Robot trading MT4/MT5 diperjelaskan. Tutorial FBS

MetaTrader mempunyai banyak alat berguna yang boleh membantu anda menentukan titik masuk, mengenal pasti arah trend, dan membina strategi perdagangan.

MetaTrader mempunyai banyak alat berguna yang boleh membantu anda menentukan titik masuk, mengenal pasti arah trend, dan membina strategi perdagangan. Indikator teknikal membentuk sebahagian besar darinya, dan ia antara bentuk alat bantuan perdagangan yang paling popular. Dalam perdagangan, indikator adalah pengiraan yang berteraskan harga dan volum yang biasanya ditunjukkan pada carta atau di bawah carta. MetaTrader mempunyai indikator arah trend, osilator, volum dan indikator custom. Indikator custom merujuk kepada pelbagai osilator dan indikator trend yang tidak disertakan dalam set standard MT5.

Di mana indikator custom untuk MT5 boleh dimuat turun?

Anda boleh sama ada membina indikator custom anda sendiri dengan MQL5 atau memuat turun indikator custom untuk MT5 daripada laman web rasmi MetaTrader 5. Anda boleh melakukannya dengan dua cara.

Pertama, anda boleh memuat turunnya secara terus dari dalam terminal

Terdapat tetingkap Toolbox di mana anda boleh menemui pelbagai indikator dan expert advisor. Jika anda tidak dapat melihatnya pada MT5, klik View – Toolbox. Semua alat-alat ini dibina oleh pedagang yang menganggotai komuniti MQL5. Anda perlu memilih satu dan klik pada indikator tersebut untuk memuat turunnya. Selepas itu, laman web Mql5 akan dibuka dalam tetingkap yang berasingan. Anda perlu mempunyai akaun di laman web ini untuk memuat turun indikator berkenaan.

1.png

Selepas anda log masuk, anda perlu mengklik pada fail .mql5 di bawah tarikh ia diterbitkan.

2-min.png

Anda boleh memuat turun indikator custom dari Marketplace laman web MQL5

Pada bar Pasaran laman web MQL5, anda boleh memuat turun indikator serta expert advisor percuma atau berbayar untuk platform perdagangan anda.

3-min.png

Anda boleh membina indikator custom anda sendiri

Jika anda tahu pandai mengaturcara dalam bahasa MQL4 atau MQL5, anda boleh mencipta indikator custom anda sendiri menggunakan MetaEditor. Ia memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang mantap. Selain dari itu, anda perlu yakin dengan ketepatan algoritma indikator anda.

Anda boleh memuat turun indikator custom dari web.

Akhir sekali, anda boleh memuat turun indikator custom daripada laman web lain. Tetapi berhati-hati – sesetengah fail ini boleh mengandungi virus!

Selepas anda memuat turun indikator custom, anda perlu memasangnya. Kami akan mengambil osilator McClellan sebagai contoh.

Bagaimana cara untuk memasang indikator custom pada MetaTrader 5?

Selepas anda memuat turun indikator custom, anda perlu memasangnya. Bagaimana cara untuk melakukannya dengan betul?

1. Muat turun indikator custom untuk MetaTrader 5 anda

5.png

2. Klik "File" – "Open Data Folder" dalam platform MetaTrader anda

6.png

3. Buka folder MQL5 –Penunjuk di dalam Folder Data. Salin dan tampal indikator custom anda daripada Downloads.

7-min.png

4. Tutup dan buka semula platform MetaTrader anda

5. Selepas anda membuka semula terminal perdagangan anda, anda boleh memasang indikator custom anda pada carta dengan mengklik Insert – Indicators – Custom

8.png

6. Indikator tersebut akan muncul di skrin. Jika ia adalah sejenis osilator, anda akan melihatnya di bawah carta anda. Indikator trend biasanya dilukis pada carta

9.png

7. Selain itu, anda boleh leret dan lepas (drag and drop) indikator anda yang baru dimuat turun dari tetingkap Navigator. Ia biasanya ditunjukkan di bahagian kiri terminal MT anda

10.png

Bagaimana cara untuk membuang indikator custom daripada MetaTrader?

Untuk mengalih keluar indikator custom daripada MetaTrader, anda perlu mengklik File – Open a Data Folder di bar utama MetaTrader. Selepas itu, anda perlu membuka MQL5 – Indikator dan memadam indikator secara manual. Sila maklum bahawa biasanya terdapat dua fail: .ex5 dan .mq5, mewakili satu indikator.

11-min.png

Kesimpulan

Memuat turun dan memasang sebarang indikator custom sebenarnya mudah sahaja untuk dilakukan. Jika anda mengikut arahan di atas, anda tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah dan akan meningkatkan tahap perdagangan anda ke tahap yang lebih tinggi. Hanya muat turun MT5 dan bersedia untuk peluang perdagangan baharu!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera