ANALISIS HARIAN VIP
Dapatkan laporan pasaran setiap hari dengan berita-berita penting, tips, dan wawasan dari penganalisis kami
MAJU SELANGKAH MENDAHULUI PASARAN
Berita Dan Tips Eksklusif Yang Dirampai Khas Hanya Untuk Anda
Setiap pagi, dari Isnin hingga Jumaat, para penganalisis kami menganalisa situasi pasaran, memilih berita-berita utama, dan merampai tips-tips eksklusif tentang bagaimana anda boleh meraih semaksimumnya pada hari ini. Sebaik setelah laporan ini siap, kami akan hantarkan ke emel anda – dan bermulalah kembara perdagangan anda.
Laporan kami tersedia dalam bahasa Inggeris, Indonesia, Melayu, Portugis, dan Sepanyol.-
Jimatkan masa
Penganalisis kami kaji pasaran – anda terima laporannya
-
Terima maklumat eksklusif
Anda terima berita terbaru dan tips eksklusif sebelum orang lain
-
Raih keuntungan serius
Manfaatkan sepenuhnya info ini dan kuasai pasaran
Apa Yang Anda Akan Temui Di Dalam
-
Fokus hari ini
Agenda dan acara utama yang perlu diberikan perhatian
-
Analisis teknikal
Kupasan tentang pasangan matawang utama dan aset-aset lain
-
Berita terkini
Acara-acara penting yang memberi kesan kepada situasi di pasaran
-
Kalendar ekonomi
Peringatan tentang acara penting ekonomi yang akan berlangsung hari ini
Kini tersedia di dalam beberapa bahasa
Kami sentiasa membesarkan lagi senarai bahasa analisis VIP. Bahasa laporan ini bergantung pada bahasa yang anda pilih untuk digunakan di akaun peribadi anda. Jika bahasa anda tiada di dalam senarai, anda akan menerima laporan di dalam bahasa Inggeris.
Tersedia pada masa ini
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Thai
- Bahasa Indonesia
- Bahasa Sepanyol
- Bahasa Portugis
- Arab
Pasukan penganalisis kami menyelidik pasaran untuk anda

-
Penyelidikan pasaran boleh memakan masa berjam-jam – sewaktu melayari dari satu laman web ke laman yang lain, pedagang berkemungkinan tinggi untuk terlepas momen yang baik untuk membuka posisi. Dengan laporan yang padat dan jelas, sarat dengan maklumat dan tips penting, penggiat pasaran boleh menjimatkan banyak masa dan menumpukan fokus mereka pada perkara-perkara yang penting – berdagang dan meraih keuntungan.
-
Lantaran dari lambakan maklumat, pedagang sukar untuk mengekstrak informasi penting. Acara yang amat banyak sekali, tafsiran yang tersasar, berita palsu… Dengan laporan pasaran harian, pedagang sentiasa jelas apa yang harus mereka fokuskan, berita yang mana, acara apa yang harus diberikan perhatian, dan bagaimana caranya untuk memanfaatkannya semaksimumnya.
-
Bagi saya analisis teknikal dan penyelidikan pasaran berjam-jam suatu yang menyenangkan. Namun saya tidak terkejut jika kebanyakan pedagang lebih gemar menghabiskan masa ini dengan berdagang. Dengan laporan pasaran harian, mereka mendapat peluang ini. Info penting, wawasan eksklusif, berita terkini – semuanya di dalam beberapa laman PDF. Luangkan masa beberapa minit membaca – dan anda sudah bersedia untuk beraksi!
Soalan lazim
Adakah laporan dihantar setiap hari?
Kami hantar laporan setiap hari berkerja. Isnin sehingga Jumaat.
Haruskah saya lanjutkan langganan saya untuk laporan ini dengan kerap?
Tidak! Anda hanya perlu pantau baki anda – pastikan anda depositkan $500 dan berdagang sepanjang 30 hari seterusnya selepas menerima laporan pertama anda. Sebaik setealh amaun total kurang dari $500, kami akan berhenti dari menghantarkan anda analisis.
Pukul berapakah laporan ini akan saya terima?
Kami akan menghantarkannya kepada anda sebaik setelah penganalisis kami selesai menjalankan kajian pasaran. Biasanya, anda akan menerimanya sebelum 12 tengahari (UTC+3).