Apakah itu perdagangan margin dan bagaimana ia berfungsi?

Apakah itu perdagangan margin dan bagaimana ia berfungsi?

2023-01-23 • Dikemaskini

Apakah itu perdagangan margin?

Perdagangan margin bermakna meminjam modal tambahan daripada broker anda untuk berdagang atau melabur. Sebagai contoh, bayangkan anda ingin membeli saham Apple, yang berharga $150. Namun, anda tidak mampu membiayai pelaburan ini dan ingin mendepositkan hanya $15. Itu tidak menjadi satu masalah! Anda boleh gunakan leveraj 1:10. Ini bermakna anda boleh laburkan hanya $15, dan ia akan bertukar menjadi $150. Bagaimanakah mungkin? Wang yang selebihnya ($135) akan ditampung oleh broker anda.

Leveraj ialah alat lazim yang digunakan oleh kebanyakan pedagang. Di FBS, leveraj yang ditawarkan adalah sehingga 3000. Ia bergantung pada jenis akaun dan instrumen dagangan. 

Sekarang anda sudah tahu apa itu leveraj, menerangkan apa itu margin adalah lebih mudah! Jadi, margin ialah sejumlah wang yang diperlukan untuk membuka posisi. Dalam erti kata lain, margin ialah deposit awal pedagang yang akan dipegang sebagai cagaran oleh broker. Margin ialah $15 yang pedagang sediakan sekiranya beliau menggunakan leverage 1:10 di dalam contoh di atas.

Manfaat-manfaat perdagangan margin

Perdagangan margin ada banyak kelebihan, seperti yang anda boleh lihat di bawah.

  1. Perdagangan margin sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melabur kerana ia meningkatkan kuasa beli seorang pedagang.
  2. Ia adalah alat bantuan perdagangan yang hebat yang boleh membantu pedagang meraih keuntungan yang lebih besar kerana perdagangan margin memungkinkan pengadaan pelaburan awal yang lebih besar.
  3. Perdagangan margin amat berguna di waktu-waktu berkemeruapan rendah kerana ia membolehkan hasil perdagangan ditingkatkan.
  4. Pedagang boleh menggunakannya untuk membuka kedua-dua posisi long dan short.
  5. Perdagangan margin membantu dalam mempelbagaikan portfolio. Pedagang boleh membuka berbilang urusniaga dengan jumlah wang yang agak kecil.

Risiko-risiko perdagangan margin

Perdagangan margin boleh membantu dan ia juga boleh mendatangkan bahaya. Adalah penting untuk memahami bahawa potensi untuk pulangan yang lebih tinggi sentiasa disertai dengan lebih banyak risiko. Di satu sisi, perdagangan margin meningkatkan potensi pulangan dengan ketara.

Di sisi lain pula, perdagangan margin boleh membesarkan kerugian jika harga tidak bergerak seperti yang diunjurkan oleh pedagang. Oleh itu, adalah penting bagi pedagang yang menggunakan perdagangan margin untuk menggunakan pengurusan risiko yang wajar dan menggunakan alat mitigasi risiko seperti pesanan Renti Rugi.

Apakah itu panggilan margin?

Jika salah satu urusniaga aktif anda sedang kerugian, tahap margin anda akan turun, dan untuk mengelakkan dari kerugian sehingga melenyapkan semua wang, broker menggunakan apa yang dinamakan sebagai panggilan margin (margin call, MC). Panggilan margin ialah suatu tahap margin yang tertentu (di FBS, ia bersamaan dengan 40%) yang, apabila dicapai oleh pedagang, akan memicu amaran untuk memastikan pedagang menutup urusniaga yang rugi atau mendepositkan lebih banyak dana ke dalam akaun.

Apa itu stop out?

Sebaik sahaja tahap margin jatuh ke tahap minimum yang dibenarkan iaitu tahap stop out (di FBS, ia adalah 20%), beberapa urusniaga, bermula dengan yang paling rugi, akan ditutup secara automatik untuk mengelakkan baki pedagang menjadi negatif.

Strategi perdagangan margin

Perdagangan margin membolehkan anda meningkatkan potensi keuntungan. Jika pedagang menggabungkannya dengan pengurusan risiko dan wang yang betul, ia akan meletakkan beliau di kedudukan yang lebih baik dan akan membantu beliau memanfaatkan peluang pasaran dan strategi pelaburan.

Penentuan saiz posisi

Saiz posisi ialah teknik yang menentukan bilangan unit yang perlu anda dagangkan untuk mencapai tahap risiko yang diingini. Adalah sangat penting untuk memilih saiz posisi anda dengan bijak. Berikut ialah peraturan emas yang lazim digunakan pedagang yang berpengalaman: risikokan tidak lebih dari 1-2% jumlah deposit untuk 1 urusniaga/posisi.

Kawal tahap margin

Beri perhatian kepada parameter yang dipanggil "tahap margin". Tahap margin ialah bilangan berapa kali margin yang digunakan boleh ditampung oleh nilai akaun anda. Ia adalah indikator utama tentang seberapa tidak menentunya natijah perdagangan anda. Semakin rendah tahap margin anda, semakin besar perubahan dalam ekuiti yang anda akan alami. Jika tahap margin anda kurang daripada 500%, ini bermakna anda mungkin mengambil terlalu banyak risiko dengan akaun anda.

Nisbah risiko/ganjaran

Nisbah risiko/ganjaran ialah jumlah keuntungan yang pedagang rancang untuk raih dari suatu urusniaga berbanding dengan risiko yang mereka tanggung sekiranya berlaku kerugian. Sebagai contoh, jika Renti Rugi anda bersamaan dengan 10 poin dan Ambil Untung anda ialah 50 poin, nisbah risiko/ganjaran anda ialah 1:5.

Nisbah risiko/ganjaran yang harus dipilih bergantung pada gaya perdagangan anda serta keadaan pasaran (tahap kemeruapan, situasi pasaran – dalam trend atau sedang bergerak dalam julat). Tiada penyelesaian yang universal di sini. Kami mengesyorkan agar pedagang menetapkan ganjaran lebih tinggi daripada risiko untuk kebanyakan gaya dan situasi perdagangan. Apabila berdagang dalam trend, nisbah risiko/ganjaran 1:2 atau 1:3 boleh dianggap wajar. Apabila anda memasuki pasaran ketika suatu tahap tertentu ditembusi, mungkin lebih bijak jika anda memilih nisbah risiko/ganjaran 1:4 atau 1:5.

Contoh perdagangan margin

Sebagai contoh, katakan seorang pedagang mendepositkan $10 dan ingin membuka posisi long EUR/USD atau, dengan kata lain, membelinya. Satu lot ialah 100 000 unit monetari matawang asas perdagangan, dalam kes ini ia adalah euro. Jumlah urusniaga minimum biasanya bersamaan ddengan 0.01 lot atau 1000 unit monetari matawang asas. Jadi, jika seorang pedagang membeli EUR/USD, pembelian minimum ialah 1000 euro. Walau bagaimanapun, jika pedagang menggunakan leveraj 1:100, dia perlu menyediakan 1% or €10 (broker akan menyediakan €990 yang selebihnya).

Perubahan nilai matawang diukur dalam unit poin. Bergantung pada matawang, kemeruapan dan kecairannya, pasangan yang berbeza boleh mempunyai poin yang berbeza: untuk EURUSD, satu poin bersamaan dengan 0.00001. Sebagai contoh, katakan beberapa peristiwa kewangan utama menjejaskan nilai USD dan ia merosot sebanyak 500 mata. Jika pedagang membeli 0.01 lot EUR/USD, keuntungan mereka akan bersamaan dengan saiz kedudukan (€1000 untuk saiz posisi yang terkecil) didarab dengan bilangan poin (0.00001*500).

Jika pedagang tidak menggunakan leveraj, mereka melaburkan €1000 dan untung $5 atau 0.5%. Walau bagaimanapun, jika pedagang menggunakan leveraj 1:100 dan menjalankan urusniaga yang sama, yang mereka laburkan hanya €10, tetapi keuntungan akan kekal $5, menjadikannya kadar pulangan pelaburan mereka 50%.

Bagaimana cara untuk mula berdagang dengan margin di FBS?

Anda telah mempelajari cara-cara menggunakan perdagangan margin untuk kelebihan anda dari maklumat di atas. Untuk mula berdagang dengan perdagangan margin, ikuti langkah berikut:

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun aplikasi FBS Trader atau MetaTrader 4/5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian ini.
  2. Buka akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di laman peribadi anda. Buat analisis pasaran dengan sewajarnya dan pilih aset yang anda minati: pasangan matawang, saham atau komoditi.
  3. Pilih saiz posisi anda dan pantau tahap margin.
  4. Urus risiko anda dengan betul menggunakan alat khas seperti pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung, yang boleh membantu terutamanya bila kemeruapan tinggi di pasaran. Ingat, walaupun alat ini tidak melindungi anda 100%, ia membantu anda meminimumkan risiko yang mungkin timbul.
  5. Buka pesanan dan pantau!

Kesimpulan

Untuk menjadi pedagang yang berjaya, adalah penting untuk memahami cara berdagang dengan margin dengan betul. Perdagangan margin ialah alat yang ampuh untuk meningkatkan keuntungan anda! Walau bagaimanapun, ia boleh membesarkan kerugian, jadi anda harus beringat untuk menguruskan risiko anda dengan lebih sesuai.

Untuk pemula

Jika anda baru berdagang, akaun Demo akan titik permulaan yang sempurna untuk anda kerana ia membolehkan anda berlatih berdagang dengan margin tanpa sebarang risiko. Selepas anda membukanya, anda akan mendapat 10 000 dolar maya dan akan dapat memilih saiz leveraj anda.

Serupa

Pola Candlestick Hammer
Pola Candlestick Hammer

Ramai pedagang menggunakan pola candlestick Jepun untuk menganalisis harga sesuatu aset.

Pola Cup and Handle
Pola Cup and Handle

Pola harga Cup and Handle adalah setup carta teknikal yang menyerupai bentuk cawan yang bertangkai.

Matawang Kripto Paling Stabil Yang Terbaik
Matawang Kripto Paling Stabil Yang Terbaik

Menurut coinmarketcap.com, terdapat lebih daripada 9250 matawang kripto yang berbeza. Dan itu hanya yang berdaftar. Koin-koin yang tersembunyi dari pandangan dianggarkan dua kali ganda lebih banyak bilangannya.

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera