Pelajaran 2 – Antaramuka FBS Trader
FBS Trader adalah platform perdagangan semua dalam satu untuk berdagang dan meraih keuntungan dengan mudah.
FBS Trader adalah platform perdagangan semua dalam satu untuk berdagang dan meraih keuntungan dengan mudah. Mari kita lihat, apakah fitur-fitur yang ada di aplikasi ini.
Selepas pendaftaran, anda akan lihat skrin utama dengan instrumen kegemaran yang ada untuk didagangkan dan keuntungan semasa anda ditunjukkan di bahagian bawah skrin.
Anda boleh buka pesanan dengan instrumen kegemaran anda dalam beberapa klik. Untuk menyunting senarai kegemaran, pergi senarai semua instrumen*.
Anda akan nampak senarai semua instrumen yang ada di app ini, termasuk saham, logam, dsb. Tap pada simbol bintang berongga untuk menambahkannya ke senarai kegemaran. Tap pada bintang yang berwarna untuk membuang instrumen dari kegemaran.
Ada lagi beberapa seksyen yang boleh diterokai di dalam FBS Trader. Dengan menekan ikon Pesanan anda akan membuka senarai semua pesanan anda – yang aktif dan yang telah ditutup.
Dengan menekan ikon Kewangan anda akan membuka skrin yang memaparkan kedudukan kewangan anda. Di sini anda boleh lihat berapa banyak dana yang anda ada di akaun anda, anda boleh depositkan modal atau keluarkan keuntungan anda dan lihat sejarah transaksi anda. Jika anda tap pada Deposit atau Pengeluaran, anda akan lihat senarai opsyen yang ada untuk melaksanakan aksi tersebut. Urus dana anda dengan bijak untuk tingkatkan pendapatan anda dengan perdagangan!
Tap pada ikon Chat jika anda menghadapi masalah dengan aplikasi ini. Pasukan khidmat pelanggan kami akan menjawab pertanyaan anda dengan pantas.
Tap pada ikon Lagi untuk lihat akaun mana yang anda sedang gunakan – Sebenar atau Demo. Anda boleh bertukar ke akaun Demo untuk berlatih atau bertukar ke akaun Sebenar untuk berdagang di pasaran sebenar, pada bila-bila masa. Hanya tap pada butang Tukar.
Tap pada Tetapan Akaun dan lihat semua maklumat utama dan keuntungan anda di akaun tersebut dalam satu skrin. Ketahui leveraj anda, sejarah transaksi dan baki.
Tap pada pautan Profil untuk melihat kredensial dan alamat anda, untuk tetapan PIN dan biometrik, melihat sejarah log masuk anda, dan untuk log keluar jika perlu.
Tahniah! Sekarang anda sudah mengenali antaramuka aplikasi FBS Trader dan boleh teruskan untuk berdagang.
Forex jadi mudah dengan FBS Trader!