1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Panduan Untuk Strategi Perdagangan Aktif
2024-06-05 • Dikemaskini

Panduan Untuk Strategi Perdagangan Aktif

Cover_Active _Trading_Strategies_642х361.png

Ada dua jenis peserta di dalam pasaran: pedagang aktif dan pelabur. Pedagang tidak mahu menunggu terlalu lama dan lebih menyukai proses berterusan menjual dan membeli aset kewangan. Pelabur membeli dan meyimpan instrumen selama bertahun-tahun, memilih cara yang lebih lama tetapi lebih selamat.

Pada ketika ini, semakin ramai pedagang memilih strategi perdagangan aktif untuk membuat keuntungan dengan lebih cepat. Mari kita terokai sebab-sebab di sebalik pilihan mereka dan perbezaan antara beli & simpan berbanding perdagangan aktif. Selepas membaca artikel ini, lebih mudah untuk menentukan anda jenis pedagang yang mana dan memilih strategi yang paling sesuai.

Intipati perdagangan aktif

Definisi perdagangan aktif merujuk kepada tindakan membeli dan menjual instrumen kewangan untuk meraih keuntungan di atas pergerakan harga dalam jangka masa yang pendek. Tiada ukuran masa yang tepat untuk perdagangan aktif kerana ada pelbagai jenis pedagang dengan strategi masing-masing, yang akan kami bincangkan di dalam artikel ini.

Walau bagaimanapun, semua pedagang aktif biasanya memilih pasaran yang sangat cair dan jangka masa yang pendek. Mereka cuba mengatasi pasaran. Disebabkan oleh perubahan harga yang agak kecil dalam jangka masa pendek, mereka biasanya membuka posisi dengan volum yang besar, membolehkan mereka masuk dan keluar dengan mudah daripada urusniaga perdagangan dan menggunakan pelbagai jenis pesanan bergantung pada situasi.

1.png

Perdagangan aktif vs. beli & simpan

Jika dibandingkan dengan perdagangan aktif, beli & simpan ialah strategi pasif yang membuka urusniaga perdagangan selama bertahun-tahun, malah berpuluh-puluh tahun. Orang yang menggunakan pendekatan ini, juga dipanggil pelabur, membeli kedudukan pada harga yang lebih rendah, mengharapkan pertumbuhan jangka panjang pasaran dan harga aset. Pemilihan instrumen mereka lebih bergantung pada analisis fundamental.

Perdagangan pasif bersifat perlahan dan stabil dan tidak menuntut pengamalnya memantau carta dengan kerap. Walau bagaimanapun, membeli aset sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan pemahaman yang mendalam tentang pasaran. Pembelajaran, penyelidikan tentang syarikat dan kesedaran tentang aset adalah perlu untuk pelaburan yang berjaya. Beli & simpan dianggap sebagai cara yang lebih selamat untuk meraih pendapatan di pasaran. Tetapi mengapa begitu ramai peserta pasaran masih memilih perdagangan aktif?

Dalam dunia kita yang serba pantas, tidak semua orang bersedia menunggu selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keuntungan. Inilah sebabnya mengapa lebih ramai orang memilih perdagangan aktif berbanding strategi beli dan simpan. Pedagang aktif lebih banyak menggunakan analisis teknikal dan sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi dan carta. Menggunakan Renti Rugi dan Ambilan Untung adalah perlu untuk melindungi perdagangan secara aktif kerana perubahan harga boleh terjadi dengan amat cepat. Ini boleh meningkatkan keuntungan anda dengan pantas.

Satu lagi sebab yang lazim ialah fleksibiliti perdagangan aktif yang memberikan peluang untuk membuat keuntungan dalam pelbagai situasi pasaran yang berbeza. Oleh itu, sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi, apabila penurunan harga tidak dapat dielakkan, pelabur hanya boleh menunggu harga berpatah balik ke atas. Sebaliknya, pedagang aktif boleh menggunakannya untuk manfaat dan meraih keuntungan daripada uptrend dan downtrend. Kemeruapan dianggap sebagai rakan baik oleh setiap pedagang aktif. Kelebihan ini membolehkan pedagang memasuki pasaran walau apa jua keadaannya.

Satu lagi kelebihan perdagangan aktif ialah kecairan dana. Dalam erti kata lain, pedagang boleh mengeluarkan pendapatan mereka pada bila-bila masa yang mereka mahu, manakala pelabur perlu mengekalkan pelaburan mereka sekurang-kurangnya setahun dan lebih lama.

Pedagang aktif boleh membuat keuntungan dalam masa beberapa minggu, hari, bahkan saat. Ia bergantung pada jenis pedagang dan strategi yang dipilih. Mari kita lihat lebih dekat apakah strategi-strategi perdagangan aktif yang paling meluas digunakan.

2.png

Strategi perdagangan aktif yang paling popular

Di antara pelbagai jenis strategi, ada empat strategi perdagangan aktif asas yang akan kami pertimbangkan dalam artikel ini. Selain dari itu, kami akan memberi anda nasihat tentang jangka masa yang sesuai untuk setiap jenis tersebut.

Pedagang harian (day trader)

Strategi perdagangan harian . Gaya ini merujuk kepada pedagang yang masuk dan keluar daripada posisi perdagangan dalam hari yang sama. Mereka yang mempunyai waktu yang cukup di siang hari untuk menganalisis pasaran dan menyesuaikan posisi dengan perubahan yang berlaku. Selain dari itu, pedagang harian harus mempunyai strategi keluar yang efisien untuk menutup posisi dengan menguntungkan sehingga ke penghujung hari. Jadi, adalah lebih baik untuk memilih rangka masa dari 5 minit hingga 1 jam. Kadangkala rangka masa 4 jam atau harian juga boleh digunakan untuk menganalisis pasaran dan menutup pesanan sebelum malam.

Pedagang swing

Strategi perdagangan swing. Pedagang swing, bergantung pada analisis teknikal dan fundamental, memasuki posisi yang lebih lama iaitu selama beberapa hari atau beberapa minggu. Pedagang gaya ini bersedia untuk menghabiskan lebih banyak masa, mengharapkan keuntungan yang lebih besar daripada satu urusniaga. Mereka menggunakan rangka masa dari 1 jam hingga mingguan.

Pedagang posisi

Strategi perdagangan posisi. Pedagang gaya ini memasuki posisi untuk masa yang lama – berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Ia memerlukan pemahaman pasaran yang mendalam serta analisis teknikal dan fundamental. Semua rangka masa yang lebih tinggi daripada rangka masa harian adalah bagus untuk gaya ini.

Scalper

Strategi scalping. Pedagang gaya ini membuat keputusan seperti kilat dalam masa beberapa minit dan juga beberapa saat. Selain dari itu, seorang scalper yang baik harus berdisiplin dan bertenang untuk mengelakkan panik. Matlamat scalping adalah untuk membuka posisi pada waktu yang paling sibuk pada hari itu, berdagang dengan jumlah signifikan, dan membuat wang di atas pergerakan harga yang kecil, kemudian keluar dari pasaran dengan segera. Rangka masa yang terbaik adalah dari 1 minit hingga 15 minit.

Cari strategi anda, pelajarinya, amalkan. Dan jika strategi yang dipilih tidak berfungsi dengan baik, anda boleh beralih kepada yang lain. Bersedia untuk berdagang secara aktif? Kami sudah menyediakan beberapa tips untuk membantu anda memulakan perjalanan anda.

3.png

Menjadi pedagang aktif

Setiap orang yang telah memutuskan untuk berdagang secara aktif harus mengetahui sebab dan sasaran mereka. Ia mungkin berbeza-beza, tetapi yang paling meluas ialah untuk menjadi lebih bebas dari segi kewangan, melupakan pejabat, menjalankan perniagaan anda sendiri dan mencari lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang hebat. Jadi, tetapkan matlamat anda dan orak langkah pertama anda memasuki dunia perdagangan.

Tanpa memahami pasaran dan prosesnya, melibatkan diri dalam perdagangan aktif adalah berbahaya. Lengkapi diri anda dengan teori dan pengetahuan, kaji contoh-contoh yang berjaya, selidiki pasaran dan trend.

Kemudian, pilih jenis pedagang anda, bina strategi dan rangka masa yang boleh diterima untuk mula berlatih. Di sini adalah penting untuk memilih broker yang boleh diandalkan, yang menawarkan syarat perdagangan yang menggalakkan dan menyediakan pedagang dengan bahan-bahan pendidikan dan akaun demo. Asah kemahiran dan strategi anda dengan perdagangan demo sehingga anda berasa yakin untuk berdagang secara sebenar.

Selepas memasuki pasaran sebenar, pesanan yang pertama anda tutup boleh membawakan keuntungan dan menjadikan pedagang aktif lebih gembira. Bagaimanapun, walaupun perdagangan pertama ditutup dengan kerugian, adalah penting untuk tidak berputus asa. Anda sentiasa boleh kembali ke demo daripada perdagangan sebenar dan sebaliknya. Dengan pendekatan yang betul, anda akan melihat hasilnya.

Pemilihan strategi perdagangan adalah langkah yang utama dan penting yang harus ditempuhi oleh setiap pedagang. Merojakkan strategi adalah salah satu kaedah yang paling popular dan menguntungkan bila berdagang secara aktif. Anda boleh menggunakan rangka masa yang sesuai untuk gaya perdagangan tertentu dan mendapat keuntungan dengan lebih cepat.

Baca lebih lanjut

  • 2536

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera