhirnya hilang semangat dan tidak lagi percaya bahawa pasaran akan pulih.

Kitaran Pasaran Perumahan

Pasaran hartanah bersifat kitaran terutamanya kerana bekalan sering gagal untuk bersaing dengan permintaan yang berubah dengan pantas. Kitaran ini terdiri daripada empat fasa utama: pemulihan, pengembangan, bekalan hiper, dan kemelesetan.

market quadrants cycle.jpg

Pemulihan adalah fasa di mana pasaran mula pulih selepas kemelesetan. Bilangan urus niaga secara beransur-ansur berkembang dan bahagian harta tanah yang tidak dituntut berkurangan: permintaan mula menyerap lebihan ruang yang dicipta semasa fasa pengembangan.

Pengembangan didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kuasa beli penduduk. Kitaran pasaran memasuki fasa ini apabila tahap hartanah tidak dituntut jatuh ke tahap yang minimum dan, sebaliknya, minat pembeli meningkat. Pada ketika ini, pelabur mula melabur secara aktif dalam pembinaan kemudahan baru untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Pada satu ketika, pelabur berhenti memberi perhatian kepada kos tanah yang melambung atau pada projek itu sendiri, mempercayai bahawa kenaikan harga dan kadar sewa yang selanjutnya akan membayar balik kos mereka. Namun pada saat itulah harga hartanah di pasaran mula dengan ketara melebihi kuasa beli sebenar penduduk dan perniagaan, dan bilangan urus niaga mula menurun. Pada masa yang sama, pembinaan projek yang telah dimulakan semasa tempoh pengembangan tidak boleh dihentikan semalaman, dan pasaran menjadi terlalu tepu, yang boleh menyebabkan pembentukan gelembung.

Kemelesetan termanifestasi dengan penurunan harga dan kadar sewa, yang bukan sahaja dipengaruhi oleh permintaan yang berkurangan, tetapi juga oleh peningkatan bilangan hartanah yang tidak dituntut. Semasa kemelesetan, pelabur membekukan projek baharu dan kadar pembinaan baru jatuh.

Kesimpulan

Memahami kitaran pasaran yang berulang-ulang adalah kemahiran yang diperlukan untuk setiap pedagang. Pakar analisis kitaran percaya bahawa hanya dengan bantuan kitaran adalah mungkin untuk melihat terlebih dahulu ke mana arah yang akan ditujui oleh pasaran. Sama ada ia benar atau tidak, ada satu perkara yang pasti: kita boleh meningkatkan kecekapan ramalan pasaran dengan bantuan analisis kitaran.

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?
Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?

Kandil doji adalah jarang dilihat, tetapi jika anda berjaya memanfaatkannya, ia boleh menjadi waktu terbaik untuk melakukan urusniaga. Artikel ini akan membincangkan apakah itu kandil Doji. Anda juga akan mempelajari strategi Doji yang boleh memberikan keuntungan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera