Pelajaran 4 - Apakah itu Bonus Quick Start dan bagaimana cara mendapatkannya
Untuk mengenali FBS Trader – platform perdagangan semua dalam satu – anda boleh cuba bonus $100 Quick Start. Mari kita tinjau lebih lanjut.
Untuk mengenali FBS Trader – platform perdagangan semua dalam satu – anda boleh cuba bonus $100 Quick Start. Mari kita tinjau lebih lanjut.
Quick Start adalah satu program bonus yang bersifat bimbingan dan ia membolehkan anda mencuba perdagangan secara bergerak. Untuk meneroka peluang-peluang di FBS Trader, anda diberi bonus sebanyak $100 secara percuma. Ia peluang anda untuk mempelajari sesuatu yang baru!
Bagaimana cara mendapatkan bonus tersebut? Pertama sekali, pastikan anda sudah memuat turun dan memasang FBS Trader di peranti mudah alih anda.. Jika belum, anda boleh muat turun platform perdagangan mudah alih ini dari App Store atau Play Market.
Kedua, anda perlu mendaftar dan membuka akaun Bonus Quick Start. Anda akan temui $100 sudah pun berada di dalam akaun bonus anda.
Anda boleh daftar menggunakan akaun Apple, Facebook, atau Google, atau menerusi emel. Prosesnya sangat mudah dan ringkas. Klik butang "Daftar guna emel" dan isikan maklumat pendaftaran. Setelah selesai, tekan Sempurnakan Pendaftaran. Anda akan nampak menu "Pilih akaun yang hendak dibuka". Pilih akaun Bonus Quick Start dan tekan "Buka akaun". Semuanya kini siap!
Jika anda sudah pun mempunyai akaun di FBS Trader, taipkan data anda dan tekan butang Login. Kemudian, pergi le laman "Promosi" di menu utama. Tap pada butang Bonus Quick Start. Itu sahaja!
Quick Start terdiri dari tujuh langkah mudah. Ia sama seperti "level" di dalam permainan video. Setiap langkah dibuat untuk membimbing anda meneroka pelbagai aspek perdagangan.
Aktiviti anda ditunjukkan di menu Bonus Quick Start. Untuk maju ke langkah seterusnya, hanya lakukan tugasan dan selesaikan langkah yang diberi. Untuk mengetahui apa yang anda perlu lakukan, klik pada langkah berkenaan dan baca maklumat di menu dropdown. Bila anda buka akaun bonus dengan $100 percuma, anda telah melengkapkan langkah yang pertama.
Untuk mulakan langkah 2, tekan "Pelajari perkara asas". Sudah tiba masanya untuk membiasakan diri dengan antaramuka FBS Trader. - Tap pada instrumen – dan dapatkan carta harga yang boleh diubah suai dengan maklumat yang terperinci. Pelajari semua parameter dan rujuk pop-up petunjuk untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenainya. Tahniah! Langkah 3 sedang menanti anda.
Di langkah 3, anda akan membuka pesanan pertama anda. Untuk memahami asas-asas Forex, anda boleh tonton video tentang cara-cara membuat keputusan yang betul, sama ada harus membuka pesanan Beli atau Jual. Untuk teruskan, anda perlu sahkan emel anda, jika anda masih belum melakukannya lagi. Taipkan alamat emel yang anda gunakan untuk pendaftaran dan tekan Hantar. Jangan lupa untuk periksa inbox anda; biasanya ia memakan masa beberapa minit untuk menerima surat berkenaan. Bila anda menerimanya, hanya klik pada pautan yang diberi. Tahniah, anda kini sudah bersedia untuk membuka pesanan!
Di menu langkah 3, tekan "Buka satu pesanan". Pilih mana-mana instrumen yang anda suka dan putuskan apa yang anda mahu lakukan: beli atau jual; dan tekan butang yang betul. Tahniah di atas pesanan pertama anda! Untuk mengurus pesanan, pergi ke laman "Pesanan". Anda ada 24 jam untuk menutup pesanan itu, jika tidak ia akan tertutup secara automatik. Cara anda menutupnya tidak mempengaruhi langkah yang seterusnya.
Sekarang tiba masa untuk belajar menguruskan risiko di langkah 4. Mengawal dagangan adalah penting untuk setiap pedagang, dan kini anda punyai semua alat yang diperlukan di tangan anda. Panduan tentang cara-cara menguruskan risiko dengan betul anda akan temui di video yang lain. Anda mulakannya dengan leveraj, pilih opsyen yang anda fikir paling wajar untuk anda. Selepas itu, anda buka pesanan beli atau jual dan tetapkan renti rugi serta ambilan untung. Ingat: mengawal risiko bererti mengawal urusniaga anda!
Bila anda sudah selesai dengan pengurusan risiko, kawal dan selia kewangan anda pula. Untuk mulakan langkah 5, buka satu lagi pesanan – anda pasti sudah pandai melakukannya di peringkat ini. Kemudian, buka menu "Perdagangan" di bahagian bawah skrin, yang menunjukkan bagaimana baki anda sedang berubah-ubah. Pengurusan kewangan sangat mudah di FBS Trader.
Langkah 6 memberikan anda kebebasan untuk berdagang semahu anda. Anda mempunyai 72 jam perdagangan untuk buka sebanyak mana pesanan yang anda mahu dan meraih keuntungan. Segalanya yang anda perlukan telah anda pelajari dari langkah-langkah sebelum ini. Buktikan kemampuan anda! Ingat bahawa anda perlu menutup semua pesanan dalam tempoh 72 jam perdagangan; jika tidak ia akan tertutup secara automatik. Begitu juga untuk pesanan-pesanan yang anda buka di langkah 3, 4, dan 5, jika anda masih belum menutupnya lagi.
Anda hampir selesai! Langkah yang terakhir sangat mudah: hanya bertukar ke akaun Sebenar anda. Tahniah! Anda sudah selesai melengkapkan kesemua langkah di dalam bonus Quick Start!