Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?

Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?

2023-03-28 • Dikemaskini

Alangkah baiknya jika setiap aset seperti matawang kripto, maksud saya bukanlah kerana kripto mampu melonjak 100% dalam sehari dan kemudian serta-merta merosot separuh daripada kenaikan tadi (namun ia tetap sahaja lucu). Malangnya, satu perkara hebat yang tidak dimiliki oleh aset-aset lain ialah waktu aktif perdagangan 24/7. Kebanyakan instrumen forex tersedia untuk didagangkan 24/5, tetapi bagaimana pula dengan saham. Adakah ia tersedia hanya beberapa jam sehari? Ya dan tidak, tetapi kebanyakannya tidak. Di dalam artikel ini, anda akan belajar tentang perdagangan pra-pasaran (premarket) dan selepas waktu pasaran (after-hours):

  • Apakah maksudnya?
  • Siapa yang boleh menggunakannya?
  • Adakah ia lebih baik dalam apa jua cara daripada perdagangan cara klasik?
  • Dan banyak lagi!

Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan selepas waktu pasaran?

Perdagangan selepas waktu pasaran berlaku selepas waktu operasi di bursa saham, dan ia membolehkan anda membeli atau menjual saham di luar waktu perdagangan biasa. Ia juga dikenali sebagai sesi perdagangan lanjutan.

Pasaran sebelum dan selepas waktu pasaran berfungsi dengan cara yang sama seperti pasaran biasa, iaitu saham didagangkan antara pihak-pihak yang terlibat pada harga yang dipersetujui. Dalam erti kata lain, harga yang anda akan terima ialah harga yang sanggup dibayar oleh seseorang di pasaran luar waktu operasi bursa.

Perdagangan selepas waktu pasaran membolehkan pelabur bertindak balas terhadap laporan perolehan syarikat dan berita-berita lain yang biasanya berlaku sebelum atau selepas waktu perdagangan biasa. Sebagai contoh, harga boleh berayun dengan liar lantaran dari pengumuman laporan perolehan atau berita bahawa seseorang CEO akan berundur. Jadi, jika anda ingin membeli atau menjual secepat yang mungkin berdasarkan berita, anda perlu membuat pesanan untuk perdagangan selepas waktu pasaran.

Waktu-waktu untuk perdagangan selepas waktu pasaran.

Terdapat beberapa sesi perdagangan lanjutan:

  • Prapasaran berdagang dari 4:00 hingga 9:30 ET.
  • Pasaran biasa berdagang dari 9:30 hingga 16:00 ET.
  • Pasaran selepas waktu pasaran berdagang dari 16:00 hingga 20:00 ET.

Namun bukan setiap broker perdagangan menyediakan akses kepada perdagangan sebelum dan selepas waktu pasaran. Dan bukan setiap broker membenarkan anda berdagang pada semua waktu sebelum dan selepas pasaran. Sebagai contoh, sesetengah broker memberi anda peluang untuk berdagang hanya selama sejam sebelum pasaran dibuka dan selepas ia ditutup. Terma mereka berbeza-beza dan bergantung pada peraturan kawalan selia (dan kehendak broker untuk melakukan apa yang mereka mahu).

Siapa yang boleh berdagang selepas waktu pasaran?

Perdagangan selepas waktu pasaran bermula kira-kira pada tahun 1999. Pada masa itu, kebanyakan bursa saham memperkenalkan rangkaian komunikasi elektronik (ECN – sejenis forum atau rangkaian berkomputer yang memudahkan pemerdagangan produk kewangan di luar bursa saham tradisional). Dengan ECN, pedagang dan pelabur tidak perlu membuat pesanan secara peribadi di dalam bangunan bursa saham.

Zaman sekarang, kebanyakan peserta pasaran menggunakan sesi dagangan lanjutan (extended trading sessions) untuk bertindak balas terhadap berita dengan lebih cepat dari pedagang yang lain. Contoh berita yang tersebut ialah:

  • Laporan perolehan.
  • Perubahan penarafan (biasanya, bank-bank utama dan agensi penarafan mendedahkan anggaran mereka sebelum pasaran dibuka).
  • Peristiwa mengejut.

Apa yang boleh kami katakan dengan pasti ialah perdagangan sebelum dan selepas waktu pasaran tersedia hanya untuk pedagang saham dan hanya dengan broker tertentu. Broker CFD jarang-jarang menawarkan pilihan ini disebabkan oleh peraturan kawal selia dan langkah keselamatan.

Bagi pemain yang lebih besar, sesi lanjutan adalah masa yang sesuai untuk mengatur wang dengan bijak. Sebagai contoh, orang dalam dan dana lindung nilai sering menggunakan masa perdagangan pra-pasaran dan selepas waktu pasaran untuk memenuhi pesanan mereka menerusi apa yang disebut "dark pools" (bursa yang dianjurkan secara persendirian untuk sekuriti perdagangan). Dark pools membolehkan pelabur institusi untuk berdagang tanpa dedahan (trade without exposure) sehingga selepas urusniaga itu siap dilaksanakan dan dilaporkan.

Risiko perdagangan selepas waktu kerja

Memandangkan terdapat lebih sedikit peserta berbanding semasa waktu perdagangan biasa, pasaran sebelum dan selepas waktu pasaran secara amnya akan mempunyai kurang kecairan, kemeruapan yang lebih tinggi, dan volum yang lebih rendah. Ini boleh menjejaskan harga yang akhirnya akan diterima oleh pembeli atau penjual untuk saham mereka dengan ketara, jadi adalah lebih bijak untuk menggunakan pesanan had (limit orders) pada mana-mana saham yang dibeli atau dijual di luar waktu perdagangan biasa.

Ia akan membantu jika anda juga memikirkan tentang risiko harga. Sebilangan institusi kewangan menggunakan beberapa ECN untuk melaksanakan pesanan perdagangan. Pesanan anda akan dilaksanakan dengan harga terbaik yang ada daripada pelbagai sumber semasa sesi perdagangan biasa. Tetapi ketika sesi lanjutan, anda terhad dengan hanya satu broker. Oleh itu, harga mungkin lebih teruk daripada sumber lain. Namun begitu, spread antara broker seperti itu boleh digunakan sebagai peluang perdagangan arbitraj. Kami akan ulas lebih lanjut mengenainya kemudian.

 Sudah tentu, perdagangan selepas waktu pasaran melibatkan lebih sedikit peserta pasaran. Oleh itu, bilangan lebih sedikit pesanan di dalam jadual kedalaman pasaran (market depth table). Apabila semua orang cuba bertindak balas terhadap item berita dalam satu masa yang sama, saham akan didagangkan secara liar dalam sesi selepas waktu pasaran, kerana pasaran berusaha untuk mencerna berita dan mencari harga baharu untuk sekuriti tersebut. Akibatnya, pesanan pelabur runcit mungkin lebih sukar dilaksanakan pada harga yang dipilih. Selain itu, anda boleh mendapatkan harga yang lebih baik dalam sesi perdagangan biasa pada hari berikutnya.

Kelebihan perdagangan selepas waktu pasaran

Pertama sekali, sesi lanjutan menawarkan anda kemungkinan untuk berdagang sempena berita sebelum peserta pasaran yang lain. Pengambilalihan, penggabungan, pemfailan kemuflisan, laporan kerajaan tentang pengangguran dan peristiwa-peristiwa lain boleh mengegarkan saham sebelum (atau selepas) loceng pembukaan. Kemudian, anda hanya perlu bertindak balas dengan cepat untuk menangkap gerakan itu.

Dan juga, jangan lupa tentang arbitraj. Ia adalah gaya perdagangan yang, di antaranya, mencari perbezaan harga pada aset yang sama di broker yang berbeza. Biasanya, harga cenderung untuk sejajar (kerana ia adalah aset yang sama, mengapa ia harus berbeza?). Peniaga arbitraj menyukai sesi lanjutan kerana ia satu-satunya masa di pasaran saham di mana arbitraj boleh wujud selama lebih daripada beberapa ratus milisaat.

Secara ringkasnya, perdagangan pra-pasaran dan selepas waktu pasaran mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Dengan pemahaman tentang sesi lanjutan dan cara menggunakannya, anda mungkin akan menemui peluang-peluang baharu. Tetapi anda harus sedar akan risikonya. Berdagang dengan selamat, semoga berjaya!

Baca lebih lanjut

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera