Indikator-indikator dalam MT4
Platform MT4 menawarkan pilihan pelbagai indikator yang memudahkan analisis pasaran.
Platform MT4 menawarkan pilihan pelbagai indikator yang memudahkan analisis pasaran. |
Kebanyakan daripadanya diasaskan dari formula matematik tertentu yang diaplikasikan kepada aksi harga dalam tempoh tertentu. |
Indikator menjimatkan masa dan memvisualkan maklumat penting tentang carta harga. |
Untuk menambah indikator baru ke carta, tekan Insert – Indicators. |
Anda akan nampak senarai indikator dalam susunan abjad, serta kategori-kategori indikator. |
Pilih satu indikator, misalnya Moving Average (Purata Bergerak). |
Ia adalah sebuah garisan yang menunjukkan purata harga untuk sekian tempoh masa yang telah ditetapkan. |
Tetapkan parameter-parameter indikator. |
Pilih satu tempoh: jika anda pilih 14, Moving Average akan dikira bagi 14 tempoh yang terakhir – 14 kandil atau bar terakhir. |
Ada lagi beberapa parameter lain, tetapi anda tidak perlu risau mengenai ini di peringkat awal. |
Tetapkan bagaimana rupa indikator ini nanti – tetapkan warna dan ketebalan garisannya. |
Di tab Visualization, anda boleh pilih pada rangkamasa mana indikator ini akan ditunjukkan. |
Klik OK. Moving Average kini sudah ditambah ke carta. |
Setiap kali kandil baru buka, MA itu dikira semula. |
Ada 2 lagi cara lain untuk menambah indikator ke carta. |
Yang pertama adalah dengan mengklik dua kali pada suatu indikator di tetingkap Navigator dan yang kedua adalah dengan mengklik ikon Indicator pada toolbar utama. |
Sesebuah indikator boleh dilapiskan ke atas suatu carta harga, seperti mana Moving Average atau ia boleh dipaparkan di tetingkap berasingan di bawahnya. |
Sebagai contoh, indikator RSI dipaparkan di dalam panel di bawah carta. |
MT mempunyai set default indikator-indikator teknikal tetapi anda boleh tambahkan indikator buatan khusus yang anda muat turun dari Internet. |
Klik File - Open Data Folder. Buka fail MQL4 dan folder “Indicators”. |
Paste file indikator buatan khas anda. Tutup dan buka semula MT. |
Indikator yang anda muat naik boleh didapati di kategori “Custom”. |
Tetapan-tetapan suatu indikator boleh diubah. |
Klik kanan pada tetingkap carta dan pilih “Indicators list”. |
Pilih indikator yang dimahukan dan tekan butang “Edit”. |
Satu cara lain adalah untuk mengklik kanan pada indikator itu sendiri dan memicu perintah "Properties…" dari menu konteks. |
Untuk memadam indikator, klik kanan padanya dan pilih “Delete Indicator” atau “Delete Indicator Window”. |
Terima kasih kerana menonton. Topik kita yang seterusnya adalah “Pesanan Tertunda” (“Pending orders”). |